Bab 46 - Confession

2.8K 234 27
                                    

SESI seminar bermula. Aku duduk di kerusi tengah di barisan paling tengah. Encik Rish memulakan sesi seminar dengan lawak jenaka dan berjaya membuatkan mereka yang hadir ini ketawa. Kemudian satu persatu isi dikupas dan dikongsi. Pada awal sesi isu yang dikongsi adalah tentang motivate diri. Peserta diri kiri dan kanan aku sibuk menyalin setiap nota penting yang keluar daripada mulut Encik Rish.

Tapi aku? Langsung tidak dengar apa pun yang dikatakan Encik Rish. Bukan saja tak dengar, malah tak faham apa pun. Sebab sesi seminar dikendalikan dalam bahasa Perancis. Cuma sekali sekala Encik Rish berbahasa inggeris. Tapi aku langsung tak berasa bosan. Seolah olah sudah setengah jam berlalu tetapi mata aku masih segar bugar. Tak jemu mata Aku merenung wajah dia. Dia kelihatan sangat berkarisma. Bertenaga, bersemangat. Satu isi yang sangat menarik dalam diri Encik Rish yang berjaya membuatkan aku yakin dengan apa yang aku lakukan sekarang.

Setelah dua jam berlalu, setelah sesi berehat selesai kemudian bersambung dengan sesi seni. Kali ini mata aku sedikit layu tapi masih mampu untuk bertahan kerana tertarik melihat video yang disediakan oleh Encik Rish. Kini tiba slot terakhir seminar. Encik Rish membuka peluang kepada peserta untuk bertanyakan soalan. Beberapa orang peserta bertanya soalan soalan yang aku sendiri pun tak faham. Kemudian Encik Rish bertanya jika masih ada soalan sebelum sesi soal jawab berakhir. Entah macam mana tiba tiba aku boleh mengangkat tangan. Serentak itu kesemua peserta menoleh ke arah Aku.

"Yes, Miss. What's your question?" Tanya si Pengacara Majlis.

Perlahan lahan aku bangun. Encik Rish kelihatannya seperti tidak sabar menanti soalan yang bakal ditanya. "I have one quick question for Mr.Rish"

"Yes, please" Si Pengacara Majlis menganggukkan kepalanya tanda memberi keizinan.

Aku berdehem perlahan. "Are you married?"

Serentak itu terdengar satu dewan ketawa. "Nope" Encik Rish tersenyum kecil.

"Will you marry me?"

Sekali lagi dewan gamat dengan suara suara ketawa dan siulan nakal.

"It depends on who's asking"

"If.. My Name is Rania, Will you marry me?" Jantung Aku hampir tercabut keluar.

Serentak itu wajah Encik Rish berubah terkejut. "Come here. I need to check if you're really Nur Rania or not"

Siulan nakal berbunyi lagi. Peserta kiri kanan Aku menolak nolak Aku supaya menerima cabaran Encik Rish untuk ke pentas. Tanpa menunggu panjang, Aku terus melangkah dengan penuh yakin.

"Hai" ucap Aku ketika berdiri di hadapan Encik Rish.

"Boleh saya sentuh muka?" Encik Rish menguntumkan senyuman.

"Okay"

Kemudian jari jemari Encik Rish meraba raba wajah Aku. Bila jarinya tiba di bibir Aku, dia mula berhenti meraba. "Yes! I will marry You" ujar Encik Rish lalu tersenyum manis.

Serentak itu satu dewan sakan dengan sorak para peserta. "Melutut! Melutut!! Melutut!!!" Suara Mereka bergema satu dewan.

Aku terkedu. Tak sangka sampai begitu sekali sambutan mereka semua. Dewan terus bergema dengan suara suara yang meminta untuk Aku melutut seperti hendak melamar Encik Rish. Ya Allah. Sudah!

"I dont have a ring!" Jerit Aku sekadar ingin memberi alasan.

"No need! Just use this!" Terdengar satu suara yang membalas. Kemudian ada tangan menghulurkan seutas tali kepada Aku.

Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now