ORANG yang cantik. Siapa saja yang tidak berkenan. Semua orang akan berkenan. Cuma masalahnya, tak semua yang layak untuk mendapatkan si cantik itu. Termasuklah dia. Pertama kali dia memandang si Gadis ketika daftar masuk sekolah tingkatan 1. Tapi tak adalah masatu nak kata dia jatuh cinta pandang pertama. Nanti dicop gatallah pulak. Tapi masatu dia tergamam seketika apabila melihat betapa Indahnya ciptaan Tuhan.
Tapi itu kisah diawal tahun yang lepas. Sejak itu, dia hanya memerhati. Tapi tidak terlalu taksub atau obses pun. Pandang sesuatu yang cantik tak semestinya berangan untuk memiliki. Nikmat cantik itu semestinya untuk dipandang. Jika memiliki, tak semestinya cantik itu akan terus kekal cantik. Jadi, bagi dia... let it be.
Cumanya, sekali sekala gelagat si Gadis itu kerap sekali mencuri perhatiannya. Tawanya, marahnya, rajuknya, semuanya seperti irama yang menjadikan hari harinya sungguh Indah. Menjadikan melodi hidupnya mempunya pelbagai bunyi dan rasa. Entah bila dia boleh jatuh cinta pada si Gadis itu pun dia sendiri tidak sedar.
Cuma, ketika si Gadis datang untuk meminta pertolongan daripadanya, sejak itu perasaan itu semakin lama semakin berkembang mekar. Tapi sengaja tidak dipamerkan kerana dia tahu. Dia tidak layak untuk dapatkan semua tu!
Guardian Angel. Itulah gelaran si gadis itu berikan padanya. Pada awalnya dia pun berasa pelik. Tapi lama lama sudah menjadi panggilan kegemarannya. Protecting the girl was his new hobby. Tapi sekuat mana dia mencuba menafikan apa yang dirasa, dia tidak mampu melawan kehendak hati lagi. Dia memuji dan memuja dalam diam. Si Gadis itu langsung tidak tahu.
Semalam. Kad hari jadi diseludup masuk ke dalam meja si Gadis. Mujur tidak kantoi. Maklumlah, tahun ini mereka tak sama kelas. Tapi tugas melindung itu masih menjadi tugasnya. Dia menarik nafas lega apabila melihat si Gadis tersenyum meleret apabila melihat lukisannya. Okay si Gadis suka. Kemudian dia berlalu pergi.
Harini si Gadis hantar pesanan. Cakap nak jumpa di pondok belakang kantin. Si Gadis nak apa? Mungkin ada lelaki lain yang cuba kacau agaknya?
Iskandar terus melangkah ke arah kantin. Melangkah dengan jantung yang berdegup kencang tapi terpaksa berlagak tenang. Bukan kerja yang mudah. Tapi nak buat macam mana, kena lah acah acah pandai berlakon kan?
Dari jauh sudah kelihatan si Gadis duduk di bangku sambil menghayunkan kaki. Iskandar terus berhenti melangkah. Berlatarkan langit yang segar membiru, ditemani pokok dan rumput yang menghijau, dan bangku kayu yang klasik. Tersangatlah indah.
Belum sempat dia melangkah, si Gadis itu menoleh. Dia terkedu. Terus terkeluar soalan yang tidak sepatutnya dia bertanya. "Nak apa?" Macamtu je dia laung dari jauh.
Rania menggamit tangan. Panggil dia untuk mendekat. Dengan muka bersahaja dia terus melangkah. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Sampai di sebelah Gadis dia terus berdiri. Menanti si Gadis untuk bersuara.
Rania terus mendongak. "Busy ke?" Matanya berkelip kelip menahan sinaran cahaya matahari.
"Tak" Hanya itu saja yang mampu dia membalas. Badan digerakkan sedikit agar bayangnya dapat melindungi si Gadis daripada terkena silau pancaran cahaya matahari.
"Duduklah dulu" Bersahaja saja Rania mempelawa. Tangan si Gadis itu kelihatan menepuk tempat kosong di sebelahnya.
Iskandar fikir sesaat dua sebelum melabuhkan punggung di sebelah Gadis pujaan hati. "Kau nak apa?" Tangan terus dikeluarkan dari poket. Dipangku di kedua belah lutut. Kepala menghadap padang sekolah yang menghijau.
"Aku nak tanya kau sesuatu boleh?"
"What?" Iskandar menoleh. Hanya memandang dengan wajah dingin.
YOU ARE READING
Mamat Dingin, I Love You! [✔️]
Roman pour Adolescents[COMPLETED] Tengku Farish Iskandar. Pernah dikecewakan oleh bekas kekasih hatinya yang bernama NAURA INSYEERAH suatu ketika dahulu. Sejak kejadian itu, lelaki melayu berkacuk pakistan itu mula mengubah persepsinya terhadap wanita. Dia memandang mana...