SAFIYYAH memegang tangan suaminya dengan erat. Dia mahu meluangkan masanya bersama Ian. Perutnya sudah mula menunjukkan kandungannya. Safiyyah gembira apabila hasil pemeriksaan yang dilakukan pada minggu lepas menunjukkan bahawa bayinya berada dalam keadaan sihat.
"Ian, saya teringin nak makan aiskrim durian." luah Safiyyah. Tiba-tiba sahaja tekaknya mahukan aiskrim durian. Tak tahulah anak yang teringin ke maknya yang teringin.
"Aiskrim durian? Mana pulak aku nak cari petang-petang ni? Kita beli aiskrim coklat jelah." balas Ian. Safiyyah menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu aiskrim perisa lain.
"Taknak. Saya teringin aiskrim durian. Bukannya aiskrim coklat." Safiyyah mempamerkan wajah sedih. Bukannya selalu dia meminta.
"Yelah, nanti aku carikan. Kalau tak dapat jangan nangis pulak." Pelik-pelik sahaja perangai ibu mengandung ini. Ian tidak pernah mengalami situasi sebegini. Jadi dia tidak biasa apabila isterinya meminta bermacam jenis makanan.
"Awak kena juga dapatkan!" Safiyyah merungut. Dia tidak kira. Ian mesti membelikan aiskrim yang diinginkan olehnya.
"Ya, okey. Sekarang ni kita balik dulu. Nanti aku carikan." Ian terus bergerak ke arah keretanya. Sewaktu dia melangkah ke keretanya, Ian ditegur oleh seorang wanita.
"Ian? You buat apa dekat sini?" soal wanita itu.
"I jalan-jalan sekejap dekat kawasan ni. You nak pergi mana ni Laura?" soal Ian. Safiyyah hanya memerhatikan tingkah laku suaminya dan juga seorang wanita yang berada di hadapannya. Siapa pula wanita yang tiba-tiba datang menegur suaminya ini?
"I baru balik dari farmasi ni. You tak nak kenalkan I dengan perempuan sebelah you tu ke?" Laura menyoal. Dia tidak pernah melihat gadis cantik itu sebelum ini.
"Hai, saya Fiya. Isteri Ian." Belum sempat Ian bersuara, Safiyyah sudah mengenalkan dirinya. Laura terkejut apabila mendengar perkataan isteri. Sejak bila Ian berkahwin? Jadi selama ini dia ditipu oleh Ian?
"Isteri? Sejak bila you berkahwin Ian?" soal Laura. Jika benar Ian sudah berkahwin mengapa lelaki itu masih mengajaknya untuk berkahwin? Gila. Dia tidak mahu menjadi perampas kebahagiaan orang.
"Laura, I boleh explain." Ian cuba mengawal keadaan. Mengapa Safiyyah memberitahu perkara yang sebenar? Ian buntu. Pasti Laura sudah berfikir yang bukan-bukan.
"Tak apalah, maaf mengganggu. I balik dulu." Apabila Laura sudah beredar, Ian cepat-cepat melepaskan tangan Safiyyah dan mengejar Laura. Safiyyah terkejut dengan perbuatan Ian. Dia tidak menyangka bahawa Ian sanggup melepaskan tangannya. Safiyyah yakin pasti gadis itu merupakan seseorang yang amat bermakna buat Ian sebelum kehadiran dirinya.
"Laura, please. I can explain everything." Ian cuba memegang tangan Laura. Laura segera menepis. Apa lagi yang Ian sembunyikan kali ini?
"Apa you buat dekat sini? Sanggup you tinggalkan your wife semata-mata nak kejar I? Dahlah, Ian. Move on from our past. Kita dah tak ada apa-apa. You dah ada wife. So buat apa lagi you cari I?" Laura memarahi Ian.
"I bukannya taknak bagitahu you. Cuma I rasa tak penting untuk you tahu." Wow, tak penting? Laura rasa macam nak baling saja kasut tumit tingginya ke arah lelaki itu.
"Senangnya you cakap. Tak penting? Habistu you ajak I kahwin untuk apa? Untuk jadi your second wife? Macamtu ke?" soal Laura.
Pertelingkahan yang berlaku di hadapan mata Safiyyah cukup membuatkan dia dengar tentang semuanya. Luluh hatinya apabila mendengar bahawa Ian pernah mengajak gadis itu untuk berkahwin. Jadi selama ini gelaran isteri yang dipegang itu hanya sekadar berpura-pura? Dia baru sahaja ingin merasa kebahagiaan dengan kehadiran bakal cahaya matanya namun dunianya terasa gelap apabila mendengar tentang niat suaminya.
YOU ARE READING
𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨
Romance(ON HOLD/SLOW UPDATE) ‼️ Hadirnya dia, Membuatkan hidup Safiyyah menjadi lebih bermakna. Perginya dia, membawa seribu satu perasaan yang tak dapat diungkapkan. Safiyyah pasrah dengan ketentuan hidupnya. Dia yakin, pasti Allah mempunyai perancangan y...