امڤت | 4

7.3K 550 26
                                    

IAN memandang gadis yang berada di hadapannya . Bukan itu sahaja , rakan - rakannya yang lain turut memandang pembantu peribadinya itu . Dia dapat lihat riak wajah gadis itu dengan jelas . Dia tahu , gadis itu pasti tidak selesa apabila terpaksa duduk semeja dengan dirinya dan rakan - rakannya yang lain .

" Wah , tak cakap dengan kitaorang pun yang kau ada barang baru . Cantik pula tu . Kau kutip dekat mana ni ? " Mikail memandang Safiyyah yang dari tadi hanya menundukkan kepalanya . Niatnya hanya untuk berkenalan dengan gadis cantik itu . Matanya tidak dilarikan sedikit pun daripada memandang wajah cantik Safiyyah .

" Dia ni PA baru aku lah . Kau jangan nak lebih - lebih , Mika . Aku bagitahu Amelia nanti , baru kau tahu . " Ian mengugut Mikail yang cuba untuk mengorat Safiyyah . Mikail mencebikkan bibirnya . Hancur niatnya untuk berkenalan dengan Safiyyah .

" Fiya , kau pesanlah apa - apa makanan yang kau nak . Aku belanja . " Safiyyah mengangkat wajahnya apabila namanya diseru . Safiyyah menggelengkan wajahnya . Dia tidak mahu makan tetapi dia mahu pulang ke pejabat dengan segera . Cukuplah namanya menjadi topik perbincangan sebentar tadi . Bukan dia tidak tahu , rakan - rakan Ian sering menyebut - nyebut namanya .

" Tak apa lah , Ian . Awak makan lah dengan kawan - kawan awak . Saya balik office dulu . " Safiyyah segera bangun dari duduknya . Dia tidak betah untuk duduk di situ lama - lama . Mukanya pun sudah merah akibat dipuji oleh beberapa rakan Ian sebentar tadi .

" Fiya , tunggu dulu . Lunch hour belum habis lagi lah . Aku tak izinkan kau balik pejabat . Kau duduk sini sampai aku habis makan . " Safiyyah memandang wajah Ian dengan perasaan geram . Jika diikutkan hati , sudah lama dia mengangkat kaki daripada restoran itu . Namun , segera dia membatalkan hasratnya itu . Kalau kena pecat nanti , sia - sia je .

" Ian , saya tak selesa lah duduk dekat sini . Jomlah kita balik pejabat . " Safiyyah masih tidak berputus asa untuk memujuk Ian balik ke pejabat . Dia membisikkan hasratnya di tepi telinga Ian . Perbuatannya itu mengundang tawa daripada Ian .

" Kau cakap apa tadi ? Kau sayangkan aku ? " Ian menyoal Safiyyah sehingga menyebabkan rakan - rakannya yang lain turut memandang dirinya dan Safiyyah . Mata Safiyyah terbuntang luas . Ya Allah , sejak bila dia cakap yang dia sayangkan Ian ?

" Fiya , betul ke awak...sayangkan Ian ? " Irfan menanyakan soalan tersebut kepada Safiyyah . Rakan - rakannya yang lain mula bersorak gembira . Safiyyah memandang wajah Ian meminta supaya menjelaskan perkara yang sebenar . Bosnya itu memang tak sah kalau tak membuli dirinya . Safiyyah pantas menggelengkan kepalanya . Memang tak lah ! Dah lah suka buli orang !

" Eh , mana ada . Kawan baik Encik Irfan ni salah dengar agaknya . Saya cuma minta izin daripada dia untuk balik pejabat . Encik Irfan janganlah salah sangka . " Safiyyah cuba menerangkan perkara yang sebenar kepada rakan - rakan Ian . Dia memandang ke arah Ian yang hanya membuat muka selamba . Langsung tak ada rasa bersalah dalam hati lelaki itu .

" Oh , lega saya dengar . Kiranya saya masih ada peluang lagi lah . Kan ? " Irfan menyoal Safiyyah . Safiyyah tersenyum nipis . Dia tidak mengerti maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh Irfan . Tapi yang pasti , keadaan sudah mula menjadi kekok . Ian segera berdehem . Irfan menggaru kepalanya apabila tersedar akan keterlanjurannya sebentar tadi .

" Fiya , jom saya teman awak balik pejabat . " Safiyyah sempat memandang ke arah Ian yang menjegilkan mata kepadanya . Tak nak bagi aku balik lah tu ! Dia tidak peduli akan bahasa isyarat yang cuba dihantar oleh Ian kepadanya . Dia terus bangun lalu meminta izin daripada rakan - rakan Ian yang lain untuk pulang ke pejabat terlebih dahulu . Kemudian , dia terus meninggalkan restoran tersebut bersama Irfan di sisinya .

Ian mendengus kasar . Kacau line betul si Irfan ni ! Tak boleh nak tengok orang senang langsung . Sudahlah dia diganggu oleh kedatangan rakan - rakannya secara tiba - tiba . Kini , Irfan pula yang membawa pembantu peribadinya itu pergi .

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨Where stories live. Discover now