IRFAN menyerahkan buah tangan yang dibawa untuk Safiyyah kepada sahabatnya. Masuk hari ini, sudah hampir dua minggu Safiyyah berpantang di rumah keluarga Ian. Dia sebenarnya sudah tidak sabar mahu melihat Ayaash. Maklumlah, Ian sahaja satu-satu rakannya yang sudah bergelar ayah.
"Ian, bila anak kau nak besar ni? Tak sabar aku nak bawa dia pergi jalan-jalan." Irfan mengelus perlahan pipi Ayaash yang berada di sisi Safiyyah. Safiyyah pula hanya tersenyum melihat gelagat sahabat suaminya itu.
"Amboi, Ayaash ni baru je lahir tau. Fiya pun belum habis pantang lagi. Sabarlah dulu," marah Ian. Orang lain pula yang kalut. Anak siapa sekarang ni?
"Kalau susah sangat, kahwin jelah. Calon pun dah ada kan?" usik Ian.
"Eh, Irfan dah ada calon? Sejak bila?" Kali ini giliran Safiyyah pula menyoal.
"Itulah, senyap-senyap je orang tu bercinta. Dahlah bercinta dengan orang yang paling kita kenal." Ian semakin galak mengusik rakannya. Safiyyah mengangkat keningnya. Orang yang paling kita kenal? Siapa?
"Siapa? Fiya kenal ke?" Safiyyah menyoal suaminya.
"Siapa lagi kalau bukan Laura? Dalam diam rupanya si Irfan ni try Laura." Irfan pula sudah tersipu malu. Aduh, Ian ni pun. Tak pandai simpan rahsia langsung!
"Kau jaga Laura tu betul-betul, Irfan." Sempat Ian memberi nasihat kepada rakannya.
Safiyyah terus memandang wajah suaminya. Matanya turut dikecilkan. Lain macam je pesanan Ian tu. Kemudian, wajah Safiyyah berubah masam.
"Tak payah nak nasihat aku sangat. Aku tahu nak jaga Laura macam mana. Kau tengok muka Fiya tu. Masam mencuka dah aku tengok." Irfan tertawa kecil. Tahulah dia bahawa Safiyyah cemburu apabila Ian berkata sedemikian.
Ian terus mendekati isterinya. Kemudian, tangan Safiyyah diambil sebelum diciumnya.
"Abang bergurau jelah. Sekarang ni, abang sayang Fiya sorang je. Fiya kan nyawa abang?" Safiyyah tidak dapat menahan senyumannya apabila Ian mengeluarkan kata-kata manis. Sejak bila Ian berubah jadi sweet talker ni? Dulu mana pandai lelaki itu mengayatnya.
Irfan menayangkan wajah menyampahnya. Mengapalah dia perlu menyaksikan adegan sebegini di hadapan matanya? Rasa nak muntah tengok Ian berubah jadi sweet.
Irfan cepat-cepat mengubah topik.
"Fiya macam mana sekarang? Sihat? Ian ada kacau Fiya tak waktu berpantang ni?" Kini, tumpuan Irfan diberikan pula kepada Safiyyah. Kesian betul dia lihat keadaan wanita itu. Dahlah tengah berpantang, kaki pula berbalut. Tangan pun calar-balar akibat daripada kemalangan tempoh hari.
"Sihat je cuma tulah tak boleh nak lasak sangat. Takut kesan jahitan tu terbuka pula," jawab Safiyyah sambil matanya memandang ke arah Ayaash. Seronoknya dia apabila dapat melihat wajah bayinya setiap hari.
Ini ke perasaan bahagia yang dirasai oleh setiap ibu di dunia ini selepas bersalin? Walaupun dia perlu bersalin secara pembedahan dan terpaksa menanggung sakit dan ngilu di bahagian perutnya, namun setiap kali melihat wajah Ayaash, sakitnya perlahan-lahan hilang.
"Baik sikit eh, Irfan. Aku jaga betul-betul tau Fiya ni." Ian membela dirinya.
"Kau tu Ian, jaga Fiya ni elok-elok. Kesian aku tengok Fiya ni. Dahlah kaki tu berbalut. Mesti susah nak bergerak. Nak uruskan Ayaash lagi." Kali ini, giliran Irfan pula yang memberi pesanan kepada rakannya.
"Ian ni bab lain semua dia reti buat. Nak angkat anak je dia tak reti. Takut sangat nak angkat Ayaash," adu Safiyyah kepada Irfan.
Irfan ketawa besar apabila mendengar cerita Safiyyah.
YOU ARE READING
𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨
Romance(ON HOLD/SLOW UPDATE) ‼️ Hadirnya dia, Membuatkan hidup Safiyyah menjadi lebih bermakna. Perginya dia, membawa seribu satu perasaan yang tak dapat diungkapkan. Safiyyah pasrah dengan ketentuan hidupnya. Dia yakin, pasti Allah mempunyai perancangan y...