IAN meraup kasar wajahnya. Dari tadi dia tidak senang duduk apabila mengenangkan nasib isterinya yang sedang bertarung nyawa. Ian tidak menyangka sekelip mata sahaja Safiyyah boleh terbaring dalam keadaan kritikal sebegini. Walhal baru sahaja dia berbual dengan Safiyyah beberapa jam sebelum Safiyyah dikhabarkan kemalangan.
"Ian, sabar ya? Kita semua sama-sama doakan supaya Fiya selamat." Puan Nisa mengusap perlahan bahu Ian. Dia tahu emosi Ian ketika ini tidak stabil.
"Betul tu, Ian. Aku tahu kau kuat kan? InshaaAllah, Fiya dengan baby mesti akan selamat." Irfan turut memberikan kata-kata semangat buat rakannya.
Dada Ian turun naik ketika ini. Dia terus menerpa ke arah seseorang yang berada di hujung bangku.
"You buat apa ha dengan isteri I?! Macam mana Fiya boleh kemalangan? You memang sengaja nak bunuh isteri I kan!" jerit Ian kepada manusia yang berada di hadapannya. Dia tahu kemalangan isterinya pasti ada kaitan dengan manusia tersebut.
"I...I tak—tak tahu. Sumpah! Bukan I yang langgar Fiya, I yang call ambulans Ian! Kalau I nak bunuh isteri you, dah lama I tinggalkan Fiya dekat situ! You ingat I apa?" Laura membalas semula. Berat sungguh tuduhan Ian kepadanya.
"You tak payah tipulah! Macam mana Fiya boleh ada dengan you sebelum kemalangan?! You berambuslah dari sini! I tak nak tengok muka you Laura! This is all your fault!" Ian terus menolak bahu Laura. Laura memandang Ian dengan pandangan yang mengecewakan. Tergamak sekali Ian menuduh dirinya. Dia tidaklah sekejam itu.
"Ian! Apa kau buat ni?! Laura langsung tak bersalah!" Irfan membela Laura. Dia tahu kebenarannya. Laura sudah menceritakan segalanya kepada dirinya. Sebaik sahaja mendapat panggilan daripada Laura, dia terus bergegas mendapatkan gadis itu. Dia yakin pasti Laura juga sedang trauma dengan apa yang berlaku.
"Kau jangan masuk campurlah, Irfan. Kau bawak perempuan ni balik sekarang! Kalau jadi apa-apa dekat Fiya, aku takkan lepaskan dia." Ian benar-benar sedang marah ketika ini. Nafsu amarahnya sedang menguasai dirinya. Dia tidak sanggup memikirkan apa yang akan berlaku kepada Safiyyah selepas ini.
"Ya Allah, sudah-sudah! Ini hospital, tolong hormat sikit. Sepatutnya sekarang ni kita doakan banyak-banyak dekat Fiya, bukannya bergaduh macam ni." Puan Nisa cuba meleraikan pergaduhan yang berlaku di hadapannya.
Kemudian, Irfan terus membawa Laura beredar dari situ. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Walaupun dia tahu Laura tidak bersalah, namun biarlah dia mengalah buat masa ini. Lagipun emosi Ian belum stabil. Pasti rakannya itu sedang risau tentang keadaan isterinya.
"Ma, kalau Fiya-" Belum sempat Ian menghabiskan ayatnya, Puan Nisa terus memeluk anaknya.
"Fiya akan selamat. Mama yakin Fiya akan selamat. Ian tak boleh cakap benda merepek." Ian jatuh dalam dakapan ibunya. Dia benar-benar tidak kuat ketika ini.
"Ian tak sanggup kehilangan Fiya dengan anak Ian, ma. Ian sayang sangat Fiya, ma." Air mata Ian mula jatuh. Ketika ini, dia berharap sangat bahawa dia dapat menemani Safiyyah di dalam dewan pembedahan. Lagipun, dia pernah berjanji dengan Safiyyah untuk berada di sisi isterinya ketika isterinya melahirkan anak mereka.
"Mama tahu. Sebab tu mama cakap Fiya akan selamat. Ianlah sumber kekuatan Fiya. Ian tak boleh lemah macamni. Ian sebagai suami kena kuatkan semangat." Puan Nisa terus mengesat air mata Ian. Tidak pernah sekalipun dia lihat Ian menangis kerana seorang wanita. Sekarang jelaslah bahawa Ian benar-benar menyayangi Safiyyah.
┅┅
LAURA menangis dalam dakapan Irfan. Dia benar-benar kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Ian kepadanya. Tidak pernah terlintas sekalipun untuk dia cederakan Safiyyah, jauh sekali untuk membunuh wanita itu.
YOU ARE READING
𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨
Romance(ON HOLD/SLOW UPDATE) ‼️ Hadirnya dia, Membuatkan hidup Safiyyah menjadi lebih bermakna. Perginya dia, membawa seribu satu perasaan yang tak dapat diungkapkan. Safiyyah pasrah dengan ketentuan hidupnya. Dia yakin, pasti Allah mempunyai perancangan y...