PROLOG

24.4K 699 302
                                    

"INSYEERAH!"

Aku melaungkan suara memanggil nama itu seraya kakiku pantas mengejarnya yang sudah bergerak laju ke hadapan. Aku ingin meminta kepastian sama ada apa yang aku lihat sebentar tadi, benar ataupun palsu.

Setibanya aku dihadapan seraut wajah itu..

"Awak, awak cakap dengan saya sekarang. Apa yang saya tengok tadi semuanya salah kan? Jawablah!"

Maaf Insyeerah. Aku terpaksa meninggikan suara. Tanpa aku sedar, kelopak mataku sudah mula bertakung dengan air mata. Tunggu masa saja mahu mengalir deras. Tanganku naik mengelap setitis air mata yang mula menitis. Aku lelaki. Aku tak boleh tunjuk lemah dihadapan dia. Aku tak boleh menangis!

Hati aku sekarang, bak kaca yang jatuh ke lantai. Pecah. Hancur. Retak. Paling mengejutkan aku adalah dimana aku sendiri melihatnya berdua duaan dengan lelaki didalam bilik stor belakang bangunan sekolah. Dan paling mengejutkan, lelaki itu adalah kawan baik aku sendiri! Dan apa yang membuatkan mata aku terbuntang luas apabila melihat apa yang terpamer dihadapan mata dimana mereka berdua.. mereka berdua sudahpun terlanjur! Ah!

"Alahai sedihnya muka. Kau tak payah risau lah pasal aku eh. Mesti sekarang kau tengah cakap apa yang aku buat tadi dengan Razif, berdosa kan? Hah, lantak kan! Kau lupa yang kubur asing asing? Dosa aku, lantak aku lah nak buat apa pon!"

Insyeerah hanya bertindak biasa tanpa ada rasa bersalah yang timbul didalam hati. Dia juga memandang Tengku Farish Iskandar dengan pandangan yang sinis. Seolah olah, Lelaki itu tidak penting dalam hidupnya.

"And lagi satu, kau nak tahu kenapa aku buat macamtu dengan Razif? Sebabnya aku suka dia lah bodoh! Kami berdua nak practice dulu. Nanti bila malam pertama, tiadalah rasa kekok!"

Air mata yang ditahan sejak tadi kini mengalir jua. Tak sangka. Tak sangka begini Insyeerah yang sebenar. Dia sudah berubah. Bukan seperti Insyeerah yang dahulunya kenal erti halal dan haram. Sememangnya seminggu yang lepas Insyeerah sudah mula menunjukkan perubahannya. Bukannya dia tidak perasan akan perubahan ini, tetapi dia hanya bersangka baik. Mungkin, itu hanyalah perasaannya saja.

"And one more thing, aku nak cakap sikit lah. Muka macam kau ni, layak ke nak bercinta? Kalau tak laku tu buat cara tak laku!"

"For your information, Razif tu seribu kali ganda lebih bagus untuk jadi Boyfriend aku. Kau? Ergh not my taste! Kau dengan keluarga kau boleh pergi mampus. Kau ambik balik cincin kau yang buruk ni. Mulai daripada hari ini, aku takkan sebut nama kau dan aku taknak tahu apa apa pon yang berkaitan dengan kau. Anggap je kita tak pernah kenal. Chau dulu. Razif dah tunggu aku kat depan pintu bilik stor. Dia nak aku layan dia. Kau ada orang nak layan kau? Tiada kan? So blah"

Ya Allah. Sakit yang aku rasakan bukan kepalang. Perit. Bagai ditoreh toreh dengan sembilu berkali kali. Kata kata sungguh mendalam dan mengguriskan hati. Air mataku mengalir lagi. Mengapa? Mengapa mendustakan kata kata? Masih ingatkah engkau tentang apa yang pernah kau lafazkan? Dahulunya, kau berkata yang aku tiada penggantinya dan aku seorang saja yang engkau pilih. Dan kita juga telahpun sama sama berjanji untuk setia dalam perhubungan sehinggalah kita berdua menjejakkan kaki ke pelamin. Tetapi sekarang? Dimanakah kesetiaan itu? Mana pergi janji dulu? Mana cinta dan kasihmu? Semuanya hanyalah dusta semata mata!

Lelah. Lelah untuk memberikan sekeping hati yang sudah kerap kali terluka. Mengapa apabila aku mahu merasakan cinta. Tetapi begini yang diterima? Adakah aku tidak layak untuk merasakan kebahagiaan?

Biar Aku lepaskan, jiwa yang kau tinggalkan! Jangan kau hadir pada ketika aku sedang dilanda bahagia dan kembali merayu untuk kembali mencintai. Kerna waktu itu keadaan sudah tidak sama. Keadaan sudah bertukar dimana engkau bukan siapa siapa lagi yang bertahkta di hati.

Biar rasa ini hanya aku seorang saja yang merasai. Air mata yang mengalir deras cukup membuktikan bahawa hati yang kukuh kini telah hancur, pecah dan retak.

Mungkin sudah sampai waktunya, untuk aku pertahankan jiwa.

Lagu Tema MAMAT DINGIN, I LOVE YOU!
(Siti Nordiana - Angkara)

Aku bagaikan
Merpati di Awan
Berkelana di langit tak pasti
Antara bulan
Terlihat jelas rahsia hati

Aku hanyut dibuai waktu
Gelap sepi tak pernah menyakiti
Biarlah Aku
Bahagia
Begini

Biar
Biar aku lepaskan jiwa yang kau tinggalkan
Biar aku bebas untuk selamanya
Habis punah semua rasa
Angkara Dusta
Mengapa kau kembali merayuku

Aku pencipta
Ditimbus prasangka
Cukup sudah segala kepalsuan
Sampai waktunya
Ku harus teguh pertahan jiwa

Aku hanyut dibuai waktu
Gelap sepi tak pernah menyakiti
Biarlah Aku
Bahagia
Begini

Biar
Biar aku lepaskan jiwa yang kau tinggalkan
Biar aku bebas untuk selamanya
Habis punah semua rasa
Angkara Dusta
Mengapa kau kembali merayuku

Ku bukan yang dulu
Terdiam dan kaku
Hanya berserah
Mengenang takdir
Kini
Aku mampu berlari
Tiada yang menghalangi
(Menghalangi)

Biar
Biar aku lepaskan jiwa yang kau tinggalkan
Biar aku bebas untuk selamanya
Habis punah semua rasa
Angkara Dusta
Mengapa kau kembali merayuku

🥀

B E R S A M B U N G

Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now