تيݢ بلس | 13

6.4K 392 62
                                    

AZAD menyarungkan baju melayu di tubuh badannya . Dia tersenyum gembira apabila hari yang dinantikan akhirnya tiba jua . Dia sudah tidak sabar untuk mengahwini gadis yang pernah dia kecewakan suatu ketika dahulu .

" Azad , tak sangka akhirnya kau kahwin juga dengan Safiyyah . Dulu bukan main lagi kau tak nak dekat dia sampai sanggup larikan diri . Tengok sekarang , dah terbalik pula . " Dean tertawa . Azad hanya tersenyum nipis . Dia sudah biasa diperli sebegitu . Jadi , dia hanya memekakkan sahaja telinganya .

" Dean , aku nak pesan sikit ni . Nanti bila majlis akad nikah dah nak start , kau jangan nak menggatal sangat eh . Aku bukannya tak tahu perangai playboy kau ni . Gadis dekat Malaysia ni lain tau . Bukannya boleh pegang sesuka hati kau je macam dekat Venice tu . " Azad sempat menasihatkan rakan baiknya itu . Dean hanya tersengih apabila Azad menegurnya .

" Kau ni macam tahu - tahu je apa yang aku fikir . Ala , aku nak berkenalan dengan diaorang jelah bukannya aku nak buat apa pun . Lagipun , takkanlah aku nak buat hal dekat majlis kau ni . Malu aku nanti . " Azad menghela nafas lega apabila Dean berkata sebegitu . Dia cuma takut Dean bertindak di luar kawalan . Walaupun Dean jarang bergaul dengan rakan - rakan beragama Kristian di Venice dahulu , namun sedikit sebanyak dia turut terpengaruh dengan budaya Barat . Baginya , berpegangan tangan dan berpelukan antara lelaki dan perempuan adalah perkara biasa .

" Baguslah kalau kau sedar . " jawab Azad .

" Azad , tolonglah aku . Macam mana nak pakai kain ni ? Kalau aku tak nak pakai boleh tak ? " Dean merungut apabila terasa susah mahu memakai kain samping . Dari tadi dia cuba , namun gagal . Dean sebenarnya sudah lama tidak memakai baju melayu . Jadi sebab itulah dia terasa sedikit kekok .

Azad tertawa apabila melihat kesukaran Dean untuk memakai kain samping itu . Dia tahu pasti Dean sudah melupakan adat orang Melayu . Jiwa sahabatnya itu sudah dipenuhi dengan gaya orang Barat . Sewaktu mereka beraya di Venice dahulu , hanya Azad sahaja yang memakai baju Melayu manakala Dean pula cuma memakai jubah kurta . Itupun setelah dipaksa oleh keluarga Dean . Kalau tidak , memang taklah dia nak pakai !

Azad bersyukur kerana Dean mahu mengikutinya untuk pulang ke Malaysia . Bolehlah dia mengajar semula adat - adat orang Melayu yang sepatutnya diamalkan oleh Dean . Oh ya , tidak lupa juga dengan solat lima waktu yang wajib dilakukan oleh umat Islam .

Semasa di Venice , Dean langsung tidak menunaikan perkara yang wajib itu . Azad sudah berkali - kali menasihati rakannya itu namun apakan daya . Dia tidak boleh memaksa Dean . Apabila terpaksa , barulah dia lakukan . Namun apabila mereka sudah menetap di Malaysia , Azad mula perasan akan perubahan Dean . Dia sudah mula menunaikan solatnya . Walaupun tidak lengkap , tetapi dia tetap bersyukur . Sekurang - kurangnya dia tetap solat walaupun jarang . Dia yakin , suatu hari nanti pasti Dean akan berubah menjadi seorang yang lebih baik .

" Dean , kain samping ni wajib tau pakai dengan baju Melayu . Kalau tak pakai , tak kemaslah nanti . Aku yakin , kalau kau pakai nanti mesti perempuan yang datang akan cair bila tengok kau . Percayalah cakap aku . Meh sini aku ajar kau pakai . " Azad mengajar Dean langkah demi langkah . Walaupun Dean sentiasa merungut , Azad tetap berkeras memaksanya untuk memakai kain samping tersebut . Setelah semuanya selesai , Azad menyarungkan songkok di kepala Dean .

" Alamak , kenapa kau nampak lagi kacak daripada aku ni ? Tak boleh jadi ni . Aku yang jadi pengantin , kau pula yang terlebih hensem . " Azad sengaja bergurau apabila merasakan rakannya itu nampak lebih kacak daripadanya .

" Ish , aku kan dah memang kacak . Nanti jangan cemburu pula kalau orang tumpukan perhatian yang lebih dekat aku berbanding kau . Aku malaslah nak riak tapi dah memang hensem , nak buat macam mana kan ? " Dean menjelirkan lidahnya . Kemudian , mereka berdua tertawa riang . Azad sempat menumbuk bahu Dean apabila terasa menyampah dengan perangai Dean .

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨Where stories live. Discover now