TUBUH Safiyyah ditolak keras oleh Puan Mysara. Safiyyah memegang perutnya. Dia takut jika terjadi apa-apa pada kandungannya. Encik Fikri cepat-cepat membantu anak perempuannya. Dia terus memandang wajah isterinya. Tergamak sungguh isterinya menolak anak perempuannya yang sedang mengandung.
"Ya Allah Sara! Apa yang Sara buat ni?! Sara betul-betul dah melampau!" Encik Fikri memarahi isterinya.
"Kenapa abang izinkan dia ni masuk dalam rumah Sara?! Sara dah cakap yang Sara taknak jumpa dengan dia lagi!" Puan Mysara telah meninggikan suaranya tanpa disedari. Melihatkan anak perempuannya yang berada di rumah inipun dia sudah sakit hati, apatah lagi jika Safiyyah mahu memeluknya.
"Ibu, tolonglah jangan buang Fiya daripada hidup ibu. Fiya merayu. Fiya perlukan ibu dalam hidup Fiya. Ibu syurga Fiya." Safiyyah memeluk kaki ibunya dengan erat. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi meraih hati ibunya.
"Aunty, tolonglah jangan buang Fiya. Saya merayu sangat-sangat pada aunty. Fiya perlukan aunty sebagai ibu dia. Fiya rindukan sangat-sangat dekat aunty." Ian bersuara bagi pihak Safiyyah.
"Kalau macamtu lepaskan Fiya. Aunty tak sudi bermenantukan lelaki macam kamu. Kamu langsung tak hormatkan keluarga aunty kan? Fiya ni masih ada ibu bapa kamu tahu tak? Tergamak kamu kahwin dengan dia tanpa restu daripada kami?" soal Puan Mysara.
"Fiya datang sini sebab Fiya nak bagitahu ibu yang Fiya mengandung. Tak lama lagi ibu akan dapat cucu. Mesti ibu suka kan?" Safiyyah mencapai tangan ibunya. Setelah itu dia meletakkan tangan ibunya ke atas perutnya.
Puan Mysara pantas menepis tangan anak perempuannya.
"Cucu? Jadi sebab nilah kau kahwin senyap-senyap? Sebab kau dah terlanjur dengan lelaki tak guna ni?" Puan Mysara benar-benar tidak menyangka anaknya sanggup melakukan perkara terkutuk tersebut.
"Ibu, Fiya tak pernah terlanjur dengan Ian! Fiya mengandung lepas kami berkahwin, ibu. Tolonglah jangan bencikan bakal cucu ibu." Air mata yang mengalir sedari tadi dibiarkan oleh Safiyyah. Dia sudah tidak tahu bagaimana untuk memujuk ibunya.
"Kau balik sekarang. Bawa suami yang kau sayang sangat ni berambus dari rumah aku. Aku taknak tengok muka kau lagi." Puan Mysara menghalau Safiyyah sekali lagi.
"Abang takkan biarkan Sara halau Fiya lagi. Sara betul-betul dah melampau. Dulu Sara cakap Fiya dah lupakan kita sebab dia tak pernah balik rumah ni. Sekarang bila Fiya dah balik sini, Sara halau dia? Tak ada siapa yang akan keluar dari rumah ni. Faham?" Encik Fikri bersuara setelah lama mendiamkan dirinya. Dia merupakan ketua keluarga di dalam rumah ini. Dia tidak akan sesekali membiarkan anaknya dihalau sebegitu.
Setelah mendengar jawapan suaminya, Puan Mysara terus berlalu meninggalkan mereka semua.
"Fiya dengan Ian jangan risau. Ayah takkan benarkan ibu halau korang berdua. Sekarang ni, Ian bawa Fiya naik atas. Biarkan dia berehat. Ayah risau apa-apa jadi dengan kandungan Fiya lepas ibu tolak Fiya tadi," pesan Encik Fikri kepada Ian.
"Ayah kena tolong Fiya. Fiya taknak jadi anak derhaka. Fiya sayangkan ibu." Safiyyah memegang tangan ayahnya. Dia tahu ayahnya pasti akan menolong dirinya.
"Ayah dah cuba, Fiya. Dah bermacam cara ayah cuba tapi ibu kamu tetap degil. Fiya jangan risau, selagi ayah hidup ayah akan tolong pujuk ibu sampai dia terima Fiya balik. Fiya pun jangan sesekali mengalah okey? Kita sama-sama cuba ya?" Encik Fikri memberikan semangat buat anak perempuannya. Safiyyah terus memeluk ayahnya dengan erat.
Sejak kecil lagi ayahnya memang sentiasa memberikan kata-kata semangat buat Safiyyah. Encik Fikri sentiasa berfikiran positif dan Safiyyah telah dididik dengan baik sekali oleh ibu bapanya. Mungkin sebab itulah dia lebih rapat dengan ayahnya.
YOU ARE READING
𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨
Romance(ON HOLD/SLOW UPDATE) ‼️ Hadirnya dia, Membuatkan hidup Safiyyah menjadi lebih bermakna. Perginya dia, membawa seribu satu perasaan yang tak dapat diungkapkan. Safiyyah pasrah dengan ketentuan hidupnya. Dia yakin, pasti Allah mempunyai perancangan y...