"NIA.." terdengar nama aku dipanggil. Tubuh aku digoncang perlahan. Terasa dahi aku disentuh. Terasa ada tangan yang memicit dahi dan kaki aku.
"Nia.."
Aku.. aku kenal suara itu. Itu suara Ain. Aku cuba membuka mata. Tetapi terasa amat payah. Cahaya terang yang terpancar ke kelopak mata aku membuatkan lebih sukar untuk aku membuka mata. Kejap, tadi tu suara Ain kan? Macam mana dia boleh ada dekat rumah aku ni? Bukankah dia pergi berbulan madu dengan abang redbull? Takkan dah balik? Cepat betul. Dimana aku sekarang? Sekali lagi aku cuba membuka mata. Tetapi secara tiba tiba terasa kepala aku pula yang terasa sakit dan perit. Aku menarik nafas kemudian hembus dengan perlahan. Dan akhirnya, syukur ke hadrat ilahi.. aku berjaya melihat mak dan Ain yang sedang duduk di birai katil di dalam bilik aku.
"Ayah mana mak?" Tanya aku pada Mak dengan suara serak serak basah.
"Ayah pergi kerja. Kejap lagi dia balik lah" Jawab Mak Leha perlahan.
Air mata aku berlinang. Syukur Ya Allah. Maknanya aku memang betul betul tidak bermimpi. Ayah masih hidup. Tapi, aku berada di zaman mana sekarang ni? Aku bermimpi lagi ke?
Jawapan dari mak tadi itu saja sudah cukup membuatkan jantung aku berdegup kencang. Memang sah! Aku bukan berada di tempat yang sepatutnya! Tapi, bagaimana aku boleh kembali semula ke zaman ini?
"Kamu jaga dia Ain. Makcik ada kerja nak siapkan. Kamu cuma perlu layan saja kalau dia tanya soalan yang pelik pelik" Kedengaran Mak Leha berbisik pada telinga belah kanan Ain. Perlahan. Tetapi masih mampu didengari oleh Rania. Ain hanya tergelak kecil kemudian menganggukkan kepala.
Aku segera memandang Ain. Memang sah! Aku bukan berada di tahun 2020! Wajah Ain pada tahun 2020 penuh dengan jerawat. Tetapi sekarang, kulit wajahnya kelihatan licin dan gebu!
Jadi kalau dikira mengikut operasi matematik, maksudnya sekarang aku berada di tahun..
2010!
Aku memandang Ain. "Weh, sekarang tahun 2010 ke?" Tanya Aku.
Kelihatan dahi Ain berkerut kerut kemudian dia menganggukkan kepala. Hati aku mengucapkan syukur. Maknanya permintaan aku untuk mengulang kembali zaman persekolahan benar benar termakbul? Dulu, aku sering berasa teringin untuk kembali ke masa lepas walaupun aku tahu perkara itu tidak akan berlaku kerana ianya syirik suapaya aku dapat mengubah kesilapan yang pernah aku lakukan semasa zaman persekolahan dahulu. Jadi apabila mendapat peluang untuk kembali semula ke zaman persekolahan, aku tidak akan mensia siakan peluang ini!
Aku bingkas bangun dari pembaringan. Serentak itu aku menggeleng buat beberapa kali. Apa yang sebenarnya telah terjadi? Benarkah sekarang aku berada di zaman ini? Atau semua ini hanyalah.. mimpi khayalan semata? Argh! Ini lagi membuatkan kepala aku berasa sakit!
"Weh! Kau kena tolong aku!" Aku mula cemas seraya tangan aku memegang tangan Ain.
"Aku nak tukar aliran!" Sambung aku lagi. "Kau agak agak cikgu bagi tak?"
Ain terdiam buat seketika. Merenung tepat pada wajah aku. "Sorry, aku malas nak layan kau" jawab Ain. Dia tidak boleh. Dia sudah dipesan oleh mak rakan karibnya bahawa jikalau rakan karibnya ada bertanya atau bercakap tentang perkara yang pelik pelik, dia tidak boleh sesama sekali melayan.
"Ain, tolonglah tolong aku. Aku betul betul taknak ambil aliran sains. Aku nak masuk aliran sastera!" Balas aku. "Besok kau temankan aku pergi ke bilik guru ye?" Aku merayu lagi.
YOU ARE READING
Mamat Dingin, I Love You! [✔️]
Teen Fiction[COMPLETED] Tengku Farish Iskandar. Pernah dikecewakan oleh bekas kekasih hatinya yang bernama NAURA INSYEERAH suatu ketika dahulu. Sejak kejadian itu, lelaki melayu berkacuk pakistan itu mula mengubah persepsinya terhadap wanita. Dia memandang mana...