IAN mengubati Safiyyah tanpa bersuara. Dia marahkan dirinya ketika ini. Saat Irfan memberitahu bahawa isterinya dipukul, luluh hatinya mendengar. Dia merasakan seperti dirinya suami yang tidak berguna buat Safiyyah. Ian tahu semuanya salah dirinya.
"Ian, saya minta maaf sebab balik lewat. Saya pergi klinik tadi. Saya nak bagitahu awak tapi awak tak angkat call saya. Saya tahu awak busy sebabtu saya tak nak menyusahkan awak." terang Safiyyah sambil memandang wajah Ian yang dari tadi hanya mendiamkan dirinya.
"Saya okey, awak jangan risau. Saya dengan baby, dua-dua kuat." Safiyyah tersenyum sambil memandang wajah Ian. Dia tidak mahu Ian risaukan dirinya.
"Fiya, stop it!" marah Ian. Terkejut Safiyyah apabila Ian tiba-tiba bersuara.
"Kenapa? Saya ada buat salah ke?" soal Safiyyah takut.
"Boleh tak kau stop pura-pura okey? Kau tak payah pura-pura senyum depan aku! Aku tahu kau tak okey." marah Ian. Dia tidak suka apabila melihat Safiyyah asyik mempamerkan senyumannya sedangkan hakikatnya dia tahu bahawa Safiyyah tidak okey.
Air mata Safiyyah tidak dapat ditahan lagi setelah mendengar kata-kata Ian.
"Saya takut Ian. Saya tak mampu buat apa-apa waktu tu. Dia tendang baby kita. Saya sakit sangat waktu tu, Ian. Saya cuma risaukan kandungan saya. Saya tak kisah kalau dia nak berkasar dengan saya sekalipun asalkan baby kita selamat." Safiyyah meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya.
Ian memaki dirinya kerana bertindak bodoh. Jikalau apa-apa terjadi kepada Safiyyah, dia tidak akan memaafkan dirinya sampai bila-bila.
"Saya dah tak tahu nak call siapa lagi untuk minta tolong. Saya call awak banyak kali tapi awak tak jawab." sambung Safiyyah.
"Fiya tahu Ian masih marahkan Fiya, tapi Fiya dah tak tahu nak buat apa. Fiya rindu suami Fiya." Merah mata dan hidung Safiyyah apabila terlalu kuat menangis.
Ian terus memeluk tubuh Safiyyah dengan erat. Dia tahu dia terlalu ego. Sebenarnya hatinya tidak tenteram apabila memikirkan tentang isterinya. Setiap kali Safiyyah keluar, dia jadi tidak senang hati. Namun, egonya lebih berkuasa. Dia tetap membiarkan Safiyyah pergi ke mana-mana walaupun hatinya tidak rela.
Ian tahu dia bodoh kerana sering mengabaikan isterinya. Namun, hatinya sedang marah. Tiada sesiapapun yang dapat melembutkan hatinya ketika itu.
Safiyyah menangis dalam dakapan Ian. Dia lemah saat ini. Tubuhnya longlai setelah teruk dipukul oleh lelaki jahat yang tidak dikenalinya. Dia hanya mahukan pelukan daripada suaminya buat masa ini.
'Fiya, aku tak layak untuk kau. Kau ibarat malaikat dan aku langsung tak layak untuk dekat dengan kau.'
'Macam-macam yang aku dah pernah buat dekat kau, tapi kau langsung tak pernah tinggalkan aku. Mulianya hati kau, Fiya.' bisik Ian di dalam hatinya. Dia tidak tahu mengapa dia berfikiran seperti ini.
Ian tiba-tiba merasakan Safiyyah berhak bersama lelaki yang jauh lebih baik daripada dirinya. Selama ini dia terlalu mengongkong Safiyyah dan menyekat gadis itu untuk berjumpa dengan mana-mana lelaki selain dirinya.
Mungkin dia yang patut beredar dari hidup Safiyyah supaya gadis itu dapat merasakan kebahagiaan yang sebenar. Namun, tidak sia-siakah segala yang dilakukan olehnya selama ini? Ah, kebahagiaan isterinya lebih penting. Ian sudah tidak sanggup melihat air mata Safiyyah yang sering jatuh akibat dirinya.
┅┅
AZAD memandang wajah isterinya yang sedang lena. Rose sememangnya isteri yang sangat penyabar. Selama dia berkahwin dengan wanita itu, tidak pernah sekalipun gadis itu melawan kata-katanya walaupun dia sering memarahi Rose. Jika dulu Rose tidak menolak lamarannya ketika mereka di Venice, pasti dia sudah bahagia bersama isteri kesayangannya. Kini mereka berdua telah ditakdirkan semula setelah berpisah di Venice.
YOU ARE READING
𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨
Romance(ON HOLD/SLOW UPDATE) ‼️ Hadirnya dia, Membuatkan hidup Safiyyah menjadi lebih bermakna. Perginya dia, membawa seribu satu perasaan yang tak dapat diungkapkan. Safiyyah pasrah dengan ketentuan hidupnya. Dia yakin, pasti Allah mempunyai perancangan y...