IAN meletakkan panggilan telefon. Dia baru sahaja menghubungi abangnya untuk menanyakan tentang keberadaan isterinya. Setelah selesai melawat Laura, Safiyyah sudahpun hilang daripada pandangannya. Dia sudah memesan kepada isterinya supaya menunggu dia sehingga dia selesai melawat namun Safiyyah degil.
Israr memberitahunya bahawa Safiyyah tiada di rumah. Nasib baik Ian menelefon abangnya terlebih dahulu, kalau tidak mati akal dia mahu menjawab dengan mamanya.
Dia benar-benar risaukan Safiyyah. Puas dia menelefon isterinya namun satu panggilan pun tidak dijawab. Mengapa Safiyyah tiba-tiba menghilangkan diri?
Ian sudah tiba di kondominium mereka. Dia berharap bahawa Safiyyah ada di sini.
"Assalamualaikum Fiya, aku dah balik ni." Ian melangkah masuk ke dalam rumah mereka.
Senyap dan sunyi.
Ian terus menuju ke arah kamar tidur mereka. Dia cuba memulas pintu tersebut namun dikunci dari dalam. Hatinya sedikit lega kerana mengetahui Safiyyah ada di dalam.
"Fiya, buka pintu ni. Kenapa kau balik tak bagitahu aku?" Ian mengetuk pintu tersebut.
"Fiya, kau kenapa? Aku ada buat salah ke? Kenapa tiba-tiba buat perangai ni?" Ian mengetuk pintu berkali-kali tapi Safiyyah langsung tidak membukanya.
"Fiya, berdosa tau kau layan aku macam ni. Kau nak jadi isteri derhaka ke?" Ian cuba mengugut isterinya.
Lama kelamaan pintu tersebut mula terbuka perlahan-lahan. Ian terus masuk ke dalam.
"Kau kenapa ni, Fiya? Tiba-tiba je hilang lepastu bila aku call kenapa tak angkat?" Ian hairan dengan kelakuan isterinya.
"Kalau kau marah sebab kau tak dapat makan dekat restoran yang kau nak tu, esok kita pergi okay?" Ian cuba memujuk isterinya.
Safiyyah langsung tidak memandang Ian yang berada di belakangnya.
"Fiya, kau dengar tak apa yang aku cakap ni? Cuba pandang aku bila aku tengah bercakap." Ian tidak berpuas hati apabila merasakan seolah-seolah dia sedang bercakap dengan dinding.
Setelah ditegur oleh Ian, Safiyyah perlahan-lahan menoleh memandang wajah suaminya dengan wajah yang langsung tiada senyuman.
"Cuba cakap apa salah aku. Aku tak fahamlah kalau kau tiba-tiba diam macamni. Kenapa balik tak bagitahu aku? Aku risau macam orang gila tahu tak? Penat aku cari satu hospital tadi." Ian cuba menyentuh tangan Safiyyah namun isterinya pantas menepis.
"Okey, fine. Nak merajuk sangat kan? Merajuk sampai kau puas. Malam ni aku nak balik rumah mama, kau tidurlah sini sorang-sorang." Ian sengaja mengusik Safiyyah kerana mahu melihat reaksi isterinya.
"Kalau awak balik rumah mama, saya balik rumah ibu." Safiyyah bersuara.
"Kenapa tiba-tiba nak balik rumah ibu pula ni? Nanti kalau kau balik sana, apa pula parents kau cakap?" Ian menggelengkan kepalanya tanda tidak bersetuju dengan cadangan Safiyyah.
"Awak buat apa balik sini? Kenapa tak tidur dekat hospital je?" Safiyyah menjeling suaminya.
"Eh, ni rumah aku kan? Suka hati akulah nak balik ke tak. Lagipun buat apa aku nak tidur hospital? Bukannya aku yang sakit." Ian menjawab tanpa menyedari perlian Safiyyah.
"Buah hati awak kan tengah sakit. Pergilah jaga dia dekat sana. Nanti dia tak nak makan pula kalau awak tak ada." Safiyyah memerli suaminya lagi.
"Ya Allah, apa yang kau merepek ni Fiya? Jadi sebab ni ke kau hilang tiba-tiba?" Baru Ian tahu punca sebenar isterinya tiba-tiba menghilangkan diri.
YOU ARE READING
𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨
Romance(ON HOLD/SLOW UPDATE) ‼️ Hadirnya dia, Membuatkan hidup Safiyyah menjadi lebih bermakna. Perginya dia, membawa seribu satu perasaan yang tak dapat diungkapkan. Safiyyah pasrah dengan ketentuan hidupnya. Dia yakin, pasti Allah mempunyai perancangan y...