تيݢ | 3

7.9K 461 39
                                    

SAFIYYAH awal - awal lagi sudah tiba di hadapan pejabat Irham's Holding . Dia sudah tidak sabar mahu bekerja di syarikat itu . Harap - haraplah dia diterima bekerja . Dalam hatinya , dia sering berdoa agar dipermudahkan segala urusannya kelak .

Dia dapat lihat beberapa orang yang sudah beratur di hadapannya . Dia fikir masih belum ada orang lagi yang tiba untuk ditemuduga . Rupa - rupanya dia silap . Lihat sahaja lah keadaan sekarang ini , ramai orang yang sudah beratur mengambil giliran mereka . Pasti ramai yang mahu bekerja di syarikat ini , sama seperti dia .

Setelah memberitahu receptionist akan tujuannya di situ , terus dia mengambil tempat di belakang seorang wanita . Jam telah menujukkan pukul 8.25 minit pagi . Lagi 5 minit sahaja majikannya akan tiba . Dia menggosokkan kedua - dua belah tangannya bagi menghilangkan rasa gemuruh yang sudah sedia ada . Resume yang dibawa dipegang erat .

Setelah 30 minit dia menunggu , akhirnya namanya dipanggil untuk memasuki bilik majikannya . Sebelum dia masuk , sempat dia memberikan kata - kata semangat kepada dirinya .

Safiyyah mula meletakkan resume miliknya di atas meja yang berada di hadapannya . Rupa lelaki tersebut tidak dapat dia lihat kerana lelaki tersebut membelakanginya .

" Tuan , ini resume saya . Tuan boleh lah tengok . " Safiyyah bersuara setelah lelaki di hadapannya itu hanya diam membisu . Takkanlah bakal bos dia ni dah bisu ? Tak mungkin lah . Kalau bisu , macam mana klien nak berurusan dengan dia ? Wah , parah lah macam ni .

" Duduk . " Safiyyah menganggukkan kepalanya lalu cepat - cepat dia duduk di hadapan lelaki itu . Lega hati dia apabila mendengar suara daripada lelaki itu . Ingatkan betul sangkaannya sebentar tadi .

Lelaki itu mula memusingkan badannya . Tangannya terus mencapai resume milik perempuan di hadapannya . Dia memandang gadis itu dari atas hinggalah ke bawah . Safiyyah yang perasan akan hal itu cepat - cepat berdehem . Dia tidak selesa apabila lelaki yang tidak dikenali memandangnya sebegitu .

" Kau ada pengalaman bekerja sebelum ni ? " lelaki itu mula menanyakan soalan kepada Safiyyah . Safiyyah hanya menggelengkan kepalanya . Ini kali pertama dia menghadiri temuduga . Janganlah dia ditolak gara - gara tidak mempunyai pengalaman bekerja .

" Kau tahukan jawatan apa yang kau temuduga ni ? Kau sanggup ikut segala arahan aku ? Walaupun di luar pejabat ? " Safiyyah menelan liurnya . Apa yang majikannya ini cuba sampaikan ? Dia hanya mengangguk walaupun hakikatnya dia tidak mengerti .

" Okay , kau boleh start sekarang . " Safiyyah masih lagi terpinga - pinga . Apa yang start ? Dia hanya diam membisu . Lelaki itu mendengus kasar . Susah betul bila dapat pekerja yang selenga macam ni . Takkan satu ayat simple yang dia katakan sebentar tadi pun masih belum dapat pickup ?

" Kau diterima bekerja . Dah , pergi mula sekarang . Kalau kau masih tak faham lagi , awal - awal lagi aku pecat kau . " Safiyyah mula berdiri lalu mengucapkan terima kasih kepada lelaki di hadapannya ini . Nasib baik dia sudah mengerti , kalau tidak pasti lelaki itu akan menukar fikirannya untuk mengambil dia bekerja di sini .

" Dan lagi satu , jangan panggil aku tuan . Aku tak suka panggilan tu . Cukup kau panggil aku Encik Ian . Tapi bila di luar pejabat , aku nak kau panggil aku Ian sahaja . Faham ? " Safiyyah mengangguk laju . Tegas betul lelaki merangkap bosnya ini . Baru hari pertama bekerja , dia sudah kecut perut apabila lelaki ini menggunakan panggilan aku-kau bersamanya . Baginya , panggilan itu agak kasar apabila digunakan oleh bosnya sendiri . Namun , siapalah dia untuk menegur panggilan yang digunakan oleh bosnya itu .

┅┅

JAM tangan berjenama George Daniel itu diambil lalu dipakainya di pergelangan tangan kirinya . Hari ini , dia akan menghadiri sebuah majlis untuk meraikan hari jadi rakannya yang ke - 25 itu . Mulanya , dia malas untuk menghadiri majlis tersebut . Bermacam - macam alasan yang dia berikan agar dia tidak perlu menghadiri majlis itu . Namun , setelah dipujuk oleh rakannya , dia akhirnya pasrah . Sayang kawan lah katakan !

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨Where stories live. Discover now