"IAN balik sorang je ke? Fiya mana?" Terbantut niat Ian mahu mengelakkan diri dari berjumpa dengan mamanya. Namun, dia terserempak pula dengan mamanya. Puan Nisa sudah hairan.
"Ian, I'm talking to you. Fiya mana? Kenapa dia tak ikut sekali?" Selagi Ian tidak menjawab, selagi itu Puan Nisa tidak akan melepaskan Ian pergi.
"Ian tak tahu. Sekarang ni, dia dah suka keluar tanpa izin Ian. Biarlah dia." Ringkas sahaja Ian menjawab.
"Amboi, senangnya jawab macamtu. Kamu tu suami. Patutnya kena ambil tahulah ke mana isteri kamu pergi. Kamu tak risau ke dengan dia?" Ian menggulingkan matanya ke atas. Tak habis-habis nama Safiyyah sahaja yang disebut.
"Pandai-pandailah dia hidup, ma. Dia dah tak perlukan Ian pun dalam hidup dia." Selamba Ian menjawab.
"Mama tak tahu apa masalah antara korang berdua tapi tolonglah jadi matang sikit, Ian. Ian dah nak jadi bapa orang. Takkan nak buat perangai budak-budak lagi?"
"Ian sedar kan Fiya tengah mengandung? Ian tak kisah ke kalau apa-apa jadi dekat anak Ian? Ian dengan Fiya tak sama. Kalau Fiya stres, bukan setakat effect diri Fiya sorang tapi anak dalam kandungan dia pun sama." marah Puan Nisa. Ian nampak seperti langsung tidak risaukan tentang isterinya.
"Boleh tak sekali je mama fikirkan Ian pula? Ian pun ada perasaan, ma. Sejak Ian kahwin dengan Fiya, mama tak habis-habis dengan Fiya. Fiya itu, Fiya ini. Yang baik-baik semuanya Fiya. Yang buruk semuanya Ian kan? Ian tahu Ian jahat dan tak sebaik macam abang Is tapi Ian pun ada perasaan, mama."
"Mama pernah terfikir tak apa yang Ian rasa dalam rumah ni? Ian rasa macam Ian yang menumpang dalam rumah ni." Ian meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.
Puan Nisa terdiam.
"Lagipun Fiya nak pergi mana pun suka hati dialah, ma. Boleh tak jangan masuk campur rumah tangga Ian? Ian dah besarlah, ma. Ian bukannya budak-budak lagi nak kena bagitahu semuanya dekat mama!" Tanpa sedar Ian telah meninggikan suaranya.
PPANG!
Pipi kanan Ian ditampar oleh seseorang dari tepi.
"Kenapa kau kurang ajar sangat dengan mama ni?! Kau minta maaf sekarang Ian!" Israr yang dari awal hanya melihat pergaduhan yang berlaku antara Ian dan mamanya terpaksa masuk campur apabila Ian sudah melampaui batas.
"Ya Allah, sudahlah tu! Kenapa Is tampar Ian?" marah Puan Nisa.
"Dia dah melampau mama! Takkan Is nak biarkan je dia tinggi suara dekat mama?"
"Kau minta maaf sekarang Ian! Aku cakap minta maaf sekarang!" Israr memarahi adik lelakinya.
Ian memegang pipi yang ditampar oleh abangnya. Dia terus naik ke atas lalu menghempas pintu biliknya.
Israr mula hilang sabar melihat perangai Ian yang kurang ajar itu. Baru sahaja dia mahu mengejar Ian, Puan Nisa terus menghalang niatnya.
"Is, sudahlah tu! Jangan keruhkan lagi keadaan! Semua ni salah mama juga," jawab Puan Nisa.
"Dia dah pandai kurang ajar dengan mama sekarang. Kenapa mama salahkan diri mama pula?" Israr masih lagi tidak puas hati dengan tingkah laku adiknya. Ikutkan hati pecah muka Ian dia kerjakan. Nasib baik mamanya menghalang.
"Ian tengah kusut dengan masalah rumah tangga dia lepastu mama yang tambahkan tekanan tu dekat dia. Semua ni salah mama." Israr memeluk bahu mamanya.
"Itu bukan alasan untuk dia tinggikan suara dekat mama," jawab Israr yang masih lagi tidak berpuas hati.
"Dahlah tu, Is. Bagi dia masa. Kepala dia tengah kusut tu. Mama nak rehat dekat atas kejap ya?" Israr menganggukkan kepalanya.
Kemudian, Puan Nisa terus meninggalkan Israr seorang diri.
YOU ARE READING
𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨
Romance(ON HOLD/SLOW UPDATE) ‼️ Hadirnya dia, Membuatkan hidup Safiyyah menjadi lebih bermakna. Perginya dia, membawa seribu satu perasaan yang tak dapat diungkapkan. Safiyyah pasrah dengan ketentuan hidupnya. Dia yakin, pasti Allah mempunyai perancangan y...