PAGI itu di sekolah, Iskandar langsung tidak bertegur sapa dengan Aku, berpatah patah aku tanya, sepatah saja dia jawab. Itupun langsung tidak mahu pandang wajah aku. Walaupun hari ini tak ada sebarang gangguan daripada Aidil, namun tumpuan aku tetap terganggu. Semuanya gara gara hati aku yang bertanda tanya kenapakah Iskandar tiba tiba saja berubah acuh tak acuh melayan aku. Dia marah ke pasal semalam?
"Kau marah aku ke?" Tanya Aku ketika waktu rehat. Semua rakan kelas kami keluar untuk pergi ke kantin.
"Ada sebab ke aku patut marah kau?" Jawab Iskandar acuh tak acuh. Dia terus melukis pada buku lukisan.
"Habistu, kenapa kau acuh tak acuh je? Aku tanya pun jawab nak tak nak je" luah Aku berasa geram. Sebelum ini bukan main mesra melayan Aku. Aku tak peduli. Aku akan korek sampai aku dapat jawapan yang memuaskan hati aku.
"Kan aku dah jawab tadi" Iskandar mengangkat wajah merenung wajah Aku.
"Tu bukan jawab. Tapi, sarkastik" Aku mendengus kasar.
"Aku banyak kerja lah" Iskandar kembali melukis.
"Banyak kerja apanya. Dari tadi asyik melukis je" Aku terus merampas buku lukisan itu. Kemudian memasukkan dalam beg aku.
"Eh! Bak sini buku aku tu balik!" Iskandar menjegilkan matanya kepada aku.
"Cakap dulu. Kenapa kau nak marah aku?" Aku terus menyembunyikan buku lukisan tersebut.
Iskandar terdiam buat seketika. Dahinya berkerut memandang aku. "Kau nak tahu?" Tanya Iskandar dengan wajah bengang. Aku menganggukkan kepala.
"Aku benci kau! Sebab kau gunakan aku semata mata nak jumpa budak semalam tu" ujar Iskandar dengan wajah bengis. Tapi tidaklah sebengis masa dia nak marah Shafiq Aidan tempoh hari.
"Aku tak gunakan kau lah! Aku mintak tolong dan kau juga yang setuju nak tolong aku kan?"
"Tapi, aku nak tolong untuk benda yang elok. Bukannya bawak motor berkilo meter semata mata nak bawa kau pergi jumpa jantan lain!" Marah Iskandar.
"Kenapa kau nak marah sangat? Salah ke aku jumpa dia? Lagipun dia masa depan aku! Dan, dia bakal tunang aku!" Aku mula hilang kesabaran. Siapa Iskandar nak melarang aku untuk aku jumpa sesiapa yang aku nak jumpa? Apa hak dia? Serentak itu terasa hati aku berasa panas dan bibir diketap kuat.
"Oh tunang. Mana kau tahu dia tunang kau? Keluarga kau dah tetapkan korang berdua akan bertunang?" Soal Iskandar dengan wajah sinisnya. Aku terdiam sejenak.
"Kau saja ajak aku keluar semalam sebab kau nak sakitkan hati aku kan?!" Sambung Iskandar lagi.
"Kenapa kau nak rasa sakit hati pulak?" Dahi aku berkerut kerut. Dah kenapa pula dia perlu berasa sakit hati sedangkan dia hanyalah rakan sekelas aku saja. Bukannya teman istimewa pon!
"Sebelum ni bukan main kau kata kau putus dengan Shafiq Aidan bukan sebab ada lelaki lain. Kau ni kaki menipu jugak rupanya" Iskandar membebel kemudian mencebik.
"Cakap tu elok elok sikit!" Darah aku terus mendidih. Aku paling pantang kalau ada orang sebut nama tu!
"Salah ke apa aku cakap?" Iskandar menjeling.
"Aku putus dengan Shafiq Aidan tu bukan sebab ada orang lain lah!"
"Habistu budak semalam tu apa?" Wajah Iskandar mula kemerahan.
Marah sungguh dia kepada aku. Aku terdiam. Macam mana aku nak jelaskan semuanya? Bahawa Daniel adalah bakal tunang aku di masa depan dan sudah menjadi tanggungjawab aku untuk membetulkan Daniel?
YOU ARE READING
Mamat Dingin, I Love You! [✔️]
Teen Fiction[COMPLETED] Tengku Farish Iskandar. Pernah dikecewakan oleh bekas kekasih hatinya yang bernama NAURA INSYEERAH suatu ketika dahulu. Sejak kejadian itu, lelaki melayu berkacuk pakistan itu mula mengubah persepsinya terhadap wanita. Dia memandang mana...