FAIL berkenaan projek yang bakal dilaksanakan dihulur kepada Ian. Safiyyah yang berdiri di sisi Ian hanya mendiamkan dirinya. Ian pula sedang sibuk berurusan dengan kliennya.
"Kalau macam tu, kita proceed terus jelah. Benda yang baik tak elok ditangguhkan. Betul tak?" kata Encik Zikry kepada Ian. Syarikatnya amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Syarikat Irham's Holding. Bukan calang-calang orang yang mampu berganding bahu dengan syarikat gah itu.
"Baiklah, kalau macamtu next perjumpaan nanti saya akan bawakan kontrak untuk Encik Zikry tandatangan." Kedua-dua pihak telahpun mengikat kata putus. Safiyyah mengucapkan tanda syukur dalam hatinya atas pencapaian suaminya itu.
"Oh ya, siapa nama pembantu peribadi Encik Ian ni? Dia langsung tak bersuara dari tadi." Encik Zikry tertawa kecil. Safiyyah terus mengangkat wajahnya apabila terasa dirinya menjadi topik perbualan mereka berdua.
"Nama dia Safiyyah. Dia ni memang pemalu sikit orangnya." Ian memberitahu kepada Encik Zikry. Safiyyah pula hanya tersengih. Memang sejak dari awal perbincangan, dia hanya duduk diam sahaja. Dia sendiri tidak tahu apakah yang patut dilakukan olehnya. Lagipun, urusan berkenaan projek tersebut hanya Ian sahaja yang layak bercakap tentangnya. Jadi, dia mengambil keputusan supaya tidak masuk campur.
"Cantik orangnya. Manis pula tu. Memang sesuai sangat jadi pembantu peibadi Encik Ian." Safiyyah sudah tersipu malu apabila dipuji sebegitu.
"Terima kasih Encik Zikry." kata Safiyyah dengan senyumannya.
"Kalau saya ni masih bujang, dah lama saya pinang Safiyyah jadi isteri saya." Ian terus berdehem kecil. Lain macam ayat Encik Zikry ni.
"Alang-alang kita tengah bercakap pasal hal ni, saya nak tanya sikit boleh? Safiyyah ni dah berkahwin ke belum?" Ian terus memandang wajah Safiyyah. Dia sedang menantikan jawapan daripada mulut Safiyyah.
"Dah, Encik Zikry." Safiyyah menjawab sepatah. Dia turut membalas pandangan Ian terhadapnya.
"Lah, isteri orang rupanya. Nasib baik saya tanya awal-awal. Kalau tak, sampai ke sudah saya tak tahu. Siapalah lelaki yang beruntung dapat Safiyyah ni?" Ian tiba-tiba berasa bangga apabila Encik Zikry berkata sedemikian.
"Saya ni biasa-biasa je orangnya, Encik Zikry. Saya kahwin dengan suami saya pun sebab saya cintakan dia." Ian memasang telinganya. Benarkah jawapan Safiyyah itu tulus dari hati atau sekadar untuk menyedapkan hatinya sahaja?
"Bila-bila masa nanti, bolehlah Safiyyah perkenalkan suami Safiyyah dekat saya ya? Teringin juga saya nak tengok wajah suami Safiyyah." Safiyyah hanya menganggukkan kepalanya. Kalau boleh dia jujur, sudah lama dia beritahu Encik Zikry bahawa Ianlah orang yang disebut-sebutkan itu.
"Maaf ya Encik Zikry, tapi kami kena balik ke pejabat sekarang sebab takut jalan sesak pula nanti. Apa-apa perkembangan nanti saya akan maklumkan kepada Encik Zikry ya?" Ian terus meminta diri. Lagi lama mereka di situ, lagi bermacam-macam soalan yang akan diajukan kepada isterinya. Bukan dia tidak perasan, Encik Zikry asyik curi-curi memandang wajah Safiyyah. Dia pula yang jadi panas hati.
Dahlah asyik puji isterinya. Lepastu tersengih-sengih macam kerang busuk. Dah tua pun ada hati lagi nak menggatal! Kalau tidak diikutkan sebab kerjasama yang terjalin antara syarikatnya dan juga syarikat Encik Zikry, dah lama dia batalkan semuanya.
Inilah salah satu sebab dia jarang membawa sekali Safiyyah apabila bertemu dengan klien-kliennya. Lelaki-lelaki yang datang semuanya asyik memandang Safiyyah. Kalau diikutkan hati, memang dia korek biji mata semua lelaki yang memandang isterinya!
Ian terus beredar bersama Safiyyah disisinya. Lega rasanya apabila isterinya tidak lagi menjadi tatapan mata lelaki-lelaki di restoran itu.
Safiyyah pula sedari tadi hanya menahan senyumannya. Dia memang sengaja nak bagi Ian cemburu! Dan taktiknya memang berkesan. Dia tahu Ian memang benar-benar sayangkannya walaupun berat sungguh mulut lelaki itu untuk mengungkapkan kata sayang kepada dirinya. Walau apa pun, dia tetap suka.
YOU ARE READING
𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨
Romance(ON HOLD/SLOW UPDATE) ‼️ Hadirnya dia, Membuatkan hidup Safiyyah menjadi lebih bermakna. Perginya dia, membawa seribu satu perasaan yang tak dapat diungkapkan. Safiyyah pasrah dengan ketentuan hidupnya. Dia yakin, pasti Allah mempunyai perancangan y...