Jom kita berkenalan dengan watak-watak yang akan menjayakan cerita ni. By the way, watak-watak ni semua cuma pendapat saya je. Kalau korang dah ada someone yang korang bayangkan, teruskan jela hahaha.
WATAK UTAMA
MUHAMMAD IAN HADEEF
Saya pilih dia jadi watak Ian sebab muka dia nampak sesuai dengan watak Ian dalam novel ni yang sombong dan beku.
AZAD RAYYAN
Yang ni pun saya pilih sebab dia nampak sesuai dengan Azad. Azad pun seorang yang dingin juga tapi tak sedingin Ian cuma perwatakan Azad lebih santai daripada Ian.
AISYA SAFIYYAH
Kali ni watak heroin memang saya sengaja pilih yang ada chinese look sebab dalam ni, Safiyyah memang ada darah keturunan chinese ikut belah ibu dia.
WATAK TAMBAHAN
IMAN ANEESA
Iman seorang yang sangat ceria lagi-lagi bila dengan Safiyyah. Watak dia dalam novel ni nampak garang tapi sebenarnya dia sangat penyayang.
IRFAN ZAHRAN
Irfan ni kawan baik yang paling rapat dengan Ian merangkap best listener Ian. Perangainya yang gila-gila tak pernah membosankan hidup Ian.
DAMIEN DEAN
Dean dibesarkan di negara barat dan sudah terbiasa hidup dengan gaya barat. Agak playboy sebab sentiasa pikat hati gadis dengan mulut manisnya. Satu-satunya kawan rapat Azad yang paling memahami Azad.
LAURA ALAYSHA
Perwatakan Laura sangat matang dan itulah yang menyebabkan Ian amat mencintainya. Laura juga amat mementingkan kecantikan di wajahnya kerana itulah satu tarikan yang boleh membuatkan lelaki lain jatuh cinta padanya.
YOU ARE READING
𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨
Romance(ON HOLD/SLOW UPDATE) ‼️ Hadirnya dia, Membuatkan hidup Safiyyah menjadi lebih bermakna. Perginya dia, membawa seribu satu perasaan yang tak dapat diungkapkan. Safiyyah pasrah dengan ketentuan hidupnya. Dia yakin, pasti Allah mempunyai perancangan y...