ليما ڤولوه توجوه | 57

1.2K 46 3
                                    

CAWAN berisi teh yang dibancuh oleh Puan Nisa dihidangkan kepada dua tetamu yang kini berada di ruang tamu rumahnya. Safiyyah yang turut berada di ruang tamu hanya memandang dua manusia yang dikenalinya itu dengan pandangan hairan. Bermacam-macam jenis soalan yang datang menyinggah dalam fikirannya ketika ini.

"Iman, kau pergi mana selama ni? Lama betul kau menghilang." Safiyyah memulakan bicaranya. Rindunya dia pada sahabat lamanya itu. Sejak peristiwa yang berlaku semasa majlis perkahwinannya dahulu, dia sudah terputus hubungan dengan sahabatnya itu.

"Kau tu pun sama. Kau pergi mana Fiya? Apa jadi dengan majlis perkahwinan kau dulu tu? Macam mana kau boleh kahwin dengan...bos kau?" soal Iman dengan teragak-agak. Banyak betul perkara yang berubah sepanjang ketiadaannya di Malaysia.

"Panjang ceritanya, Iman. Yang penting sekarang, aku dah kahwin dengan Ian. Azad pun dah kahwin dengan Rose," balas Safiyyah. Ya, cukuplah Iman tahu tentang kenyataan itu. Dia tidak mahu membuka cerita lama. Lagipun, cara Ian mengajaknya berkahwin bukanlah perkara membanggakan yang perlu diceritakan kepada orang luar.

"Azad kahwin dengan Rose? Seriuslah? Dahlia Rose?" Lelaki yang berada di sebelah Iman mula menyampuk perbualan dua wanita itu.

Safiyyah mengangguk. Wajah lelaki itu diperhatikan lama. Dia seolah-olah pernah melihat wajah itu sebelum ini. Seingat dirinya, lelaki itu merupakan kawan lama Azad.

"Iman, ni siapa? Kenapa kau datang dengan dia?" Safiyyah tidak mengerti mengapa Iman hadir ke rumah mertuanya ini bersama lelaki itu? Apa hubungan mereka berdua?

Iman tersengih. Lupa pula dia mahu mengenalkan sahabatnya dengan jejaka yang telah mencuri hatinya.

"Fiya, lelaki sebelah aku ni...Dean. Suami aku." Terbeliak mata Safiyyah apabila mendengar keterangan sahabatnya. Ya Allah, Iman sudah berkahwin?

"Kau dah kahwin, Iman? Sejak bila? Kejap— macam mana kau kenal dengan Dean ni? M...maksud aku, sejak bila korang bercinta? Ya Allah, kau dah kahwin rupanya." Safiyyah menekup mulutnya. Dia masih terkejut lagi dengan berita yang dibawa oleh Iman.

Lama betul mereka terpisah sehingga status mereka berdua masing-masing telah berubah.

Yang seorang sudah menjadi isteri kepada Dean, yang seorang lagi pula sudah bergelar ibu kepada Ayaash.

"Aku tahu mesti kau confuse kan sekarang? Sorry tau, Fiya. Aku bukannya tak nak jemput, cuma aku tak dapat contact kau. Lagipun lama sangat kau menghilang.

"Aku dengan Dean kenal tak lama mana pun. Lepas tu, Dean terus ajak aku kahwin. Mula-mula memanglah aku terkejut tapi lama-kelamaan aku terima jelah lamaran dia. Lepas kitaorang kahwin, Dean tiba-tiba dapat tawaran kerja dekat Venice jadi aku pun ikutlah Dean balik Itali. Sekarang, Dean tengah cuti panjang sebab tulah aku ajak dia balik Malaysia."

Dengan khusyuk Safiyyah memasang telinganya mendengar cerita yang disampaikan oleh Iman. Barulah dia faham apa yang terjadi kepada sahabatnya sepanjang mereka terpisah.

"Fiya, aku dengar mak mertua kau sebut pasal baby tadi. Kau dah ada anak ke Fiya? Ya Allah, dah jadi ibu rupanya kawan aku yang sorang ni. Fiya, nak tengok baby kau. Please..." Teruja Iman apabila Safiyyah sudah bergelar ibu. Gembiranya dia rasa ketika ini. Tak sia-sia dia mengajak Dean untuk pulang ke tanah air.

Macam-macam berita gembira yang dia dapat setelah pulang ke Malaysia. Syukurlah Tuhan pertemukan dia dengan Safiyyah semula.

Baru sahaja Safiyyah ingin memanggil suaminya, tiba-tiba Ian datang dari jauh sambil mendukung bayi lelakinya. Keningnya terangkat sedikit. Eh, bukan ke Ian takut nak angkat Ayaash?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 21, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨Where stories live. Discover now