تيݢ ڤولوه دوا | 32

4.4K 259 24
                                    

BEG KERTAS yang dipegang dipandang dengan rasa menyampah. Dia tidak mahu melakukan semua ini. Kalau boleh, mahu saja dia buang segala-galanya. Kalau bukan sebab uminya, sudah lama dia meninggalkan gadis itu bersendirian. Dia menilik jamnya yang sudah menunjukkan angka tiga petang. Nak beli barang ke nak beli kedai sekali? Malas betul dia mahu melayan karenah si wanita yang berada dihadapannya.

"Sayang, you suka perfume yang mana? You pilih je apa yang you suka," tawar Rose kepada Azad. Dia jadi rambang mata apabila melihat semuanya. Sebenarnya dia sudah tahu minyak wangi kegemaran lelaki itu, namun dia takut sekiranya Azad sudah bertukar citarasa.

"Kau tak payah susah-susah membazir duit untuk aku. Aku ada duit sendiri nak beli semua ni." Azad menjeling Rose. Menyampah dia tengok muka wanita itu.

"Apa you merepek ni Azad? Mestilah I kena belikan untuk you sebab ni untuk barang hantaran you juga," jelas Rose sambil menggelengkan kepalanya. Mesti Azad terlupa akan hal itu.

"Aku tak tak tahulah nak cakap apa lagi dengan kau supaya kau faham. Aku cuma cintakan Fiya bukan kau. Kau sanggup ke berkahwin dengan lelaki yang tak cintakan kau? Kenapa kau sanggup seksa hati kau?" soal Azad. Sudah berbuih mulut dia memberitahu perkara itu kepada Rose.

"Tipu. I cinta pertama you kan? Mustahil you dah tak cintakan I." Rose yakin pasti Azad masih mencintainya. Cuma lelaki itu ego.

"Ya, aku mengaku memang kau cinta pertama aku tapi Safiyyah cinta terakhir aku. You get it?" Rose mendengus. Tak habis-habis Safiyyah.

"You sedar tak apa you cakap ni? Kenapa susah sangat you nak terima kenyataan Azad? Safiyyah dah jadi isteri orang, Azad! Cukup-cukuplah dengan cinta you pada Safiyyah tu. Dia takkan pilih you pun, you sedar tak?" Rose sudah malas mahu bertekak dengan Azad tentang perkara yang sama. 

"Aku takkan mengalah sebelum aku dapat apa yang aku nak. Apa jadi sekalipun, aku tetap akan dapatkan Safiyyah." Azad menggenggam penumbuknya. Dia langsung tidak kisah risiko yang akan berlaku, dia tetap akan harunginya.

"You ingat I pun akan mengalah macam tu je ke? I love you from the bottom of my heart. You tolak I banyak kali sekalipun, I don't mind. I akan buat you cintakan I semula lepas kita kahwin nanti. I will make sure that you akan tergila-gilakan I oneday." Rose juga memasang niat yang sama.

Dia yakin bahawa setiap orang di dunia ini mempunyai pasangan yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Safiyyah sudahpun mempunyai pasangannya. Dia tidak akan membiarkan Azad mengganggu masjid yang telah dibina. Dia akan pastikan bahawa Azad melupakan Safiyyah sepenuhnya.

"Suka hati kaulah, Rose. Kalau kau yang sengsara dalam perkahwinan kita nanti, kau jangan salahkan aku. Aku dah bagitahu kau banyak kali tapi kau tetap degil. Jadi, kau tanggunglah akibatnya." Azad terus berlalu pergi.

"Fine! I pun tak kisah!" jerit Rose kepada Azad yang berada di hadapannya. Kemudian, dia menyambung tugasannya untuk membeli barang hantaran buat Azad. Biarlah tiada Azad sekalipun, dia boleh membeli sendiri tanpa lelaki itu. Lagipun sejak mereka tiba tadi, memang Rose sahaja yang teruja untuk membeli barang perkahwinan. Azad hanya sibuk bermain telefonnya.

┅┅

SINGKI bilik air itu dipegang dengan kuat. Masuk kali ini, sudah 5 kali dia muntah. Badannya sudah keletihan. Safiyyah menarik nafas lalu menghembuskannya. Ian cuba mengusap belakang badan isterinya dengan perlahan. Dia sebenarnya jatuh kesian melihat alahan isterinya. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan ketika ini.

"Fiya, nak muntah lagi ke? Dah banyak kali kau muntah ni. Badan kau mesti lemah kan?" soal Ian. Safiyyah menggelengkan kepalanya. Dia terus mencuci mulutnya di singki. Lalu dia bergerak ke katil mereka.

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨Where stories live. Discover now