دوا ڤولوه سمبيلن | 29

4.3K 211 28
                                    

SAFIYYAH hairan apabila melihat karenah dan perangai Ian yang pelik. Sejak kebelakangan ini, Ian seakan-akan mengelak daripadanya. Safiyyah sering menyoal Ian sebab dia berkelakuan sebegitu. Ian pula tidak habis-habis mengatakan tiada apa-apa yang berlaku. Entahlah, Safiyyah pun hairan. Kadang kala Ian mengamuk dan tiba-tiba dia tersenyum melihat telefonnya.

"Ian, kenapa awak senyum-senyum tu? Ada apa-apa yang menarik ke? Saya nak tengok sekali boleh?" pinta Safiyyah. Dia juga mahu melihat apa yang tertera di telefon bimbit suaminya.

"Tak ada apa-apa lah. Aku nak senyum pun salah ke? Dahlah, pergi sana. Jangan kacau aku." halau Ian. Sampai hati Ian menghalau isterinya yang sedang mengandung. Safiyyah mencebikkan bibirnya.

"Ian, awak ada perempuan lain ke?" soal Safiyyah.

"Ish, apa kau merepek ni. Memang otak perempuan mengandung ni asyik fikir perkara tu je ke? Dahlah, pergilah minum susu sana." Safiyyah benar-benar terasa. Tak pernah Ian menghalaunya sedemikian.

"Awak, jom solat Zohor sama-sama? Awak kena jadi imam saya." Safiyyah masih tidak berputus asa. Dia mahukan perhatian daripada suaminya.

"Aku dah solat tadi. Kau solat sendiri jelah." balas Ian sambil matanya memandang telefonnya. Safiyyah sedih. Dia tidak suka apabila Ian tidak melayannya. Dia benar-benar terluka.

"Fiya, jom solat dengan abang?" Tiba-tiba Abang Is datang menghampiri Safiyyah dan Ian sambil memegang sejadah di tangannya. Dia hanya mampu menahan marah dengan kelakuan adiknya. Isteri solehah macamtu boleh diabaikan sahaja? Kalau aku kebas nanti baru padan muka!

"Betul ke Abang Is nak jadi imam Fiya? Jomlah kita solat sekali." Safiyyah hanya memandang sepi Ian yang masih sibuk dengan telefonnya. Langsung tidak mempedulikan kehadirannya disitu. Kemudian, Safiyyah terus mengikuti langkah abang Is ke bahagian ruang solat.

"Kenapa Ian tak join sekali solat berjemaah tu?" Puan Nisa mendekati anaknya. Dia benar-benar hairan apabila melihat menantunya solat bersama anak sulungnya sedangkan Ian sibuk bermain telefon.

"Ian dah solat tadi. Biar jelah Fiya tu solat dengan sesiapa pun. Salah ke ma?" Ian menyoal semula. Setakat solat dengan abang ipar, apa yang nak hairannya?

"Sepatutnya kamu yang jadi imam Fiya, bukannya abang Is. Fiya tu isteri kamu ke isteri abang Is? Memanglah tak salah Fiya nak solat dengan sesiapa pun tapi kamu tu suami Fiya. Kamu patut luangkan masa dengan dia bukannya sibuk melayan telefon 24 jam. Jangan ingat mama tak nampak apa yang Ian selalu buat kebelakangan ni ya? Fiya tu mengandung. Dia perlukan perhatian yang lebih daripada suami dia, bukan daripada abang Is." Lantang Puan Nisa berbicara. Dia harus menegur perbuatan anaknya.

"Ian sibuk sikitlah mama. Lagipun ramai lagi yang boleh layan si Fiya tu dalam rumah ni. Kalau Ian tak layan Fiya sekalipun, bukannya jadi apa-apa pun." balas Ian. Kenapa semua orang dalam rumah ini sibuk menyebelahi Fiya?

"Ian tak kisah kalau Fiya rapat dengan abang Is? Mama tengok abang Is tu layan Fiya baik sangat. Macam Fiya tu isteri dia." Puan Nisa mahu melihat reaksi Ian. Dia sengaja membuat Ian cemburu. Lagipun memang patut Ian cemburu. Dia tengok Ian itu macam tiada perasan sahaja.

Ian menghadam kata-kata Puan Nisa dengan baik. Benar kata mamanya. Tapi dia juga mahu berikan perhatian kepada Laura. Sudah lama dia tinggalkan Laura. Kini, wanita itu sedang cuba melawan penyakitnya. Takkan dia mahu membiarkan Laura seorang diri?

"Mama tak fahamlah dengan Ian ni. Dulu Ian bencikan sangat Fiya sampai taknak mama kahwinkan kamu berdua. Lepastu Ian kahwin lari dengan Fiya pula. Tak lama lagi Ian dah nak jadi bapa orang. Apa lagi yang Ian nak?" Puan Nisa terus bangkit dari duduknya. Kusut kepalanya memikirkan karenah Ian. Ingatkan bila dah kahwin perangai akan turut sama berubah, rupanya makin teruk.

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨Where stories live. Discover now