امڤت ڤولوه | 40

3.4K 206 27
                                    

AZAD tersenyum bahagia apabila wanita kesayangannya berada di hadapan matanya. Sudah lama dia impikan saat ini. Dia mahu meluangkan masanya dengan wanita itu.

"Fiya, Fiya sihat?" Azad menyoal. Dia langsung tidak berganjak dari memandang wajah Safiyyah. Safiyyah mula rimas dengan pandangan Azad. Dia tidak selesa apabila dipandang sebegitu.

"Sihat, alhamdulillah." Safiyyah sebenarnya terpaksa berjumpa dengan Azad kerana dia tidak mahu Azad mengganggunya lagi.

"Fiya tak rindu Azad ke?" soal Azad.

"Saya dah ada suami. Buat apa saya nak rindukan orang lain?" jawab Safiyyah dengan tenang.

"Azad rindukan Fiya. Dah lama Fiya tak jumpa Azad. Kenapa bila Azad call, Fiya tak pernah angkat? Suami Fiya marah ke?" Safiyyah tidak suka apabila lelaki itu terus-terusan mengganggunya. Dia takut jika Ian akan memarahinya kerana merahsiakan perkara ini.

"Azad, tolonglah jangan ganggu Fiya lagi. Fiya dah kahwin dan Azad pun dah kahwin. Apa kata Azad jaga isteri Azad baik-baik? Dia lebih perlukan perhatian daripada Azad." jawab Safiyyah.

"Tapi Azad tak cintakan dia. Umi yang paksa Azad kahwin." Safiyyah menghela nafasnya. Susah betul nak cakap dengan manusia yang tak faham bahasa ni.

"Kalau macamtu Azad kena cuba belajar cintakan dia. Lagipun Azad dengan Rose kan pernah bercinta sebelum ni. Mustahil Azad dah lupakan semua kenangan Azad dengan dia." balas Safiyyah.

"Azad tak boleh. Azad tetap akan teringatkan Fiya." jawab Azad.

"Okay kalau itu yang menjadi halangan untuk Azad lupakan Fiya, Fiya takkan jumpa dan contact Azad lagi lepasni. Azad kena buang Fiya jauh-jauh daripada hidup Azad. You need to move on. Azad tak boleh selamanya terkejar-kejarkan Fiya macamni. Azad tak kesiankan dekat umi ke?" soal Safiyyah.

Lelaki itu terdiam.

"Azad sanggup kecewakan umi dengan walid lagi? Azad nak ulang kesilapan yang Azad dah pernah buat ke? Umi tu syurga Azad. Fiya tak nak Azad jadi anak derhaka. Jadi, tolonglah dengar cakap umi." Safiyyah menasihatkan lelaki itu dengan cara halus. Dia tahu Azad tidak tergamak untuk melukakan hati uminya.

Tiba-tiba Safiyyah teringatkan ibunya. Adakah dia juga dianggap anak derhaka?

"Okay, Azad akan cuba. Azad buat semua ni demi Fiya tau." Safiyyah mengukirkan senyumannya. Dia berharap sangat kata-katanya akan mengubah nasib lelaki ini. Dia tahu masih belum terlambat untuk Azad berubah.

Azad juga mula sedar bahawa mustahil untuk dia dapatkan Safiyyah. Gadis itu benar-benar mencintai suaminya. Semuanya salah dirinya kerana lambat menyedari tentang perasaan rakan baiknya itu. Jika dulu dia tidak melarikan diri ke Venice, pasti dia sudah hidup bahagia bersama Safiyyah. Namun, nasi sudahpun menjadi bubur.

"Kita masih boleh jadi kawan kan?" soal Azad.

"Mestilah boleh. Kita kawan sejak kecil lagi takkanlah Fiya nak putuskan persahabatan kita macamtu je." jawab Safiyyah sambil tersenyum. Dia senang apabila akhirnya satu masalah sudah selesai.

"Fiya..." panggil Azad.

"Ya? Kenapa?" jawab Safiyyah.

"Fiya dengan Ian bahagia?" tanya Azad. Dia mahu mendengar jawapan daripada mulut Safiyyah sendiri.

"Mestilah bahagia. Kalau tak, tak wujudlah baby ni." Safiyyah tertawa. Dia mengusap perutnya. Namun, tiba-tiba mindanya teringat bahawa dia tidak memberitahu Ian tentang perjumpaan dia dengan Azad ini.

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨Where stories live. Discover now