BAJU yang berada di hadapannya dibelek berkali-kali. Cantik sungguh corak yang menghiasi baju itu. Dia seakan-akan tertarik untuk membelinya namun diletaknya semula. Baginya, baju itu tidak menjadi kepentingan untuk dia beli.
"Puan nak cuba dulu ke?" sapa jurujual yang berada di hadapannya.
"Eh tak apalah, saya cuma nak tengok-tengok je." Safiyyah tersenyum. Bukannya dia tidak mampu untuk membelinya cuma dia tidak mahu membazir. Banyak lagi baju yang berada di rumahnya.
"Tapi puan nampak cantik kalau pakai baju ni. Lagipun sesuai untuk ibu mengandung. Kalau puan ambil, saya boleh bagi diskaun." Jurujual itu memujuk Safiyyah supaya membelinya.
"Fiya nak ke? Kalau Fiya nak, ambillah. Abang bayarkan." Israr tahu Safiyyah sebenarnya mahukan baju itu.
"Puan, ambillah. Suami puan dah offer tu." Safiyyah dan Israr terkejut mendengar kata-kata jurujual itu.
"Isteri encik nampak cantik sangat sebab warna baju ni sesuai dengan kulit isteri encik." kata jurujual itu kepada Israr.
Safiyyah tertawa.
"Saya bukan isteri dia, akak." Safiyyah menjelaskan perkara yang sebenar kepada jurujual itu.
"Ya Allah, akak betul-betul minta maaf. Akak ingatkan korang berdua suami isteri. Nampak sepadan sangat." Safiyyah hairan. Nampak sepadan? Biar betul? Dia merasakan bahawa dirinya langsung tidak sepadan dengan Israr.
"Dia ni cuma abang ipar saya." balas Safiyyyah.
Israr menganggukkan kepalanya tanda mengiakan kata-kata Safiyyah.
"Akak, kira jadilah baju ni. Saya ambil ya?" Israr terus menyerahkan baju tersebut kepada jurujual itu.
"Abang Is, apa ni? Tak payahlah susah-susah." Safiyyah terkejut kerana Israr yang membayar baju tersebut.
"Tak apalah, Fiya. Abang nak hadiahkan untuk mommy to be ni. Lagipun, baju tu cantik kalau Fiya pakai. Fiya anggap je ni hadiah daripada abang untuk Fiya." Safiyyah tidak mampu untuk membantah. Layanan Israr terhadapnya betul-betul membuatkan dia rasa bersyukur. Bersyukur kerana dikurniakan keluarga mertua yang baik.
Setelah semuanya selesai, mereka berdua jalan-jalan di sekitar shopping mall tersebut.
"Fiya, abang lupa nak cakap haritu abang ada belikan susu kurma untuk Fiya. Abang nampak Fiya muak minum susu yang Ian belikan tu. Sebab tulah abang beli susu kurma. Abang jamin lepas Fiya rasa sekali, mesti Fiya nak lagi." ujar Israr. Dia yakin gadis itu akan menyukainya. Bukan itu sahaja, dia juga turut membelikan makanan-makanan sunnah khas untuk ibu mengandung buat Safiyyah.
"Abang Is ni suka habiskan duit beli semua tu untuk Fiya. Banyak lagi tau suplemen yang Fiya tak habis makan lagi. Itukan duit abang Is, kenapa bazirkan untuk Fiya? Lagipun Ian dah belikan macam-macam untuk Fiya." Safiyyah tidak mahu menyusahkan orang lain. Israr melayannya dengan sangat baik pun dia sudah bersyukur.
"Tak habislah duit abang belikan semua tu. Lagipun untuk bakal anak buah abang juga kan? Abang nak baby dalam perut Fiya tu sihat macam ibu dia." Safiyyah tersenyum. Kalaulah Ian melayannya sebegini, pasti hidupnya akan lebih bahagia.
'Astaghfirullahalazim, Fiya. Kenapa bandingkan suami kau pula ni?' bisik hati Safiyyah.
"Untung bakal isteri abang Is nanti kan?" kata Safiyyah.
YOU ARE READING
𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨
Romance(ON HOLD/SLOW UPDATE) ‼️ Hadirnya dia, Membuatkan hidup Safiyyah menjadi lebih bermakna. Perginya dia, membawa seribu satu perasaan yang tak dapat diungkapkan. Safiyyah pasrah dengan ketentuan hidupnya. Dia yakin, pasti Allah mempunyai perancangan y...