دوا ڤولوه ليما | 25

6.6K 424 36
                                    

PIPI kirinya ditampar sehingga menyebabkan dia terteleng ke kiri. Dia tahu pasti sekarang semua orang sedang menuding jari ke arahnya. Perkara yang dirahsiakan akhirnya terbongkar jua.

"Apa yang kau dah buat ni, Ian?!" jerit si ayah.

"Sanggup kau malukan nama aku?" Ian hanya mendiamkan dirinya. Ya, dia tidak mampu untuk bersuara apabila rahsia sudah terbongkar. Dia sudah membuat keputusan untuk memberitahu perkara sebenar kepada kedua-dua pihak, tapi bukan dengan cara sebegini.

"Fiya, ayah kecewa sangat dengan Fiya. Ayah dah tak tahu nak cakap apa." Safiyyah menangis teresak-esak di hadapan kedua-dua keluarga. Dia juga tidak menyangka bahawa semuanya akan terbongkar hari ini.

"Fiya minta maaf, ayah. Fiya tak ada niat nak tipu ibu dengan ayah. Fiya cuma..."

"Cuma apa?!"

"Fiya takut kalau ayah dengan ibu tak dapat terima kenyataan kalau Fiya bagitahu. Lagipun, Fiya dengan Ian memang dah buat keputusan untuk bagitahu perkara ni dekat semua orang. Kami cuma tunggu masa yang sesuai je."

"Jadi, ini ke sebab Fiya tak nak kahwin dengan Azad?"

"Ya, ibu. Fiya minta maaf sebab terpaksa tipu ibu dengan ayah." Safiyyah menundukkan kepalanya.

"Fiya ikut ibu dengan ayah balik sekarang!" Puan Mysara sudah mula meninggikan suaranya kepada Safiyyah. Dia sungguh kecewa dengan sikap anaknya yang sanggup kahwin secara senyap-senyap tanpa pengetahuannya.

"Ta...tapi Fiya nak ikut Ian." Safiyyah memandang sayu wajah suaminya yang turut dimarahi oleh keluarga. Dia hanya mahu berada di samping suaminya. Lagipun, tempat seorang isteri adalah di samping suaminya.

"Fiya nak ikut lelaki ni? Fiya sedar tak ibu ni ibu kandung Fiya? Tak cukup Fiya tipu ibu dengan ayah, sekarang ni Fiya nak tolak ibu pula?" Safiyyah menggelengkan kepalanya.

"Bukan macam tu ibu..." Safiyyah cuba menerangkan perkara tersebut namun kata-katanya terus dipotong oleh ibunya.

"Aunty, tolonglah. Jangan pisahkan saya dengan Fiya." kali ini, giliran Ian pula merayu kepada Puan Mysara. Dia tidak sanggup untuk berjauhan dengan isterinya.

"Kamu jangan jumpa dengan anak aunty lagi! Aunty takkan pernah restu hubungan kamu berdua!" Puan Mysara memandang tajam ke arah Ian. Dia langsung tidak berkenan dengan Ian yang sudahpun menjadi menantunya.

Tanpa membuang masa, Puan Mysara terus menarik tangan Safiyyah dengan kasar. Suaminya cuba untuk menenangkan keadaan yang semakin tegang.

"Fiya taknak ikut ibu! Fiya nak tinggal dengan suami Fiya! Ibu tolonglah!" Safiyyah melutut di hadapan ibunya. Tangisannya semakin kuat kedengaran. Ian terus pergi ke arah Safiyyah lalu memegang erat tangannya. Dia jatuh simpati apabila melihat isterinya sanggup melutut sebegitu.

"Sekarang Fiya pilih, ibu atau lelaki ni? Kalau Fiya pilih lelaki ni, Fiya jangan harap dapat tengok muka ibu dengan ayah lagi." Hati Safiyyah kini dalam dilema. Dia sayangkan kedua-duanya.

"Fiya sayangkan ibu, tapi Fiya juga sayangkan Ian. Ibu jangan buat Fiya macam ni."

"Sara, jangan buat keputusan terburu-buru macam ni. Fiya tu anak kita, Sara! Abang tak nak kehilangan anak perempuan kita." Encik Fikri cuba menenangkan keadaan.

"Jadi, Fiya tetap pilih untuk bersama dengan lelaki tu kan? Tak apa, Fiya boleh tinggal dengan dia tapi jangan harap Fiya boleh tunjuk muka Fiya depan ibu lagi."

"Abang, jom kita balik. Dah tak ada guna lagi kita dekat sini." Puan Mysara laju melangkah keluar dari rumah keluarga Ian.

