انم بلس | 16

6K 320 17
                                    

SAFIYYAH memandang pelik apabila melihat wajah suaminya. Hairan pula dia dengan Ian Hadeef. Lelaki itu tiba-tiba berubah drastik. Sudah sebulan dia menetap bersama suaminya di rumah milik Ian yang jauh dari ibu kota. Tiada perubahan ketara yang berlaku dalam rumah tangga mereka berdua. Namun, Safiyyah nampaknya sudah boleh menerima hakikat bahawa dia telah menjadi isteri kepada Ian Hadeef.

"Awak, apa yang awak buat ni?" Safiyyah menyoal dengan penuh hairan. Entah apa yang sedang merasuk lelaki itu.

"Aku tengah masakkan kau something special. Kau kena rasa tau air tangan aku. Untuk pengetahun kau, aku ni dulu pernah masuk pertandingan memasak okay." jawab Ian dengan yakinnya. Dia sebenarnya mempunyai bakat terpendam iaitu mahir memasak namun jarang sekali dia menonjolkan perkara itu. Dia hanya akan memasak apabila dia rajin.

"Boleh percaya ke masakan awak ni?"

"Kau jangan menangis pula kalau masakan aku lebih sedap daripada kau." Ian menayangkan muka riaknya lalu membawa makanan tersebut ke meja makan yang berada tidak jauh dari dapurnya.

Safiyyah mencebikkan bibirnya. Heh, berlagak!

Dia terus mengambil tempat di hadapan suaminya. Sudah tidak sabar rasanya hendak merasa masakan daripada air tangan Ian. Nampak begitu menyelerakan sekali jika dipandang lama-lama.

"Nah, cubalah. Sekali rasa, mesti nak lagi." Ian menolak pinggan yang telah terhidang ke arah Safiyyah. Dia yakin Safiyyah pasti akan bangga dengan masakannya kali ini.

"Macam mana? Sedap tak?"

"Hmm, sedap! Mana awak belajar semua ni? Saya ingatkan lelaki dingin macam awak ni tahu makan je. Tak sangka pula masih wujud lelaki macam awak yang pandai masak dekat dunia ni." Sempat lagi Safiyyah mengutuk suaminya setelah memuji masakan lelaki itu.

"Aku belajar daripada mama je semua ni. Kalau kau nak tahu, mama tu pandai masak tau. You should learn with her." Tiba-tiba wajah Safiyyah berubah riak.

"Awak rasa family awak boleh terima saya ke bila kita balik KL nanti? Saya takut family awak bencikan saya." Ian tersenyum nipis sambil tangannya mengusap perlahan jari-jemari isterinya.

"Don't worry to much, Fiya. In fact, aku yang perlu takut kalau family kau tak dapat terima aku nanti. Yelah, aku yang start all this thing. Aku yakin mesti parents kau akan benci aku." Safiyyah memandang wajah Ian dengan riak simpati. Dia juga yakin ibunya tidak akan menerima Ian dengan semudah yang disangkakan. Yang lebih dia takut, keluarganya tidak dapat menerima bahawa dia sudah berkahwin.

"Fiya, aku nak cakap sikit."

"Awak nak cakap apa?"

"Bila kita dah balik KL nanti, kita tak boleh terus mengaku dekat parents kita tentang status kita berdua. I mean, we have to separate for awhile. Kau akan tinggal dengan ibu bapa kau macam biasa dan sama juga macam aku. Aku tak nak diaorang semua terkejut bila dapat tahu perkara sebenar. Lagipun, aku belum bersedia nak bagitahu semua orang. Kau fahamkan maksud aku?" Safiyyah mengangguk perlahan. Dia juga belum bersedia untuk menceritakan perihal yang sebenar kepada ibu bapanya. Dia tidak boleh membayangkan penerimaan keluarganya jika dia memberitahu tentang perkahwinannya bersama Ian.

"Tapi macam mana dengan kerja saya?" Safiyyah menyoal.

"Kau tetap akan bekerja dengan aku macam biasa. Dekat pejabat nanti, kau buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Ingat, jangan campur adukkan masalah peribadi dengan kerja. Aku tak suka. Faham?" Ian sememangnya tidak gemar apabila masalah di rumah dibawa ke pejabat. Dia begitu profesional apabila berkaitan dengan kerjanya.

"Awak, bila kita akan balik KL? Saya rindukan ibu dengan ayah saya. Dah lama saya tak tanya khabar ibu dengan ayah." Safiyyah tiba-tiba teringatkan orang tuanya. Sudah sebulan dia tidak pulang ke rumah. Pasti ibunya bertambah risau tentang dirinya.

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨Where stories live. Discover now