Bab 56 - "I Love You Unconditionally"

3.1K 190 8
                                    

AIDIL mengopek kulit limau sambil sekali sekala matanya menjeling ke arah Iskandar yang daripada tadi diam membisu. Daripada mulut Mak Som, Aidil dapat tahu bahawa Iskandar sedang berperang dengan perasaan sendiri. Hilang penglihatan bukan sesuatu perkara yang kecil. Jadi dia tak salahkan Iskandar jika kawan yang selama ini sentiasa cool mula berubah sikap.

"Nah" Aidil menghulur seulas buah limau. Iskandar terus termenung. Terbaring meringkuk sambil memeluk bantal. "Is, tadi kau cakap kau nak makan limau"

"Taknak" Iskandar terus kaku di katil.

"Okay" Aidil meletakkan kembali buah limau itu ke dalam bekas. Memandang Iskandar dengan rasa penuh simpati.

"Macam mana keadaan dia?" Tiba tiba Iskandar bersuara.

"Siapa?"

"Nia lah"

"Belum.." Belum sempat Aidil menghabiskan ayatnya, Iskandar pantas mencelah.

"Aku nak jumpa dia" suara Iskandar mendatar saja.

"Mak kau kan tak bagi kau keluar. Badan kau masih lemah lagi"

"Kalau macamtu lebih baik kau balik. Kau datang pun bukannya boleh tolong aku pun" Iskandar mendengus kasar.

Aidil hanya menarik nafas dalam. Cuba bersabar. Mak Som dah pesan awal awal, sejak akhir akhir ni Iskandar mula berubah sikap. Dia tak benarkan kawan kawan yang lain datang melawat. Dipaksanya Aidil agar memberitahu kepada semua rakan sekolah bahawa dia sudah berpindah ke Hospital Seremban. Iskandar tak mahu sesiapa pun tahu bahawa yang kini dia sudah hilang penglihatan. Nak tak nak, Aidil terpaksa setuju. Kalau tidak, Iskandar tidak mahu berjumpa dengannya lagi.

"Okay"

"Kau bawak aku jumpa Nia ke?" Tiba tiba Iskandar terus bersemangat. Teruja.

"Ya"

Iskandar terus menggerakkan badannya. Tak sabar rasanya nak turun dari katil. Nak jumpa Nia!

"Tapi tunggu dulu. Aku ambil kerusi roda sekejap"

Iskandar hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju. Beberapa minit selepas itu, Aidil muncul semula dengan membawa kerusi roda bersama.


❤️


BUNYI mesin membuatkan jantung Iskandar berdegup dengan laju. Bermacam gambaran yang dibayangkan dalam fikirannya sekarang ini. Wayar berselirat. Separuh kepala Rania dibalut. Bermacam peralatan menakutkan mengelilingi katil Rania. Nafas mula terasa sesak. Jika benarlah gambaran itu, dia lebih rela tidak dapat melihat daripada melihat keadaan kekasih hati yang sedang bertarung dengan hidup dan mati.

Kerusi roda yang ditolak oleh Aidil semakin hampir dengan katil Rania. Bunyi mesin bantuan pernafasan semakin jelas dan kuat.

"Siapa je yang ada?" Bisik Iskandar.

"Kita je. Mak Ayah dia ada dekat luar. Dua orang pelawat saja yang dibenarkan masuk" bisik Aidil.

Iskandar menganggukkan kepala tanda faham. Kemudian terasa Aidil menyentuh tangannya ke satu arah. Tak lama kemudian terasa seperti menyentuh kulit yang sejuk. Iskandar menyentuh. Cuba mengenal pasti. Terasa jari bertemu dengan jari.

Serentak itu hati mula terasa sebak. "Sejuknya tangan dia" Iskandar menahan sebak. Air Matanya kelihatan sudah bertakung didalam kelopak mata. Menunggu masa saja untuk mengalir deras.

Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now