FIKIRANNYA mula menerawang teringatkan tentang hal yang terjadi pada malam semalam. Dia sendiri keliru. Adakah dia cemburu atau sebaliknya? Dia sedar tindakan yang dilakukan olehnya adalah salah namun apa yang boleh dia lakukan? Dia sebenarnya tidak boleh melupakan Laura apatah lagi setelah mendapat tahu kebenaran yang dirahsiakan selama ini.
Ian turun ke bawah apabila tekaknya terasa dahaga. Belum sempat dia memasuki ruangan dapur, dia mendengar suara seseorang sedang ketawa di ruang tamu. Dia mahu melihat siapakah gerangan yang sedang ketawa itu.
"Abang Is, terima kasih sebab belikan Fiya aiskrim durian ni. Kalau tak, mesti Fiya kempunan sebab tak dapat makan aiskrim ni." kata Safiyyah.
"Demi anak buah abang, tengah-tengah malam pun abang sanggup belikan. Kesian baby dalam perut tu tahan lapar." Israr jatuh simpati pada Safiyyah. Dia tahu Ian memang tidak boleh diharapkan. Dah nak jadi bapa orang pun tak pandai nak jaga isteri lagi.
"Kalau macam tu, lepasni Fiya nak minta makanan lain pula. Boleh?" Safiyyah tertawa. Saja dia mahu menyakat abang iparnya.
"Mestilah boleh. Kalau Fiya nak abang temankan pergi check up pun boleh. Abang sanggup ambil cuti untuk temankan Fiya." Safiyyah tersenyum melihat Israr. Baik sungguh abang iparnya ini.
"Tak payah susah-susah. Aku belum mati lagi." Perbualan mereka terhenti apabila Ian muncul dari belakang. Safiyyah hanya menundukkan kepalanya. Tidak mahu bertentang mata dengan suaminya.
"Fiya ni isteri aku. Kau tak payah susah-susah nak bawa dia pergi check up. Kau tu cuma abang ipar dia, jadi tak payah nak berlagak macam kau suami dia," balas Ian.
"Kenapa aku tak boleh buat pula? Fiya mengidam semua tu ada kau ambil kisah? Ada kau layan dia macam perempuan mengandung? Kalau suami dia sendiri tak boleh penuhi permintaan dia, aku ada untuk layan semua karenah Fiya. Kau tak payah nak berlagak macam kau tu suami mithali." Israr memandang tajam mata adiknya. Dia tidak mahu berkasar dengan Ian, tetapi adiknya yang memulakan semua ini.
Ian mencengkam kolar baju abangnya. Israr betul-betul dah melampau. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia melayangkan penumbuk kepada abangnya. Namun segera dibatalkan niatnya.
Safiyyah terus menolak tangan Ian.
"Apa awak buat ni?! Abang Is cuma tolong belikan aiskrim untuk saya! Takkan itu pun awak nak marah?" Safiyyah memarahi Ian.
"Kau diam! Jangan masuk campur urusan aku!" Ian membalas.
"Ian, stop it! Awak nak bagi satu rumah ni dengar kita bergaduh ke?" Safiyyah benar-benar tidak memahami perangai Ian.
"Kau nak sangat makan aiskrim ni kan, nah!" Ian terus mencampakkan aiskrim itu ke lantai. Setelah itu dia terus menarik tangan Safiyyah.
Israr hanya dapat menahan kemarahannya. Ian memang tidak pernah berubah. Cemburu buta memang tidak dapat dikawal. Dia tidak boleh masuk campur dalam urusan rumah tangga adiknya. Namun dia kasihankan Safiyyah. Harap-harap tiada apa-apa yang berlaku.
┅┅
BAJU yang bersepah diambil lalu dimasukkan ke dalam bakul. Safiyyah mengemas katil tidur yang berselerak. Dia sebenarnya masih marahkan perbuatan Ian. Suaminya telah memaksa dirinya untuk pulang ke kondominium mereka. Safiyyah tidak mahu pulang ke sana kerana dia lebih selesa tinggal bersama ibu mertuanya. Namun, Ian tetap berkeras untuk pulang ke rumah mereka. Safiyyah terpaksa akur dengan arahan suaminya.
"Kau tak payah nak masamkan muka tu. Ingat cantik sangat?" Ian membuka baju yang dipakainya lalu dibaling ke tubuh Safiyyah. Safiyyah mengetap giginya tanda geram. Dahlah berpeluh lepastu main campak je!
YOU ARE READING
𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨
Romance(ON HOLD/SLOW UPDATE) ‼️ Hadirnya dia, Membuatkan hidup Safiyyah menjadi lebih bermakna. Perginya dia, membawa seribu satu perasaan yang tak dapat diungkapkan. Safiyyah pasrah dengan ketentuan hidupnya. Dia yakin, pasti Allah mempunyai perancangan y...