SAFIYYAH duduk di sofa yang berada di hadapan televisyen apabila dirinya terasa lenguh. Dia mencapai telefon bimbitnya yang berada di sebelah. Jam baru sahaja menujukkan pukul lima petang. Dia sudah tidak tahu mahu berbuat apa di rumahnya. Dia baru sahaja selesai mengemas rumah. Namun, hanya sekadar membersihkan beberapa bahagian sahaja. Maklumlah, perutnya sudah sarat. Safiyyah sudah tidak larat mahu tunduk dan bangkit berulang-kali.
"Fiya, abang ada hal sikit nak bagitahu Fiya ni." Ian mengambil tempat di sebelah isterinya.
"Apa dia? Bunyi macam penting je." Safiyyah mula tertanya-tanya.
"Abang kena pergi outstation dekat Negeri Sembilan. Ada masalah sikit dengan pembekal dekat sana. Abang nak minta tolong staf yang lain pergi uruskan, tapi staf yang lain pun masing-masing sibuk dengan projek lain. Sayang okey ke?" Ian menyoal.
"Abang Is tak boleh tolong ke?" Safiyyah menyoal semula. Dia susah hati jika Ian berada jauh dengannya dalam keadaannya yang sebegini.
"Dia pun tak ada sekarang ni. Is ada dekat Johor." Ian menjawab. Dia tidak mahu meninggalkan isterinya ketika ini namun dia perlu bertanggungjawab terhadap kerjanya kerana dia telah mengambil cuti selama beberapa hari sebelum ini. Jadi, dia tidak boleh mengelak lagi kali ini.
"Hmm, yelah kalau macamtu. Abang pergi jelah. Kerja abang kan lagi penting." Safiyyah langsung tidak memandang wajah suaminya. Mereka baru sahaja pulang dari rumah ibu bapa Safiyyah dua hari yang lepas. Sekarang Ian mahu meninggalkan dirinya pula?
"Sayang ni, janganlah macam tu. Abang kan dah ambil cuti lama haritu. Takkan abang nak cuti lagi kalini? Nanti masa sayang bersalin abang nak kena cuti lagi kan? Jadi, abang kenalah uruskan semuanya sebelum sayang due nanti." Ian menerangkan keadaan sebenar kepada Safiyyah.
"Okey, okey. Fiya faham. Abang pergi berapa lama ni?" Safiyyah sebenarnya tidak sanggup berjauhan dengan Ian. Dia risau jika ada apa-apa terjadi kepada dirinya ketika ketiadaan Ian.
"Tak lama pun. Dua malam je. Abang pun tak naklah tinggalkan baby dengan umi dia lama-lama." Ian mengusap perut bulat Safiyyah.
"Cakap je tak nak tinggalkan tapi tinggalkan juga." Safiyyah membuat muka. Dia masih dalam mood merajuk dengan suaminya.
Ian tersenyum kecil. Merajuklah tu.
"Sayang, dahlah tu. Abang pergi sekejap je kan? Kalau kerja habis awal nanti, abang terus balik sini. Okey? Sayang nanti nak duduk rumah ibu ke rumah mama?" Ian bermain dengan rambut Safiyyah. Walaupun berat badan Safiyyah sudah naik, namun dia tetap kelihatan cantik di mata Ian.
"Mana-mana pun tak apa. Abang ni janganlah tukar topik. Fiya tengah merajuk tau." Safiyyah mencebikkan bibirnya. Dia mahu bangkit dari sofa tersebut. Ian langsung tidak mahu memujuk dirinya. Sakitnya hati!
Ian terus menghalang perbuatan Safiyyah.
"Fiya ada teringin apa-apa tak sebelum abang gerak esok? Kalau sempat, nanti abang belikan." Ian tahu salah satu cara yang paling berkesan untuk memujuk Safiyyah adalah dengan membelikannya sesuatu. Safiyyah terus memandang wajah suaminya.
"Kalau Fiya minta, abang mampu ke tunaikan?" soal Safiyyah.
"Mestilah boleh. Fiya nak apa? Nanti abang carikan." Ian tersenyum. Dia tahu pasti cara ini akan berkesan. Sebelum ini pun dia umpan Safiyyah dengan cara sebegini jika isterinya merajuk.
"Fiya nak ikut abang pergi Negeri Sembilan," jawab Safiyyah.
"Sayang....."
Safiyyah terus melepaskan pegangan tangan suaminya apabila mengerti maksud Ian. Dia terus masuk ke dalam biliknya tanpa menoleh ke arah Ian sekalipun. Ian mengeluh kecil. Susahlah dirinya jika Safiyyah membuat perangai sebegini.
YOU ARE READING
𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨
Romance(ON HOLD/SLOW UPDATE) ‼️ Hadirnya dia, Membuatkan hidup Safiyyah menjadi lebih bermakna. Perginya dia, membawa seribu satu perasaan yang tak dapat diungkapkan. Safiyyah pasrah dengan ketentuan hidupnya. Dia yakin, pasti Allah mempunyai perancangan y...