AKU perlukan penutup kisah aku dan Iskandar. Sekarang ini aku sudah dapat penutup yang aku cari selama ini. Patutlah hati aku seperti sedang merindui seseorang. Patutlah hati aku terasa seperti sedang menantikan seseorang. Rupanya seseorang itu adalah insan yang aku cinta dan dia sudah pergi tanpa kembali.
Tapi entah kenapa hati aku masih belum rasa puas. Kenapa ingatan aku perlu dikembalikan semata mata untuk mengingati kisah yang sedih ini? Apa hikmah disebalik semua yang terjadi ni? Ya Allah, tunjukkanlah jalan yang sepatutnya aku pilih..
"Rania.." Aku menoleh. Mak menghampiri lalu melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah. Petang ini aku hanya menghabiskan masa merenung pokok pokok bunga di taman mak.
"Jangan diingatkan lagi orang yang dah takde" Mak bersuara perlahan. Tiba tiba hati aku dihambat rasa sayu yang teramat.
"Kita relakan dia pergi ye nak. Kita doakan semoga urusan dia dekat sana dipermudahkan" Air mata aku menitis lagi.
"Mak tahu. Bukan mudah untuk Rania terima semua ni secara cepat. Tapi Mak percaya. Setiap ujian, setiap kejadian ada hikmahnya"
"Mak. Dia pergi saat Nia sedang gembira menerima keputusan peperiksaan. Dia terlantar tak sedarkan diri saat Nia bergembira kerana bebas daripada SPM. Nia rasa bersalah sangat Mak" Air Mata Aku menitis lagi buat sekian kalinya.
"Bukan salah Rania. Jadi, Rania jangan rasa bersalah. Semua ni dah tertulis nak" Mak mengusap usap belakang aku.
"Kalau Nia tak hilang ingatan, mesti Nia akan jaga dia. Mesti Nia akan teman dia. Mesti Nia akan bercakap cakap dengan dia sampailah dia sedar dari koma. Dan... mesti dia akan dengar apa yang Nia cakapkan. Mesti dia jugak ternanti nanti Nia datang jenguk dia" Tangisan Aku tidak dapat dibendung lagi. Sekali Lagi aku kalah dengan perasaan aku sendiri.
"Rania... menangis lah sepuas puasnya nak" Mak terus terusan mengusap usap belakang aku.
"Nia hilang dua orang yang Nia sayang sangat sangat. 16 Tahun mak. Lepas 16 Tahun baru Nia ingat dia mak. Tapi terasa macam semalam baru Nia jumpa dengan dia. Berbual dengan dia. Hati Nia ni rasa pedih Mak"
"Ya Rania. Mak faham" Mak bersuara perlahan lalu menganggukkan kepala tanda faham. "Hati kita akan rasa rindu sehinggakan kita tak tahu macam mana nak teruskan kehidupan. Sampai kita tak tahu macam mana nak senyum. Jiwa yang ditinggalkan pasti akan berasa kosong. Tapi percayalah Rania. Satu hari nanti, kenangan bersama dengan dia pasti akan jadi Kenangan Terindah untuk kita ingati. Kenangan terindah itu lah yang akan menemani hari hari kita. Sebab itu Allah berikan kembali kenangan yang terindah itu pada Rania. Andai selepas kemalangan tu Rania masih ingat, pasti Rania takkan dapat meneruskan hari persekolahan. Entah entah Rania terus nak melupakan cita cita yang Rania idamkan selama ni" ujar Mak panjang lebar.
"Takdir Allah itu sangat sempurna dan tersusun cantik. Rania hanya perlu percaya pada Takdir saja" Mak memujuk lagi.
Aku terdiam sejenak. Sedikit sebanyak apa yang diperkatakan oleh Mak itu ada juga betulnya. Hati yang sedih perlahan lahan menjadi tenang semula. Ya. Takdir Allah itu sangat sempurna dan tersusun cantik. Sempurna kerana aku mula tahu bagaimana perasaan apabila kita terus mencintai seseorang. Sempurna kerana aku mula tahu cinta aku bukan pada Daniel dan Takdir itu Sempurna kerana aku sudah ada penutup pada kisah percintaan kami. Mungkin sudah tiba masanya aku memberi ruang pada Daniel untuk kembali bertakhta dalam hati aku. Tapi, mampukah aku terus mencintai Daniel seumur hidup aku jika dalam hati aku masih ada Iskandar?
"Macam mana Nia nak bersemuka dengan Daniel? Perlu ke Nia cerita segala benda ni pada dia?"
"Semuanya terserah pada Rania. Kalau Rania rasa Daniel perlu tahu apa yang membelenggu hati Rania sekarang ni, baik Rania berterus terang je. Tapi kadangkala ada benda yang kita perlu simpan untuk diri sendiri"
YOU ARE READING
Mamat Dingin, I Love You! [✔️]
Teen Fiction[COMPLETED] Tengku Farish Iskandar. Pernah dikecewakan oleh bekas kekasih hatinya yang bernama NAURA INSYEERAH suatu ketika dahulu. Sejak kejadian itu, lelaki melayu berkacuk pakistan itu mula mengubah persepsinya terhadap wanita. Dia memandang mana...