Bab 50 - Sekali Lagi

3.3K 202 0
                                    

ISKANDAR meraup wajah. Tujuh darab lapan, lima puluh enamlah Rania oii! Adoii! Dia terus menggaru kepala. Geram rasanya. Rasa seperti mahu laung saja jawapan itu pada Rania. Tak sanggup dirinya nak melihat Rania didenda. Dia sendiri tidak pasti mengapa dirinya menjadi sebegini. Asal matanya memandang Rania saja, mesti jantungnya berdegup tak tentu arah dan dirinya menjadi tidak keruan.

Tapi, apahal pulak dia nak jaga sangat si Rania tu? Minah tu bukannya pandang dia pon. Kalau pandang dengan jelingan tu, memang kerap sangat dah. Okay faham. Sebabnya, dia gangster. Rania pulak superstar sekolah. Memang tak layak pun jikalau nak dibandingkan dengan dirinya yang gangster ni. Tapi... Iskandar terus mengangkat wajah. Melihat mata redup Rania membuatkan dia cair buat Sekali Lagi. Aduhai aduhaii..

Iskandar terus pandang buku di Meja. Cikgu terus terusan mendesak Rania. Jamal pula semakin galak mengusik. Tak boleh jadi ni! Iskandar terus mengangkat kepalanya lalu memandang ke hadapan. Pandangan Iskandar dan Rania bertemu. Rania merenung ke arah wajah Iskandar manakala Iskandar seperti terkebil kebil hendak membalas renungan itu. Iskandar pandang ke kiri dan ke kanan. Pelajar lain kelihatan hanya diam sambil merenung ke arah buku masing masing. Iskandar kembali memandang ke hadapan. Rania masih seperti tadi. Merenung ke arah wajah Iskandar tanpa henti. Eh.. takkan Rania boleh dengar? Takkan Rania pandang dia sebab nak mintak pertolongan?

Iskandar terus mendapat idea yang bernas lagikan bijak. Bahasa Isyarat! Kemudian lekas lekas Iskandar meraup wajahnya dengan lima jarinya. Beberapa kali dia buat begitu. Pada mulanya Rania seperti tidak faham. Namun kemudian wajah resah Rania kelihatan kembali ceria.

"Tujuh darab lapan.." ulang Rania dengan matanya yang masih merenung ke arah wajah Iskandar. Iskandar terus menjalankan tugasnya menayangkan lima jari sambil meraup wajah dan menyapu nyapu rambutnya.

"Tujuh darab lapan.. lima.."

"Okay.. lima apa?!" Tanya Cikgu dengan nada suara yang sedikit keras.

"Lima puluh enam!" Jerit Rania dengan nada teruja. Rania terus pandang cikgu. Melihat cikgu mengangguk, dia terus menyambung bacaannya. Dalam masa yang sama, sekejap sekejap matanya akan kembali merenung ke arah wajah Iskandar.

"Okay awak boleh masuk" ujar Cikgu setelah puas hati dengan hafalan Rania.

Iskandar terus menarik nafas lega. Rania melalui meja Iskandar ketika menuju ke arah mejanya. Rania hanya menghadiahkan senyuman yang paling manis kepada Iskandar. Iskandar terus terkedu.

Mana hilangnya jelingan tajam Rania?


❤️


"TERIMA Kasih, Awak!"

Tiba tiba terdengar suara yang sangat sangat dia kenali berada berhampiran dengannya. Iskandar terus mengangkatkan kepalanya. Tangannya berhenti melukis. Terlihat Rania sedang berdiri dihadapannya dengan senyuman yang meleret. Sekali Lagi Iskandar tergamam. Senyuman Rania memang mampu membuatkan hatinya kembali resah gelisah. Tiba tiba saja terasa peluh kecil turun merintik rintik ke wajah. Tangan yang sedang memegang pensil 2B terasa berpeluh. Basah.

"Untuk?" Tanya Iskandar. Sengaja buat buat tidak faham.

"Tadi. Awak dah tolong saya"

"Bila?"

"Tadi.. masa saya dekat depan.." Wajah ceria Rania tiba tiba berubah mendung.

"Kat depan?"

Rania terus menganggukkan kepalanya. "Masa.. hafal sifir tadi.." Suara Rania kedengaran tergagap gagap.

Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now