PUAN MYSARA duduk di kerusi bar yang berada di ruangan dapurnya. Dia memandang sekeliling dapurnya. Kelihatan begitu bersih sekali. Puan Mysara hairan. Siapa pula yang membersihkan ruangan dapurnya ini? Setahu dirinya, tiada orang lain selain dirinya yang akan membersihkan dapur.
"Fiya yang kemas, ibu." Safiyyah bersuara dari belakang Puan Mysara.
"Buat apa bersihkan? Tak ada siapa yang suruh." Dingin suara Puan Mysara menjawab.
"Fiya nak tolong ibu. Lagipun biarlah Fiya tolong apa yang patut. Ini kan rumah Fiya juga? Kesian ibu buat kerja rumah sorang-sorang." Safiyyah menjawab lalu menghidangkan kek pisang yang dimasak olehnya di atas meja.
"Nanti kalau jadi apa-apa dekat kandungan tu jangan salahkan aku pula," kata Puan Mysara. Dia tidak mahu dituduh jika terjadi apa-apa pada Safiyyah.
"Mana ada jadi apa-apa, ibu. Lagipun Fiya yang nak tolong takkan Fiya nak salahkan ibu pula?" Safiyyah menghulurkan pinggan yang diisi kek kepada ibunya.
"Nah, ibu rasalah. Fiya masak khas untuk ibu. Ibu suka kek pisang kan?" Safiyyah berharap bahawa ibunya tidak akan menolak kek yang dimasak olehnya.
"Sejak kau keluar dari rumah ni, aku dah tak suka makan kek pisang. Tak payahlah susah-susah nak masak untuk aku. Aku boleh masak sendiri apa yang aku nak makan." Puan Mysara menolak kembali pinggan tersebut. Dia tiada selera untuk menjamah makanan tersebut.
"Ibu marahkan Fiya lagi? Ibu betul-betul dah bencikan Fiya ke?" Safiyyah menyoal dengan nada sedih. Dia sudah tidak tahu bagaimana cara untuk memujuk ibunya.
"Fiya tahu Fiya dah lukakan hati ibu tapi percayalah, ibu adalah orang yang paling Fiya sayang. Tak ada siapa yang boleh ganti tempat ibu. Fiya sayang ibu sampai hujung nyawa Fiya. Fiya takut sangat kalau apa-apa jadi masa Fiya bersalin nanti. Fiya takut kalau Fiya tak sempat dapatkan kemaafan ibu. Fiya tak nak jadi anak derhaka." Fiya mengalirkan air matanya sambil memandang tepat wajah ibunya. Puan Mysara sedaya upaya menahan air matanya dari mengalir.
"Ibu mana yang tak sayangkan anaknya? Ibu mana yang sanggup buang anaknya? Ibu jaga Fiya dari kecil sampailah Fiya dah jadi isteri orang. Tak pernah terdetik sekalipun ibu benci anak-anak ibu. Ibu terluka sangat waktu Fiya belakangkan keluarga tapi ibu tahu Fiya tak ada pilihan kan?" Safiyyah menganggukkan kepalanya lalu memeluk kuat tubuh Puan Mysara.
"Ibu maafkan Fiya kan? Ibu tak bencikan Fiya kan?" Safiyyah menyoal kembali Puan Mysara.
"Ibu dah lama maafkan Fiya. Fiya satu-satunya anak perempuan ibu. Kenapa Fiya jarang balik? Ibu rindukan Fiya tau. Sampai hati Fiya lupakan ibu." Puan Mysara mengesat air mata Safiyyah. Dia turut memeluk kembali tubuh anaknya.
"Fiya minta maaf. Fiya tak pernah pun lupakan ibu cuma Fiya takut nak balik. Fiya tahu ibu tak nak tengok muka Fiya sebab tu Fiya jarang balik. Fiya tak nak sakitkan lagi hati ibu." Puan Mysara memukul perlahan belakang badan Safiyyah.
"Fiya betul-betul percaya ke apa yang ibu cakap selamani? Ibu tak pernah maksudkan pun apa yang ibu cakap. Setiap kali Fiya balik, ibu gembira sangat tau cuma ibu tak pernah tunjuk sebab ibu masih marahkan Fiya lagi." Safiyyah tersenyum. Dia sudah agak. Pasti ibunya masih menyayangi dirinya.
"Ibu dah terima Ian?" soal Safiyyah.
"Belum. Ibu belum yakin lagi dengan suami kamu tu. Ibu nak tengok setakat mana dia betul-betul sayangkan kamu. Fiya jangan lembut sangat dengan dia. Fiya pun ada hak nak marah dia kalau dia ada buat salah. Jangan bagi dia pijak kepala Fiya. Faham?" Puan Mysara menasihati anaknya. Dia belum dapat menerima Ian sepenuh hatinya. Walaupun dia sudah memaafkan anak dan menantunya, itu tidak bermaksud dia terima Ian sebagai menantunya.
YOU ARE READING
𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨
Roman d'amour(ON HOLD/SLOW UPDATE) ‼️ Hadirnya dia, Membuatkan hidup Safiyyah menjadi lebih bermakna. Perginya dia, membawa seribu satu perasaan yang tak dapat diungkapkan. Safiyyah pasrah dengan ketentuan hidupnya. Dia yakin, pasti Allah mempunyai perancangan y...