دوا ڤولوه انم | 26

5K 261 18
                                    

SUDAH seminggu Safiyyah menetap di rumah milik keluarga Ian. Dia perlu membiasakan diri dengan keadaan sekelilingnya. Di dalam rumah ini, hanya ibu mertua dan dirinya sahaja yang bergelar wanita. Kini, baru dia sedar bahawa adik beradik Ian semuanya lelaki. Jadi, dia berasa sedikit janggal dengan persekitaran baharu yang dialaminya.

"Kak Fiya, sedaplah akak masak! Ifat suka sangat! Kalau hari-hari akak masak macam ni, boleh gemuk Ifat," kata Ifwat kepada Safiyyah.

"Ifat suka? Baguslah kalau macamtu. Nanti akak masakkan lagi, ya?" balas Safiyyah. Dia senang dengan perwatakan ceria si adik bongsu ini. Ifwat sememangnya petah bercakap. Dan dia juga terkejut apabila penyanyi terkenal ini merupakan adik iparnya. Safiyyah pernah mendengar lagu yang dinyanyikan oleh adik iparnya di corong radio. Berbakat sungguh si Ifwat ni!

"Fiya okey?" satu suara menyapanya dari belakang. Safiyyah menoleh.

"Abang Is ni, terkejut Fiya. Fiya okey jela. Kenapa abang Is tanya macam tu?" Safiyyah hairan. Dirinya sihat walafiat sahaja.

"Abang Is cuma takut Fiya tak selesa duduk rumah ni. Lagipun, Fiya kan dah jadi sebahagian daripada keluarga ni. Jadi, Fiya tak perlu rasa janggal dengan kami semua," Safiyyah mengangguk. Keluarga Ian semuanya baik terhadapnya. Dia bersyukur sangat dengan layanan daripada ahli keluarga barunya ini.

"Fiya selesa sangat duduk rumah ni. Semua orang dalam rumah ni layan Fiya baik. Terima kasih sudi terima Fiya,"

"Kalau Fiya tak kisah, jom ikut abang Is dengan Ifat pergi jogging. Nanti abang Is bawa Fiya jalan-jalan sekitar kawasan sini," Israr mempelawa Safiyyah untuk mengikutnya.

Safiyyah sebenarnya mahu mengikuti mereka berdua tetapi dia tidak boleh membuat keputusannya sendiri tanpa memberitahu Ian. Nanti Ian mengamuk, dia juga yang kena.

"Tak boleh. Aku tak izinkan," Baru sahaja mendengar suara tersebut, Safiyyah sudah tahu pemilik suara itu.

"Ala abang Ian ni tak sporting lah! Biarlah kak Fiya ikut kitaorang keluar," rungut Ifwat. Dia mahu meluangkan masa dengan kakak ipar kesayangannya.

"No means no," balas Ian serius.

"Ian, bolehlah. Kau jangan risaulah. Aku dengan Ifat kan ada. Kitaorang boleh jaga isteri kau ni," kali ini, giliran Israr pula memujuk adiknya.

Safiyyah pula hanya mendiamkan diri apabila dua beradik itu membela dirinya. Sebenarnya dia tidak kisah pun. Kalau Ian bagi dia keluar, dia keluarlah. Kalau tak bagi sekalipun, dia tetap terima keputusan suaminya.

"Tak boleh. Fiya bini aku. Sekarang, masa untuk aku spend time dengan dia. Kalau korang nak sangat keluar, pergilah keluar dengan kekasih hati korang," balas Ian. Suka hati je dua ekor ni nak bawak isteri aku keluar. Pergilah cari buah hati masing-masing!

Ian sememangnya tahu bahawa adik-beradiknya itu memang tidak mempunyai buah hati. Padanlah muka! Siapa suruh nak membujang lama-lama?

"Ish abang Ian ni! Sampai hati abang buat Ifat macam ni. Okey fine! Nanti Ian cari buah hati sendiri," Ifwat terus meninggalkan mereka semua. Merajuk la tu sebab tak dapat bawa kak Fiya keluar. Israr hanya menggelengkan kepalanya. Perangai tak macam penyanyi terkenal langsung. Buat malu je kalau peminat tahu perangai sebenar Luth Ifwat ini.

Israr tidak pula membantah. Lagipun ada betulnya apa yang Ian katakan. Safiyyah itukan milik Ian. Biarlah mereka meluangkan masa bersama. Lagipun Ian selalu sibuk di pejabat. Kasihan dia melihat Safiyyah di
rumah.

┅┅

SAFIYYAH menggelengkan kepalanya apabila dipaksa melakukan perkara yang dia tidak suka. Sejak berbadan dua, Ian memang sentiasa mengawal pemakanannya. Bukannya dia tak suka, cuma kadang-kadang Ian terlalu tegas. Biarlah dia nak makan apa pun. Waktu mengandung nilah masa yang boleh dia makan sepuas hati. Nanti waktu berpantang dia hanya boleh menelan air liurnya sahaja.

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨Where stories live. Discover now