LUTH memandang wajah Israr dan Ian yang berada di dalam album gambar yang dipegang olehnya. Dia tersenyum apabila melihat telatah adik-beradik yang kelihatan sungguh comel itu. Tidak dinafikan, dia berasa sangat cemburu melihat keakraban mereka berdua.
"Ifat tengok apa tu? Sini, mama nak tengok sekali." Puan Nisa duduk di sebelah Luth. Sungguh dia rindukan anaknya yang suatu ketika dahulu pernah bermanja dengannya. Luth menyandarkan kepalanya di bahu Puan Nisa.
"Mama, alangkah indahnya kalau Ifat jadi anak kandung mama kan? Ifat nak sangat ada abang macam abang Is dengan abang Ian. Ifat cemburu bila tengok diaorang berdua. Ifat teringin nak ada keluarga yang bahagia macam ni." Luth benar-benar cemburu apabila melihat kemesraan dua beradik itu.
"Ifat, kenapa cakap macam tu? Mama sayang Ifat macam abang-abang Ifat yang lain juga. Ifat tetap anak mama walaupun bukan mama yang lahirkan Ifat." Luth Ifwat merupakan anak angkat Puan Nisa dan Tuan Irham. Sejak kecil lagi Luth dibela dan dijaga oleh keluarga Tuan Irham.
Setelah umurnya meningkat dewasa, Luth lebih cenderung untuk menceburi bidang nyanyian. Tuan Irham langsung tidak menghalang Luth kerana dia yakin Luth pasti akan berjaya dengan caranya yang tersendiri suatu hari nanti. Lihatlah sekarang, nama Luth Ifwat sudah dikenali di seluruh Malaysia, Singapura bahkan di Brunei juga.
"Ifat dah tak ada siapa-siapa dalam dunia ni. Mama takkan buang Ifat kan?" Puan Nisa terus memandang wajah anak bongsunya. Kepala Luth diusap perlahan. Luth sangat manja dengannya. Jadi sebab itulah dia lebih rapat dengan Luth.
"Apa yang Ifat merepek ni? Mama takkan buang Ifat dalam hidup mama. Mama sayang semua anak-anak mama. Dahlah, taknak sedih-sedih. Mama ingat bila Ifat dah balik ni, mama rasa happy. Rupanya Ifat buat mama lagi sedih." Luth tersengih sendiri.
"Ala mama ni, Ifat tak ada niat pun nak buat mama sedih. Ifat minta maaf, okay?" Jauh di sudut hati Puan Nisa, dia sebenarnya berasa simpati dengan nasib Luth. Walaupun dia dan suaminya menjaga Luth dengan baik, anak itu pasti tetap merindui keluarga kandungnya.
"Mama, abang Ian mana? Sejak Ifat balik, Ifat tak nampak lagi bayang abang Ian. Dia dah tak duduk dengan mama dan papa ke?" Benar, sudah dua hari Luth pulang namun kelibat Ian langsung tidak kelihatan.
"Mama pun tak tahulah. Abang Ian kamu tu memang suka berahsia dengan mama. Hari tu dia ada tinggalkan nota, katanya nak pergi tenangkan diri. Mama dah try call dia tapi semuanya tak diangkat. Risau mama dibuatnya." Luth sekadar menganggukkan kepalanya. Baru sahaja dia ingin melepaskan rindu pada Ian tapi orang yang dirindukan tiada di rumah pula.
"Ifat dah ada kekasih ke belum? Kalau belum, mama boleh carikan. Ifat nak?" Puan Nisa tiba-tiba menukar topik perbualan. Luth menggeleng tanda tidak mahu.
"Tak naklah mama. Ifat sekarang nak tumpukan perhatian dekat kerjaya Ifat dulu. Nanti-nantilah Ifat cari calon isteri." Luth menolak cadangan Puan Nisa.
Puan Nisa sebenarnya tidak kisah jika anak-anaknya belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga cuma sampai bila mereka semua mahu membujang? Dia juga teringin mahu melihat salah seorang anaknya berkahwin. Namun, apa yang boleh dia lakukan? Dah semuanya tak nak kahwin, lambat lagilah nampaknya dia nak timang cucu.
┅┅
SAFIYYAH mengambil telefon rumah yang berada di hadapannya. Dia mahu memberitahu keluarganya tentang keadaannya. Pasti seluruh keluarganya amat merisaukan dirinya. Apalah agaknya yang sedang berlaku di rumah keluarganya?
"Hello, siapa ni?" Satu suara menegurnya dalam panggilan itu. Dia yakin, itu pasti suara ibunya. Safiyyah mendiamkan dirinya sebelum bersuara. Dia benar-benar rindukan ibunya. Kalau boleh, dia mahu memeluk ibunya pada waktu ini.
YOU ARE READING
𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨
Romance(ON HOLD/SLOW UPDATE) ‼️ Hadirnya dia, Membuatkan hidup Safiyyah menjadi lebih bermakna. Perginya dia, membawa seribu satu perasaan yang tak dapat diungkapkan. Safiyyah pasrah dengan ketentuan hidupnya. Dia yakin, pasti Allah mempunyai perancangan y...