انم | 6

6.4K 421 58
                                    

WANITA yang berada di hadapan Ian Hadeef memandang wajah lelaki itu dengan riak yang kosong . Dia merasakan bahawa dirinya tidak layak untuk lelaki sebaik Ian . Lelaki itu berhak mendapatkan wanita yang jauh lebih baik berbanding dirinya . Tambahan pula , dirinya sudah tidak lama di muka bumi ini .

" Awak sihat ? " Ringkas sahaja soalan yang ditanya oleh Laura . Ian pula hanya mendiamkan dirinya . Dia sendiri terpaku apabila bertemu semula dengan wanita yang pernah menjadi pujaan hatinya suatu ketika dahulu . Rindu di hati sudah tidak tertanggung . Namun , dia harus bersabar untuk mendapatkan gadis itu semula .

" Ian , saya minta maaf kalau kehadiran saya mengganggu awak . Saya balik dulu . " Laura mengambil beg tangannya lalu bangkit dari duduknya . Dia faham jika Ian bersikap dingin terhadap dirinya kerana dialah punca semua ini terjadi . Laura melakukan perkara tersebut bukanlah kerana dia ingin mempermainkan perasaan Ian . Namun , dia punya alasan yang sangat kukuh .

" Laura , wait— saya ada benda nak cakap dengan awak . Saya dah buat keputusan yang saya akan berkahwin dengan seorang gadis . " Ian memberitahu hasratnya kepada Laura . Dia mahu Laura mendengar semua ucapannya .

" Baguslah kalau macam tu . Tahniah saya ucapkan . Semoga awak bahagia dengan gadis pilihan awak . Jangan lupa kirim salam dekat bakal isteri awak , ya ? " Laura mengukirkan senyuman palsunya . Dia sanggup mengorbankan perasaannya demi kebahagiaan lelaki itu . Ian tersenyum sendiri apabila melihat kenaifan Laura .

" Laura , awaklah gadis yang saya maksudkan . Saya pilih awak , Laura . Saya nak jadikan awak milik saya semula . Saya tak boleh berhenti cintakan awak . " Laura terkejut mendengar luahan hati Ian . Dia tidak menyangka bahawa Ian masih menyimpan perasaan terhadap dirinya . Fikirnya , Ian akan membenci dirinya .

" Apa yang awak merepek ni , Ian ? Saya tak boleh kahwin dengan awak . Awak terlalu baik , Ian . Awak layak dapat gadis yang lebih baik daripada saya . Lagipun , takkan awak tak marah saya ? Saya yang putuskan hubungan kita dulu . " Ian menggelengkan kepalanya . Ya , dulu memang dia marah dengan tindakan Laura . Kini , dia sudah tidak peduli . Yang penting , dia masih cintakan Laura . Walau apa sahaja alasan yang diberikan oleh gadis itu , dia akan terima dengan hati yang terbuka .

" Saya serius , Laura . Kalau awak setuju , saya akan jumpa parents awak . Saya dah tak kisah apa alasan awak . Saya tahu awak buat semua tu bersebab . Tolonglah faham saya . Saya cintakan awak , Laura . Awak dah tak cintakan saya ke ? " Laura mengeluh perlahan . Bukan niat dia untuk menolak lamaran Ian , tetapi dia tidak mahu Ian menyesali perbuatannya ini .

" Saya tak boleh kahwin dengan awak . Saya tak nak hancurkan masa depan awak , Ian . Awak carilah perempuan lain . Saya pergi dulu . " Laura terus mengambil beg tangannya lalu meninggalkan Ian yang masih lagi terpinga - pinga . Dia tidak mahu mengecewakan Ian . Dia juga masih menyayangi lelaki itu . Kali ini biarlah dia mengundurkan dirinya .

  ┅┅

PELAMIN yang terhias cantik dipandang lama . Kalau dulu dia tidak melarikan diri , pasti dia sudah dapat merasai nikmatnya berkahwin . Dia cukup menyesali perbuatannya . Kini , dia hanya mampu melihat kebahagiaan adik perempuannya bersama jejaka pilihannya .

" Abang , tolong hulurkan bunga telur yang ada dalam kotak tu . Jannah nak susun dekat atas meja sana . " Azad tersenyum lalu menghulurkan kotak yang dipenuhi bunga telur kepada Jannah . Dia turut  gembira apabila melihat Jannah gembira melakukan persiapan perkahwinannya . Kali ini , biarlah dia berbakti kepada keluarganya pula .

" Amboi , gembiranya dia . Berseri - seri muka bakal pengantin kita ni . Dah tak sabar sangat ke nak kahwin ? " Azad sengaja menyakat adik perempuannya . Sudah lama dia tidak bergurau senda dengan Jannah . 5 tahun yang telah berlalu , dibazirkan begitu sahaja .

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨Where stories live. Discover now