SEPANJANG perkelahan ini, aku hanya menghabiskan masa dengan video kamera merakam aksi aksi teman teman. Walaupun sudah beberapa kali mereka mengajak aku mandi, tetapi aku tetap berkeras tidak mahu basahkan baju aku. Bukannya apa, aku cuma malas nak salin baju nanti. Lagipun tak mandi pon aku dah rasa sejuk. Kalau mandi, badan aku akan jadi sejuk beku macam Anna masa Frozen 1 lah nanti jawabnya.
"Weh!" Tiba tiba terasa badan aku diterkam dari belakang. Jantung aku hampir nak tercabut!
"Kau buat apa? Tak bosan ke bertenggek atas batu tu je?" Tegur Ain yang sedang menggigil kesejukan.
"Tak" Aku hanya tersengih.
"Jomlah mandi weh" ajak Laura.
Aku menggeleng. Namun belum sempat aku bersuara, Laura sudah menarik tangan aku masuk ke dalam air. "Weh taknak!" Jerit aku. Cuba berusaha menyelamatkan baju aku daripada basah terkena air.
Laura terus berusaha menarik aku masuk ke dalam Air. Sesi tolak menolak berlaku. Beberapa orang pelajar nampaknya sedang memerhatikan kami. "Apa kes datang sini taknak mandi. Baik tak payah datang!" Bebel Laura.
Belum sempat aku bagi alasan tiba tiba saja terasa badan aku melayang dan.. Bum! Basah kuyup seluruh badan aku.
"Kurang asam!" Aku menyimbah air ke arah Laura.
"Tak seronoklah datang sini tapi tak mandi!" Ejek Ain kemudian ketawa mengekek.
"Aku tak bawa bajulah!" Jerit Aku geram.
"Erk.." Kedua duanya berhenti menyimbah air kepada aku. Tercegat dengan mata tidak berkelip memandang aku. "Kenapa tak bawak!" Wajah Laura kelihatannya seperti serba salah.
"Aku tak fikir pun nak mandi" Aku mengeluh perlahan. Sedih melihat baju dan seluar aku sudah basah kuyup. Bukan saja baju, kain tuala pun aku tak bawa!
"Kau ni! Kalau dah datang tempat macamni kena lah bawak! Tak kisahlah kau nak mandi ke taknak" marah Ain kemudian menyimbah air ke wajah aku.
"Korang punya pasal lah aku basah kuyup. Nanti baju korang aku ambil! Korang balik lah dengan keadaan basah macamni!" Balas Aku bernada geram. Sakit hati Aku tahu tak!
"Eh, mana aci kalau macamtu!" Serentak mereka bersuara.
Aku tersenyum mengejek. Kisah apa aku! Aci takde. Aci kat kedai aceh sana tu hah!
❤️
AKU duduk di atas batu sambil memeluk kedua dua lutut. Badan aku mula menggigil kesejukan. Dari jauh aku dapat melihat betapa miangnya Iskandar menempel di mana saja Liyana berada. Liyana pula kelihatan gembira sekali apabila dilayan bagaikan puteri raja oleh Iskandar. Dari jauh sudah boleh dengar gelak tawa mereka. Sejalur rasa cemburu bertandang di hati. Aku segera menoleh ke arah Ain dan Laura. Kelihatan mereka berdua leka belajar berenang dengan Yaana.
Entah kenapa tiba tiba aku berasa sayu. Rasa macam terasing sekali. Memang aku inginkan keadaan ini. Memang aku ingin kembali semula ke zaman persekolahan dan ingin membaiki kesilapan yang pernah aku lakukan di masa lalu. Tapi entah kenapa, kadangkala aku berasa sungguh susah mahu mendampingi mereka. Kadangkala gurauan mereka langsung tidak lawak bagi aku. Isi perbualan mereka pun sangat membosankan. Berkisahkan perkara yang sama. Tentang pelajar yang minat dekat seseorang secara senyap tanpa pengetahuan orang tersebut. Tentang si A bergaduh dengan si B lah. Tentang angan angan yang hanya bercakap di mulut tetapi perbuatan tidak kena langsung dengan percakapan. Hanya angan angan yang akan terus menjadi angan angan dan tetap tidak dapat kecapi.
YOU ARE READING
Mamat Dingin, I Love You! [✔️]
Teen Fiction[COMPLETED] Tengku Farish Iskandar. Pernah dikecewakan oleh bekas kekasih hatinya yang bernama NAURA INSYEERAH suatu ketika dahulu. Sejak kejadian itu, lelaki melayu berkacuk pakistan itu mula mengubah persepsinya terhadap wanita. Dia memandang mana...