دوا ڤولوه ساتو | 21

6.6K 396 143
                                    

SAFIYYAH meletakkan makanan yang dimasak olehnya di atas meja makan. Dia segera menarik kerusi buat suaminya. Ian yang baru sahaja muncul terus duduk di atas kerusi tersebut. Safiyyah tersenyum sendiri apabila melihat Ian sudi makan bersamanya.

"Awak nak apa? Biar saya ambilkan." Safiyyah menyoal.

"Kau letak jelah apa-apa pun. Cepatlah, aku lapar ni." Ian merungut kelaparan. Safiyyah cepat-cepat meletakkan nasi di atas pinggan Ian. Kemudian, dia meletakkan pula beberapa lauk yang dimasak olehnya ke dalam pinggan lelaki itu.

Ian mula menjamah hidangan tersebut.

"Sedap tak?" Safiyyah menyoal di sisi.

"Okeylah daripada takda." Selamba Ian menjawab. Safiyyah mempamerkan senyuman palsunya. Melihat Ian yang sudi menjamah masakannya itu pun dia sudah gembira. Dia terus mengambil tempat di sebelah Ian.

"Ian, lepas ni boleh tak kalau saya nak minta izin untuk balik rumah saya? Saya takut ibu dengan ayah syak yang bukan-bukan nanti. Lagipun, saya dah kerap sangat keluar rumah." Safiyyah sebenarnya tidak mahu meninggalkan Ian bersendirian. Dia sedar bahawa dia sudah menjadi isteri Ian dan tempatnya adalah di sisi lelaki itu. Namun, keadaan sekarang tidak mengizinkannya untuk berbuat sedemikian.

"Suka hati kaulah nak buat apa pun." Ian langsung tidak ambil kisah tentang Safiyyah. Matanya kini fokus pada skrin televisyen yang berada di hadapan matanya. Dia sedang ralit menonton televisyen sambil menjamah makanannya.

Safiyyah bangkit lalu pergi ke tandas.

Ian hanya memandang isterinya yang hilang dalam sekelip mata. Sebenarnya, dia gugup apabila berduaan dengan Safiyyah. Egonya akan mengawal dirinya dengan serta merta apabila berhadapan dengan gadis itu.

Sedang dia leka menonton televisyen, telefon bimbit milik Safiyyah berbunyi menunjukkan notifikasi yang keluar. Dia terus mengambil telefon Safiyyah yang tidak jauh daripadanya.

Matanya kini tertumpu pada skrin telefon isterinya. Dia segera membuka aplikasi Whatsapp. Nama Azad terpapar dengan jelas sekali di situ. Hatinya panas apabila melihat mesej yang dihantar oleh lelaki itu. Dia membaca satu per satu mesej tersebut.

'Assalamualaikum, Fiya. Hari ni Fiya busy tak? Azad nak ajak Fiya datang rumah.'

'Azad rindu masakan Fiya. Oh ya, baju Fiya pun ada sekali ni. Azad dah tolong basuhkan.'

'Kalau Fiya tak busy, Fiya reply text Azad ya?'

'I miss you damn much, Fiya.'

Panas hatinya apabila melihat ucapan terakhir daripada lelaki itu. Berani sungguh Azad mengacau isterinya. Lelaki itu memang benar-benar mencabar kesabarannya.

Benarkah isterinya mengadakan hubungan sulit bersama lelaki itu?

"Ian, awak buat apa dengan telefon saya tu?" Safiyyah muncul dari sisi kirinya. Dia melihat telefon bimbitnya yang berada di genggaman Ian. Belum sempat dia ingin mengambil telefon itu, Ian terus bangkit dari duduknya.

Dia melihat Ian sedang meletakkan pinggan di dapur. Raut wajah lelaki itu kelihatan sangat marah. Safiyyah mula hairan. Mengapa Ian tiba-tiba sahaja berkelakuan sebegitu?

"Kau ikut aku sekarang!" Tangan Safiyyah ditarik kasar oleh Ian. Nafsu amarahnya kini berleluasa. Safiyyah memang sudah melampaui batas. Gadis itu memang tidak pernah serik.

Setibanya dia di bilik, Ian terus menolak Safiyyah ke dinding. Dia mencengkam rahang Safiyyah dengan kasar. Safiyyah merintih kesakitan apabila diperlakukan sebegitu. Dia langsung tidak tahu kesalahan yang telah dilakukan olehnya.

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨Where stories live. Discover now