Bab 60 - TAMAT

9.4K 326 53
                                    

END FLASHBACK...

Kini...

BAU butter. Bau kopi. Bau roti bakar dibakar mengejutkan dia daripada tidur yang panjang. Perlahan lahan mata dibuka. Bau itu betul betul membuatkan perutnya terasa lapar. Walaupun mata masih nak terlelap semula, tapi kehendak perutnya membuatkan dia terpaksa membuka kelopak mata.

Sebaik saja mata terbuka, dia termenung seketika. Mimpi apakah itu? Macam realiti. Tapi hakikatnya hanyalah mimpi. Tapi mungkin juga sebahagian dari cebisan memori yang lalu?

Rania menolak kain selimut. Kepala diangkat lalu memandang penghawa dingin. Patutlah sejuk, penghawa dingin terbuka sehingga siang. Selalunya tengah tengah malam dia akan tutup. Setelah mendapat sedikit tenaga, dia berdiri. Badan terasa penat sangat sangat. Sempat dia menjeling ke tilam. Risau kalau kalau ada darah haid bocor ke tilam. Nasib baik tak ada. Selepas cuci muka dan gosok gigi, dia keluar menuju ke dapur.

Kaki berhenti melangkah. Bibir menguntumkan senyuman apabila melihat si Suami yang kelihatan comel memakai apron berwarna merah jambu sambil mendengar bunyi telur goreng bersama dengan butter. Kalau dulu, dia tak percaya yang Iskandar boleh melakukan kerja kerja di dapur. Tapi sekarang semua itu bukan perkara pelik lagi. Dengan deria bunyi Iskandar boleh mengagak sama ada telur yang dimasak itu sudah masak atau belum. Peralatan dapur juga semuanya dibeli berdasarkan keperluan mesra OKU seperti Iskandar.

Perlahan lahan dia melangkah ke kitchen island. Menongkat dagu lalu merenung belakang si Suami yang kelihatan serius menunggu telur separuh masak. Baju Tshirt putih kemas di badan. Menutupi bahu lebarnya. Lengan disingsing sehingga ke siku. Menyerlahkan lengan tegap dan kemas si Suami. Lengan yang membuatkan dia rasa rindu setiap kali berjauhan. Lengan yang menjadi alas tidurnya apabila mata degil tak mahu tidur. Hanya pelukan si Suami yang membuatkan dunianya terasa nyaman dan aman. Gila kan? Tak sampai beberapa meter si Suami di depan, rasa rindu semakin melayang layang. Perlahan lahan kakinya melangkah, menggigit bibir, menahan tawa. Sampai di belakang si Suami, tangan terus memeluk pinggangnya.

"Morning, My Love" bisik Rania lantas menjengket dan mencium leher. Menarik nafas menghidu bau wangian leher si Suami.

"Whoaa, Sayang. Buat Abang terkejut je tau!" Iskandar ketawa kecil. Tangannya mengurut dada. Kemudian menoleh lalu mencium pipi si Isteri yang masih melekat di bahunya.

Rania terkekeh. "I have a weird dream last night" bisik Rania.

"Weird? What is it, Dear?" Iskandar mengangkat telur.

Rania segera melepaskan pelukan. Mencapai piring, membantu Iskandar meletakkan telur atas piring. Iskandar mematikan dapur elektrik lalu membuka apronnya. Rania menarik tangan si Suami ke meja kecil di hujung sudut dapur. Air dan roti sudah tersedia di meja. "I mimpi yang I pernah tolong You masak. You pakai baju yang sama, singsing lengan hingga ke siku. Cumanya.. masatu You tak pakai apron warna pink" Rania mengulumkan senyuman.

"Apron ni warna pink?" Melopong mulut Iskandar. Kemudian menggelengkan kepalanya. "Kan Abang dah cakap, no pink colour dalam rumah ni"

Rania ketawa. "Halah, apron je"

"Sure meh apron je?" Iskandar mengangkat kening sebelah.

"And curtain"

"What?!" Sekali lagi Iskandar melopong.

Rania ketawa lagi. Seronok tengok muka si Suami yang comel apabila menggelabah. "Curtain dapur je. Kat singki tu" Rania tersengih.

"Lagi?" Iskandar menaikkan keningnya. Macam tak boleh percaya je ni. "You jangan cakap yang kereta kita pun dah jadi warna pink tau"

Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now