تيݢ ڤولوه سمبيلن | 39

3.3K 197 9
                                    

SAFIYYAH mengusap perutnya dengan perlahan. Tidak sabar rasanya mahu melihat zuriatnya yang bakal lahir. Sudah lama dia impikan untuk menjadi seorang ibu.

"Fiya, sejak bila kau ada baju ni? Aku tak pernah tengok pun kau pakai." Ian tidak pernah lihat baju yang dipakai oleh Safiyyah itu. Setahu Ian kebanyakan baju isterinya semua dia yang belikan.

"Baju ni? Oh, abang Is yang belikan haritu. Cantik kan?" Safiyyah memuji baju yang dibeli oleh abang iparnya.

"Abang Is beli? Kenapa pula dia nak belikan untuk kau?" Ian tidak puas hati. Sejak bila abangnya baik hati macam ni? Tak pernah pula abangnya membelikan baju untuk dirinya.

"Dia cakap dia hadiahkan untuk mommy to be macam saya ni. Kenapa? Tak boleh ke?" Safiyyah hairan. Ada masalah ke kalau abang Is hadiahkan dia sesuatu?

"Lain kali kalau kau nak beli apa-apa, bagitahu je aku. Tak payah nak suruh orang lain belikan. Aku tak suka." Ian menahan geram di dalam hati.

"Ian, abang Is cuma hadiahkan saya baju ni. Takkan itu pun awak nak jealous?" soal Safiyyah.

"Aku tahu abang Is tu jenis macam mana. Aku tak sukalah kau rapat dengan dia. Aku lelaki jadi aku boleh tahu pandangan lelaki terhadap perempuan macam mana." Sebab itulah Ian tidak berapa suka jika dibiarkan abangnya bersama isterinya.

"Awak ni merepeklah. Abang Is tu abang ipar saya. Takkanlah saya nak suka abang ipar saya sendiri?" Safiyyah tertawa. Jauh betul apa yang difikirkan oleh Ian.

"Memanglah kau tak suka tapi abang Is? Kau tahu ke perasaan dia dekat kau?" Ian geram. Degil betul Safiyyah ini.

"Ian, stop okey? Jangan nak merepek. Tak baik tau awak fikir yang bukan-bukan macam ni. Kalau awak tak suka dia hadiahkan saya baju ni, nanti saya pulangkan balik. Okey?" Safiyyah menggelengkan kepala. Dia yakin abang Is tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadapnya. Lagipun tidak mungkinlah abang Is sukakan dirinya.

"Fine. Kau pakailah baju tu tapi ingat pesan aku okey? Jangan rapat sangat dengan abang Is." pesan Ian.

"Awak, saya laparlah. Awak masakkan untuk saya boleh?" Safiyyah membuat permintaan. Dia memandang Ian dengan penuh harapan.

"Tak payah nak buat muka macam tu. Ingat aku cair la tu? Yelah, aku masakkan tapi kau kena habiskan. Boleh?" Safiyyah mencebikkan bibirnya. Ini yang dia lemah ni. Macam tahu-tahu je yang dia jarang habiskan makanan.

"Kalau macamtu, awak masak sikit jelah eh?" Safiyyah tersengih.

"Dah, jom teman aku pergi dapur." Ian menarik tangan Safiyyah supaya mengikut dirinya ke dapur.

"Auch, sakitlah awak." Safiyyah menarik tangannya semula. Dia memegang pergelangan tangan kanannya dengan perlahan-lahan.

"Sakit? Aku tarik perlahan je." balas Ian.

Ian memerhatikan tingkah laku Safiyyah yang dari tadi mengurut pergelangan tangannya.

'Aku tarik perlahan je takkanlah sakit sampai macam tu sekali? Mesti ada yang tak kena ni.' bisik hati Ian.

"Fiya, dari haritu lagi aku nampak kau asyik urut pergelangan tangan kau tu. Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?" Ian mula curiga terhadap isterinya.

Safiyyah cuba melarikan pandangannya.

"Mana ada apa-apa. Saya okeylah cuma kadang- kadang tangan saya lenguh je." jawab Safiyyah dengan tenang.

"Fiya, kau tu tak pandai menipu tau. Aku boleh tahu sama ada kau menipu ataupun tak. Baik kau bagitahu aku sekarang apa yang dah berlaku." Ian masih tidak berpuas hati dengan jawapan Safiyyah.

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨Where stories live. Discover now