"Ayah, tolong Fiya. Fiya tak nak jadi anak derhaka. Fiya sayangkan ibu dengan ayah. Ayah kena tolong Fiya." Safiyyah merayu pada ayahnya. Hanya ayahnya sahaja yang boleh menolongnya.

"Fiya, bagi ibu ruang dan masa ya? Ibu masih lagi tekejut dengan berita ni sebab tu dia buat keputusan terburu-buru. Ayah akan cuba pujuk ibu. Lepasni, Fiya kena jaga diri Fiya elok-elok. Tak sangka, anak ayah dah jadi isteri orang." Safiyyah memeluk erat ayahnya. Dari kecil lagi, dia memang rapat dengan ayahnya berbanding ibunya.

"Ian, mulai sekarang Ian yang bertanggungjawab ke atas Fiya. Ian jaga Fiya elok-elok ya? Kalau suatu hari nanti Ian dah tak nak dekat Fiya, Ian pulangkan semula Fiya secara baik dekat ayah." Ian menganggukkan kepalanya. Dia turut memeluk Encik Fikri yang sudahpun menjadi bapa mertuanya.

"Ian janji, ayah."

┅┅

PUAN NISA mengusap lembut tangan Safiyyah yang sudahpun menjadi menantunya. Dia turut simpati dengan nasib yang menimpa Safiyyah. Sebagai seorang ibu, dia juga terkesan dengan apa yang dilakukan oleh anaknya, Ian. Namun, nasi sudahpun menjadi bubur. Tiada apa lagi yang boleh dia ubah.

"Fiya, mulai hari ni Fiya boleh tinggal dalam rumah ni. Sekarang Fiya dah jadi menantu mama jadi buat rumah ni macam rumah Fiya, ya?" Safiyyah membalas pandangan Puan Nisa. Dia sangat bersyukur kerana keluarga Ian boleh menerima dirinya sebagai orang baru di dalam rumah ini.

"Terima kasih mama. Fiya bersyukur sangat sebab mama tak buang Fiya. Fiya takut kalau mama pun bencikan Fiya macam mana ibu benci Fiya." Puan Nisa mengesat sisa air mata yang masih belum kering di pipi Safiyyah. Sejak pertama kali dia kenal dengan gadis yang bernama Safiyyah ini, dia sudah berkenan dengan sikap lemah lembut gadis itu.

Dia masih mengingati kata-kata Ian bahawa anaknya tidak mahu mengahwini Safiyyah apabila dirinya ingin menjodohkan mereka berdua. Sekarang, terbalik pula?

"Mama tak pernah bencikan Fiya. Mama tahu Fiya anak yang baik dan solehah. Mungkin ibu Fiya tak dapat terima kenyataan lagi jadi sebab tulah dia marah Fiya. Fiya sabar ya?" Safiyyah memeluk tubuh Puan Nisa. Dia bersyukur kerana dikurniakan ibu mertua yang baik seperti Puan Nisa.

"Fiya, kau-" kata-kata Ian terpotong apabila melihat Puan Nisa berada dalam biliknya.

"Fiya rehatlah. Mama keluar dulu." Puan Nisa keluar daripada bilik anaknya. Dia mahu memberikan ruang buat mereka berdua. Biarlah mereka berbincang dan menyesaikan masalah dengan baik.

Ian perlahan-lahan pergi ke arah Safiyyah. Sebenarnya dia risaukan isterinya. Dia takut jika terjadi apa-apa pada kandungan isterinya.

"Ian, pipi awak merah tu. Sini, biar saya tengokkan." Safiyyah membelek wajah suaminya yang sedikit lebam akibat ditampar oleh bapa mertuanya. Ian mengaduh sakit apabila Safiyyah memegang pipinya.

"Janganlah tekan kuat sangat. Sakit." Ian merungut. Safiyyah tersenyum. Perangai tak ubah macam kanak-kanak yang baru lepas jatuh basikal.

"Ngada-ngada. Sebelum ni saya pun pernah kena. Boleh je saya tahan. Awak baru kena sikit dah merungut." balas Safiyyah.

Tiba-tiba Ian memegang tangan Safiyyah yang berada di pipinya.

"Aku minta maaf sebab selama ni aku tak pernah layan kau dengan baik. Boleh kau bagi aku masa untuk aku berubah? Aku tak janji aku boleh berubah sepenuhnya tapi aku boleh cuba." Safiyyah tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.

"Saya boleh bagi awak masa tapi dengan satu syarat."

"Apa syaratnya?"

"Jadi imam saya untuk setiap solat kita."

Ian tersenyum.

┅┅

Tak jadilah nak pisahkan diaorang hehe.

Sorry kali ni pendek je and thank you untuk semua yang komen suruh saya update tu. ☺️

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨Where stories live. Discover now