امڤت ڤولوه انم | 46

3.1K 200 85
                                    

LAURA menghirup teh yang dipesan olehnya. Dia memandang lelaki yang berada di hadapannya ini dengan penuh rasa kecewa. Laura tidak menyangka Ian tergamak menerima dirinya. Adakah lelaki itu lupa akan isterinya yang sedang sarat mengandung?

"Ian, why did u do this?" soal Laura apabila lelaki itu hanya senyap dari awal dia tiba.

"Do what? Risya yang plan semua ni. Ian ikut je. Lagipun dia cakap Laura dah setuju dengan plan yang dia rancang. Is it my fault?" Ian membela dirinya. Bukan dia yang rancang jadi adakah semua yang berlaku ini salah dirinya?

"Ian sedar tak apa yang Ian buat ni? Okey, Laura minta maaf bagi pihak adik Laura tapi Ian tak patut terima cadangan Risya walau apa jadi sekalipun. You are married, Ian! Tergamak Ian buat macam ni belakang Fiya? Fiya mesti tak tahu kan pasal hal ni? " Laura menggelengkan kepalanya tanda kecewa.

"Laura dah tak cintakan Ian ke? Waktu Laura minta putus dulu, did u really mean it?" Ian menyoal Laura lalu membuatkan gadis itu terdiam.

"Ian, semua tu kisah lama! Tak kisahlah Laura maksudkan ataupun tidak, semua tu dah tak penting lagi sekarang. Ian dah jadi suami orang. Apa lagi yang Ian nak?" Laura tidak mengerti dengan sikap bekas teman lelakinya itu. Jika lelaki itu masih bujang, mungkin dirinya masih boleh menerima Ian.

"Ian tahu Laura masih sayangkan Ian kan? Apa kata kita mulakan balik hubungan kita macam dulu?" Ian berkata sedemikian seolah-olah dia terlupa bahawa dia sudah mempunyai Safiyyah. Laura menggelengkan kepalanya. Dah gila ke apa si Ian ni? Dia tidak sekejam itu untuk merampas kebahagiaan rumah tangga orang lain.

"Astaghfirullahalazim, Ian. Ian sedar tak apa Ian cakap ni? Jangan buat kerja gilalah! Laura tak nak kahwin dengan suami orang!" Laura memarahi Ian. Dia sudah tidak tahu apa yang patut dilakukan olehnya supaya lelaki itu mengerti.

Ian mencapai tangan Laura tanda memujuk gadis itu. Laura mula berasa rimas dengan tindakan Ian lalu dia cuba menarik semula tangannya.

Sewaktu Laura sedang cuba melepaskan tangannya, satu susuk tubuh datang dari arah kanannya. Baru sahaja Laura ingin memandang wajah manusia tersebut, pipinya terus ditampar. Laura terkejut.

"Kau ni memang tak tahu malu kan? Laki aku pun kau nak rampas ke?" Safiyyah bersuara.

"F...Fiya...dengar dulu apa yang Laura nak cakap. Fiya dah salah faham ni." Ian turut terkejut melihat kehadiran isterinya. Dia tidak menyangka bahawa Safiyyah boleh bertindak sedemikian.

"Salah faham apa?! Haritu kau goda laki aku supaya jaga kau dekat hospital sampai dia abaikan aku, isteri dia yang sah. Sekarang ni, kau jumpa laki aku senyap-senyap pula?" Safiyyah terus-terusan memarahi Laura. Dia turut memandang wajah suaminya. Dia benar-benar kecewa dengan sikap Ian. Ingatkan Ian sudah melupakan bekas teman wanitanya, namun dia silap.

"Fiya, kau buat apa dekat sini?! Kau tak malu ke orang lain tengok?!" Ian bangkit dari kerusinya. Dia memegang tangan isterinya.

"Malu? Habistu awak jumpa perempuan murah ni awak tak malu pula?" Safiyyah memegang perutnya. Dia tidak mahu kelihatan lemah walaupun perutnya sarat mengandung.

Ian terus menampar pipi isterinya.

"Fiya! Jaga sikit mulut kau! Laura bukan perempuan macam tu!" Ian membela Laura yang berada di hadapannya. Laura pening melihat keadaan yang terpaksa dihadapinya ketika itu. Dia tidak tahu bagaimana untuk memulihkan keadaan yang kucar-kacir itu. Semuanya salah dirinya.

"Sampai hati awak tampar saya semata-mata sebab perempuan ni? Saya ni isteri awak tau Ian, bukan perempuan ni!" Safiyyah masih tidak berpuas hati melihat Laura yang kelihatan berpura-pura baik itu.

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨Where stories live. Discover now