امڤت ڤولوه سمبيلن | 49

3.3K 177 27
                                    

KOTAK first aid kit dibuka dengan teliti. Mata Safiyyah melilau mencari peralatan yang diperlukan olehnya ketika ini. Safiyyah memandang wajah Ian yang berada di hadapannya. Macam-macam hal betul suaminya ini. Safiyyah sedar dia tidak sepatutnya berlembut hati dan terlalu memberi muka kepada Ian namun dia tidak sampai hati melihat kesungguhan Ian menawan hati ibunya sampaikan sanggup melakukan apa sahaja.

"Itulah awak saya dah kata tak payah beria sangat tolong ibu dengan pokok-pokok bunga dia tu. Degil lagi kan?" Safiyyah membebel sambil meletakkan ubat antiseptik di tangan Ian.

"Sikit jelah ni. Bukannya sakit pun. Kau yang over." Ian membalas kembali.

Safiyyah terus menekan luka di tangan Ian apabila suaminya berkata sedemikian.

"Auw! Sakitlah! Janganlah tekan kuat-kuat!" Ian memarahi isterinya. Dahlah tangannya kini sedang luka boleh pula si Safiyyah menekan-nekan lukanya itu.

"Ha tadi cakap tak sakit kan? Dah luka macam ni pun nak tunjuk hero lagi. Lain kali buat kerja tu hati-hatilah sikit. Duri tu tajam tau." Safiyyah masih lagi tidak berhenti membebel.

"Kau ni tolong ikhlas ke tak? Dari tadi membebel je kerja. Baik aku buat sendiri." Ian menjawab. Safiyyah mencebikkan bibirnya lalu menolak tangan Ian. Dia terus meletakkan kotak first aid-kit di peha Ian.

"Nah, buatlah sendiri. Nak buat sangat kan?"

Ian terus mengambil semula kotak tersebut lalu meletakkannya di hadapan isterinya.

"Ala aku gurau sikit je pun. Itu pun nak merajuk ke? Sejak bila kau kuat merajuk ni? Rindulah nak tengok kau manja-manja masa awal-awal pregnant dulu." Ian mengusik Safiyyah. Baru cakap sikit dah merajuk?

"Sejak awak sakitkan hati saya. Malas saya nak manja-manja dengan awak. Baik saya bermanja dengan abang Is ke tak pun Ifat. Sekurang-kurangnya diaorang layan saya lagi baik." Safiyyah menjawab sambil menyambung tugasannya. Dia membuka plaster lalu melekatkannya di jari Ian.

"Ha mulalah nak menggatal tu. Abang Is jelah yang baik. Aku ni jahat. Patutlah tak ada siapa suka aku." Ian sengaja membuat suara sedih. Safiyyah menjeling suaminya. Eeee mengada-ngadanya!

"Kalau tak suka tak ada maknanya saya kahwin dengan awak!" Safiyyah berkata dengan selamba.

"Jadi kau pun dah sukakan aku la masa mula-mula kita kahwin dulu?" Ian mengusik Safiyyah.

"Eeee perasannya. Lelaki garang macam ni siapa je suka. Dahlah, saya nak mandi." Safiyyah terus bangkit dari katil apabila Ian mula mengusik dirinya. Ian tersenyum kecil apabila melihat Safiyyah yang panik itu.

Tiba-tiba pintu bilik mereka diketuk dari luar. Kemudian, Puan Mysara menjenguk anak menantunya dari pintu bilik.

"Ian, tak siap lagi ke?" Puan Mysara menegur menantunya.

"Siap? Kita nak pergi mana? Ibu tak cakap apa-apa pun." Ian menyoal kembali. Bersiap nak pergi mana pula ni? Safiyyah juga hairan.

"Bukan nak keluar. Ibu nak suruh Ian siap-siap sebab Ian kena jadi imam solat maghrib. Ayah dah tunggu tu. Cepat sikit siap." Puan Mysara terus keluar dari bilik tidur milik anaknya.

Ian terus tercengang. Dia kena jadi imam pula?

"Kenapa ibu suka buat kejutan macamni? Terkejut aku tau. Baru ingat nak solat sendiri lepastu tidur. Penat aku ni tak hilang lagi tau." Ian terkejut kerana tiba-tiba sahaja dia disuruh untuk menjadi imam bagi solat maghrib.

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨Where stories live. Discover now