SAFIYYAH menyerahkan wang miliknya kepada pekerja klinik tersebut. Lalu plastik yang berisikan ubat diambil dari tangan gadis itu. Dia mengucapkan terima kasih sebelum menolak pintu untuk keluar.
'Nasib baik sempat datang sebelum klinik tutup.' bisik hatinya.
Safiyyah datang berseorangan tanpa peneman kerana suaminya masih lagi melancarkan perang dingin. Dia tidak tahu sampai bila dia akan dilayan sebegini oleh Ian. Lelaki itu benar-benar sukar untuk memaafkan dirinya.
Safiyyah memandang sekelilingnya. Tiada satu pun teksi atau Grabcar yang lalu di kawasan tersebut. Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. Hatinya risau. Bagaimana dia mahu pulang ke rumah? Safiyyah berdoa di dalam hatinya supaya dia dipertemukan dengan mana-mana teksi. Dia mahu pulang segera.
"Hello, sorang je ke?" tegur seseorang dari belakang. Safiyyah langsung tidak melayan soalan yang diajukan kepadanya. Matanya ralit memandang telefon pintarnya. Nama Ian dicari di bahagian contact.
"Wow, sombongnya perempuan cantik ni. Nak pergi mana ni? Nak abang hantarkan?" Safiyyah menelan liurnya. Sungguh dia takut ketika ini. Sudahlah jalan yang dilaluinya sunyi sepi. Hanya terdapat beberapa orang sahaja yang lalu-lalang di kawasan ini.
Dia pantas menelefon suaminya. Safiyyah benar-benar takut.
'Ian, angkatlah. Please! Saya takut ni, Ian.' Safiyyah menelefon suaminya berkali-kali namun satu panggilan pun tidak dijawab.
"Jom, abang hantarkan balik rumah." Lelaki tersebut terus memegang tangan Safiyyah.
Safiyyah terkejut lalu tangannya automatik menampar lelaki itu. Dia tidak suka apabila ada orang lain cuba menyentuhnya.
Lelaki itu terkejut apabila menerima tamparan daripada Safiyyah. Wajahnya terus berubah menjadi bengis. Dia menampar semula wajah Safiyyah dengan lebih kuat.
"Aku cakap elok-elok, kau berkasar pula dengan aku ya? Memang nak kena ajar perempuan ni!" kata lelaki tersebut.
Safiyyah memegang pipinya yang ditampar. Dia terus melajukan langkahnya untuk beredar dari tempat tersebut. Dia perlu meminta bantuan daripada sesiapa.
"Kau nak pergi mana perempuan? Dekat sini tak ada sesiapapun." Lelaki itu tersenyum sinis.
Lelaki tersebut cuba menarik plastik yang berisikan ubat di tangan Safiyyah. Safiyyah menarik semula plastik miliknya.
"Awak nak apa ni? Jangan kacau saya! Saya tak ada duit! Tolonglah!" Safiyyah pergi ke klinik sebentar tadi pun kerana badannya tidak berapa sihat ditambah pula dengan belakang badannya yang lenguh. Tiba-tiba dia dikacau oleh seorang lelaki pula.
"Aku tak nak duit. Aku nak kau." Lelaki itu masih cuba untuk mengganggu Safiyyah. Mangsa dah ada depan mata, takkan dia mahu melepaskan begitu sahaja? Perempuan hamil lagilah dia suka.
"Tolonglah jangan apa-apakan saya. Saya nak balik." Safiyyah cuba meraih simpati.
"Aku boleh hantar kau balik sebelum tu kau kena layan aku dulu." Lelaki itu terus menarik baju Safiyyah dari belakang. Safiyyah terkejut.
"Lepaslah! Tolong! Tolong!" Safiyyah menjerit sekuat hatinya. Namun mulutnya pantas dicekup.
Lelaki itu terus memegang perut Safiyyah. Safiyyah sekali lagi menampar wajah lelaki itu.
"Kurang ajar! Aku minta baik-baik, ini yang kau balas?" Lelaki itu terus menumbuk wajah Safiyyah.
Dia langsung tidak mempedulikan tentang Safiyyah yang sedang mengandung. Setelah itu, dia menolak Safiyyah sehingga jatuh dan menyepak perut Safiyyah dengan kuat.
YOU ARE READING
𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨
Romance(ON HOLD/SLOW UPDATE) ‼️ Hadirnya dia, Membuatkan hidup Safiyyah menjadi lebih bermakna. Perginya dia, membawa seribu satu perasaan yang tak dapat diungkapkan. Safiyyah pasrah dengan ketentuan hidupnya. Dia yakin, pasti Allah mempunyai perancangan y...