Bab 6 - Spotcheck

4.3K 347 15
                                    

"WOI, tu boyfriend kesayangan kau dah sampai" Iskandar memuncungkan bibirnya ke arah luar kelas.

Aku segera menoleh. Kelihatan wajah Shafiq Aidan di luar kelas melambai tangannya menanda dia memanggil aku untuk keluar dari kelas. Aku memasamkan muka dan bingkas bangun dari tempat duduk.

"Dating jauh sikit. Semak mata aku tengok nanti" pesan Iskandar acuh tak acuh sebelum kaki aku mengatur langkah.

"Dia nak apa lagi ni.." Monolog aku sendirian tetapi mampu didengari oleh Iskandar.

"Eleh, padahal hati tengah melompat lompat bila tengok orang tersayang dekat depan mata" Iskandar tersenyum sinis seperti mengejek lalu terus

Aku sempat menjeling. Tak habis habis perli aku! Iskandar kelihatannya teruskan melukis. Aku terus menjenguk. Dia ni memang takde kerja lain ke selain melukis?

"Jangan sibuk boleh tak?" Iskandar merenung tajam ke arah aku. Membawa buku itu ke dadanya.

"Kedekut!" Jawab aku kemudian terus berlalu pergi.

"Hah ada apa?" Tanya aku pada Shafiq Aidan sebaik saja berada di pintu masuk kelas.

"Jom kita pergi ke hujung sana?" Ajak Shafiq Aidan acah acah mahu melangkahkan kakinya pergi.

"Tak payah lah. Nanti kalau ada orang tengok, apa pulak diaorang cakap"

Shafiq Aidan serta merta terus berhenti melangkah. Memandang serius ke arah aku. "Awak ni memang betul betul dah berubah" kata Shafiq Aidan.

Aku segera mengalihkan pandangan. Memandang ke dalam kelas. Memerhati rakan rakan sekelas yang sedang bergembira. Apabila cikgu sibuk bermesyuarat, diaorang apa lagi.. kelas serta merta akan jadi seperti pasar borong semula lah jawabnya! Ada yang sedang rancak bergosip. Ada juga yang sedang berlawan gusti tangan. Aku memandang ke belakang kelas. Entah kenapa kali ini mata aku seakan tidak mahu berhenti dari merenung wajah Iskandar yang sedang asyik melukis pada buku lukisannya.

"Jadi, betullah apa yang saya dengar hari ni?" Soal Shafiq Aidan. Suara Shafiq Aidan mengganggu lamunan aku lantas aku menoleh ke arahnya. Aku sempat menangkap anak matanya menjeling ke belakang kelas. Menjeling Iskandar!

"Apa yang awak dengar?" Tanya aku sekadar ingin mengujinya. Mesti kes nota yang dirampas oleh Cikgu Zamri pagi tadi sudah merebak ke seluruh sekolah. Tak guna betul! Siapa pula yang sebar cerita ni? Tak lain tak bukan ini mesti kerja pelajar didalam kelas ini juga!

"Tak payah saya nak jelaskan. Awak pon sendiri tahu kan?" Shafiq Aidan tersenyum sinis ke arah aku.

"Habistu awak datang sini nak apa?!" Soal aku bernada tidak puas hati. Riak wajah sinis Shafiq Aidan tiba tiba berubah cuak.

"Saya tak sangka. Saya ingat awak berbeza dengan perempuan lain. Tapi rupanya sama je! Gatal!" Wajah Shafiq Aidan terus merah menyala.

"Jaga mulut awak ya!" Darah aku sudah menggelegak. Bukan kerana sedih atau apa sekalipun. Tetapi kerana menahan marah dan geram dan sakit hati dan yang sewaktu dengannya. Kalau diikutkan hati, nak je aku sembur budak tak cukup otak macam Shafiq Aidan ni! Tapi, aku masih ada sifat berperikemanusiaan.

"Sebelum nak suruh jaga mulut saya, awak tu yang sepatutnya kena jaga tingkah laku awak. Harap muka je cantik tapi perangai nauzubillah!" Shafiq Aidan sekali lagi tersenyum sinis.

Muka aku lawa? Eh kejap.. dia cakap apa tadi? Perangai aku teruk? Dia ni memang nak kena! Berani dia cakap perangai aku tak semenggah? Aku menjeling tajam. Ini dah cukup melampau! Tangan aku ni tunggu masa je nak sampai dekat mulut dan pipi si Shafiq Aidan ni tau! Tapi kalau aku ikutkan sangat kata hati, memang akan jadi bualan hangat oleh satu sekolah pulak nanti. Sabar Nia sabar.

Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now