دوا بلس | 12

5.9K 360 18
                                    

JANNAH memandang abangnya yang kelihatan segak itu . Dia betul - betul terpegun apabila melihat bakal kakak iparnya dan juga abangnya menyarung baju perkahwinan mereka berdua . Memang pasangan yang sepadan ! Tak sia - sia dia berdoa selama ini agar abangnya disatukan dengan gadis yang bernama Safiyyah . Hajat walid dan uminya untuk bermenantukan Safiyyah akan termakbul tidak lama lagi .

" Cantiknya kak Fiya ! Jannah pula yang rasa cemburu bila tengok kak Fiya pakai macam ni . Jannah yakin , abang Azad mesti menyesal sebab tinggalkan kak Fiya dulu . " Jannah sengaja memerli abangnya . Niatnya hanyalah untuk bergurau . Lagipun , dia betul - betul kecewa apabila abangnya itu pernah meninggalkan gadis sebaik Safiyyah .

" Mestilah cantik , Jannah . Tengoklah bakal isteri siapa ? Lagipun , bakal isteri abang ni memang dah lawa . Jadi , pakai apa sekalipun tetap nampak lawa . " Azad memuji Safiyyah di hadapan semua pekerja butik itu . Safiyyah yang mendengarnya hanya tersipu malu . Jannah pula semakin bersorak gembira apabila abangnya itu mengeluarkan kata - kata manisnya kepada Safiyyah .

" Safiyyah , macam mana dengan baju ni ? Okay ? Kalau Safiyyah kurang selesa , Safiyyah boleh bagitahu aunty . Nanti aunty betulkan balik . Ke Safiyyah ada nak tambah apa - apa pada baju ni ? " Pemilik butik itu , Datin Tirana menyoal Safiyyah . Dia telah ditugaskan untuk menyiapkan gaun pengantin Safiyyah . Tambahan pula , kebanyakan pekerja di situ amat berpengalaman dalam menyiapkan baju - baju pengantin . Jadi , tidak hairanlah apabila golongan atasan turut menghantar tempahan di butik tersebut .

" Baju ni perfect sangat , aunty . Pandai aunty design baju idaman Fiya . Thank you so much , aunty . Hasil tangan aunty selalu memuaskan hati Fiya . Kalau aunty tak ada , tak tahulah Fiya nak tempah baju pengantin dekat mana . " Datin Tirana mengukirkan senyumannya . Dia sudah berkawan rapat dengan Mysara iaitu ibu kepada Safiyyah sejak di bangku sekolah lagi . Jadi , setiap tahun pasti keluarga Mysara akan menghantar tempahan baju kepadanya . Dia juga sudah menganggap Safiyyah itu sebagai anaknya .

" Safiyyah ni macam tak biasa pula dengan aunty . Lagipun , ibu Safiyyah memang dah amanahkan aunty untuk tolong design baju Safiyyah . Ibu kamu tu takut sangat aunty tak dapat siapkan gaun perkahwinan kamu ni . Nanti aunty hantar gambar dekat ibu kamu , ya ? " Safiyyah tertawa kecil . Dia kenal sangat dengan perangai ibunya yang satu itu .

" Azad , Safiyyah ni gadis yang istimewa tau . Hanya lelaki yang bertuah je yang akan dapat Safiyyah . Jadi , aunty nak pesan dekat Azad supaya jaga Safiyyah ni baik - baik . Safiyyah ni membesar depan mata aunty juga tau . Aunty ingat lagi , dulu Safiyyah ni selalu main lari - lari dalam butik aunty ni . Tengok sekarang , dah nak kahwin dah dia . " Azad menganggukkan kepalanya . Dia sedar tanggungjawabnya selepas ini akan menjadi lebih besar apabila sudah bergelar suami orang .

" Baik , aunty . Azad akan ingat pesanan aunty ni sampai bila - bila . " Safiyyah memandang Azad lama . Dia tidak menyangka bahawa impiannya untuk berkahwin dengan cinta pertamanya akan tercapai tidak lama lagi . Dia setia menunggu Azad sejak mereka di sekolah menengah lagi . Dan setelah dia ditinggalkan 5 tahun yang lalu , dia masih lagi setia menunggu Azad . Cinta agungnya terhadap Azad sukar untuk diungkapkan . Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sayangnya dia terhadap lelaki itu .

┅┅

IAN mengisi masa lapangnya dengan melakukan aktiviti berenang di kolam renang yang telah tersedia di kawasan rumahnya . Dia mahu melepaskan tekanan yang telah sedia ada di dalam fikirannya . Banyak perkara yang mengganggu fikirannya sehingga menyebabkan dia tertekan . Tidak cukup masalah di pejabat , kini tambah pula masalah di rumah . Dia rasa ingin lari sahaja ke luar negara untuk menenangkan fikirannya .

Bunyi percikan air yang dihasilkan oleh seseorang mengganggu tumpuannya . Dia segera menoleh ke tepi . Abangnya , Israr Hakimi juga turut sama - sama turun ke kolam renang . Ian sudah buat muka . Dia malas mahu menghadap wajah abangnya itu .

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨Where stories live. Discover now