امڤت ڤولوه ليما | 45

3.6K 197 38
                                    

SAFIYYAH memegang perutnya. Dia tidak sabar untuk menunggu kelahiran anaknya. Tinggal dua bulan sahaja lagi untuk dia melahirkan anaknya. Segala persiapan telahpun dilakukan. Tinggal tunggu masa sahaja.

Safiyyah kini cepat berasa letih setelah melakukan beberapa aktiviti. Pinggang dan kakinya sentiasa lenguh namun dia tidak boleh terlalu memanjakan dirinya. Dia perlu belajar berdikari. Lagipun, Ian tidak akan sentiasa berada di sisinya. Jadi dia perlu menguruskan keperluannya tanpa mengharapkan bantuan sesiapa.

"Fiya, Fiya nak apa-apa? Abang boleh ambilkan." Israr menawarkan dirinya. Dia pula yang rasa teruja kerana tidak lama lagi dia akan mendapat anak buah pertamanya. Sudah lama rumah ibubapanya ini tidak diriuhkan dengan suara tangisan bayi dan kanak-kanak.

"Tak apa. Fiya baru je lepas makan tadi. Sekarang Fiya nak berehat kejap. Buku lali ni asyik lenguh je kebelakangan ni. Nak bangun pun tak larat." adu Safiyyah kepada abang iparnya.

"Assalamualaikum! Kak Fiya! Rindunya!" tegur seseorang dari kiri Safiyyah. Safiyyah dan Israr terus menoleh. Siapa pula yang datang waktu-waktu macamni? Dahlah main terjah masuk je.

"Ifat! Aaaa, rindunya kak Fiya dengan Ifat. Ifat sihat? Eh tapi bukan Ifat ada showcase dekat Pahang ke? Macam mana..." Safiyyah hairan. Setahu dia, adik iparnya itu sibuk betul sejak mengeluarkan album baharu bulan lepas. Dia tahu pun melalui akaun sosial media Ifwat.

"Oh, showcase tu? Kena postponed sekejap sebab ada masalah apa entah. Jadi, Ifat baliklah sementara ada waktu lapang ni. Rindu nak tengok kak Fiya. Wah, dah besarlah perut kak Fiya. Dah nak due ke kak?" Ifwat terus meletakkan bagasinya ke tepi dinding lalu terus menerpa ke arah kakak dan abangnya.

"Amboi, abang Is ni tunggul ke dekat sini? Dari tadi kak Fiya sorang je yang dia nampak?" Israr bersuara setelah dirinya dianggap tidak wujud disitu. Mahu sahaja dia cekik-cekik adiknya namun ditahan sahaja niatnya.

"Ala, sorrylah abang Is. Ifat excited sangat tengok perut kak Fiya ni. First time Ifat dapat tengok perut perempuan mengandung depan mata macam ni. Yelah, nak harapkan abang Is mati hidup balik pun belum tentu Ifat dapat tengok. Busy je memanjang tak sedar umur tu dah makin tua." Ifwat sempat mengutuk abang sulungnya. Safiyyah tertawa kecil. Ada-ada sahajalah dua beradik itu.

"Amboi. Baik sikit eh mulut kau. Kau tu lagilah busy daripada aku. Cakap orang, dia pun sama." Israr membalas semula kata-kata adiknya.

"Eh, Ifat tak apa. Ifat muda lagi. Abang tu sepatutnya dah jadi bapa orang tau sekarang bukannya membujang lagi. Jadi bujang terlajak nanti baru tahu." Israr tidak puas hati apabila adiknya tidak henti-henti mengutuk dirinya.

"Eh dah-dah jangan bergaduh lagi. Kesian baby ni pening dia tengok." Safiyyah mengakhiri percakapan mereka berdua. Kalau dibiarkan sampai ke Subuh pun tak habis bergaduh.

"Kak Fiya, mana abang Ian? Rumah ni senyap je dari tadi. Ifat tak dengar suara dia pun." Ifwat memandang sekeliling. Tiada suara lain yang dapat didengari olehnya selain suara mereka bertiga.

"Ian dari pagi tadi lagi dah keluar. Entah kemana dia pergi. Bukannya nak bawa bini dia ikut sekali. Abang tak faham betullah perangai si Ian tu. Perangai dia makin menjadi-jadi tau. Mama dengan papa pula keluar pergi kenduri. Itu yang rumah sunyi sepi tu," terang Israr kepada adiknya.

"Oh, patutlah. Dekat dapur ada makanan tak? Ifat lapar ni." Safiyyah tersenyum. Adik iparnya ini memang tidak dapat dipisahkan langsung dengan makanan.

"Ada, kak Fiya ada masak tadi tapi lauk biasa jelah. Itupun tinggal sikit je. Kalau kak Fiya tahu Ifat nak balik, kak Fiya masak lebih tadi." Disebabkan ramai yang tiada di rumah, Safiyyah hanya masak untuk dirinya dan abang iparnya sahaja.

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨Where stories live. Discover now