" WALID , umi rindukan Azad . Bila lah dia nak jenguk kita kan ? Dah 5 tahun dia tinggalkan kita . Macam manalah agaknya hidup dia sekarang ? " umi Azad memandang wajah suaminya . Sesungguhnya , dia amat merindui anak terunanya itu . Cukuplah 5 tahun dia menunggu anaknya itu untuk pulang . Suaminya pula hanya buat tidak endah sahaja apabila dia mengatakan bahawa dia rindukan anaknya .
" Sudahlah tu , umi . Walid tak nak dengar lagi umi sebut - sebut pasal anak tak guna tu . Walid tak ada anak yang sanggup malukan keluarga dia sendiri ! Bagi walid , Azad tu dah mati ! " lantang Encik Hisham berbicara . Puan Juliana iaitu umi Azad terus memandang ke arah suaminya . Astaghfirullahalazim , sanggup walid berkata sedemikian ? Sudah tidak ada rasa sayangkah dia pada anak lelakinya itu ?
" Walid , tergamak walid cakap macam tu pada Azad ? Azad tu anak kita , walid ! Anak yang Liya kandungkan selama 9 bulan . Sampai hati walid cakap Azad dah mati ? " Encik Hisham hanya memekakkan telinganya . Dia tahu , isterinya itu sangat menyayangi anak terunanya . Mungkin kerana sikap Azad yang sering bergurau senda dengan isterinya itulah yang menyebabkan isterinya menatang Azad bagai minyak yang penuh .
" Umi , dah lah tu . Nanti tekanan darah umi naik lagi , susah hati Jannah . Umi pun tahu walid macam mana . Mungkin walid tu masih marah lagi pada abang Azad . " Jannah berbisik kepada uminya . Dialah satu - satunya anak perempuan Encik Hisham dan Puan Juliana . Jannah sangat rapat dengan abangnya . Azad lah tempat dia bermanja dan mengadu masalahnya . Kini , abangnya sudah pergi meninggalkan dirinya tanpa khabar berita . Jannah betul - betul kecewa dengan sikap abangnya . Baginya , kak Fiya sangat sesuai dengan abangnya . Bagaikan merpati dua sejoli . Kalau melepas , memang rugi !
" Umi geram betul lah dengan walid kamu tu , Jannah . Sampai sekarang , walid kamu masih tak dapat nak maafkan abang kamu . Umi sendiri pun dah maafkan anak umi . Walid kamu tu ego tinggi sangat . " Encik Hisham terus berlalu pergi membiarkan anak perempuannya bersama isterinya .
" Umi kena banyak bersabar . Suatu hari nanti , mesti abang Azad akan balik juga ke sini . Jannah yakin , abang Azad mesti rindukan kita semua . " Jannah cuba meyakinkan uminya . Dia sangat berharap bahawa abangnya akan pulang secepat mungkin . Dia sudah tidak sanggup melihat uminya bersedih .
" Jannah , umi nak minta tolong dengan Jannah . Tolong umi ya , cari abang Azad ? Jannah lah satu - satunya harapan umi . " Jannah sekadar mengangguk . Bukannya dia tidak pernah berusaha untuk mencari abang kesayangannya itu , tetapi hasilnya tetap sama ! Dia sendiri buntu . Bukan dia sahaja , malah rakannya yang bekerja sebagai penyiasat persendirian juga tidak mampu untuk menemukan abangnya . Abangnya itu duduk di dalam gua agaknya !
┅┅
LELAKI yang duduk berhadapan dengannya mendengus kasar apabila gadis kesayangannya itu menolak mentah - mentah cadangannya . Dia sudah tidak mampu untuk menunggu gadis itu . Usahanya selama ini hanya sia - sia !
" Sayang , sampai bila kita nak macam ni ? 5 tahun I tinggalkan family I . 5 tahun tu bukan jangka masa yang pendek , you tahu tak ?! I tinggalkan family I semata - mata untuk hidup dengan you ! Tapi apa yang you balas dekat I sekarang ? " lelaki itu meluahkan isi hatinya . Selama ini , dia hanya menurut kata - kata gadis itu . Bahkan , dia sanggup tinggalkan keluarganya yang jauh nun disana semata - mata untuk berada di samping gadis ini .
" Azad , jangan lah marah - marah macam ni . I tahu you sanggup lakukan apa sahaja untuk I kan ? You tahu kan I ambil course apa ? I tak boleh berikan you komitmen sepenuhnya kalau kita dah kahwin nanti . For sure , hidup I akan berubah lepas kita kahwin . Lagipun , bos I dah cakap awal - awal yang I tak boleh berkahwin dengan sesiapapun selagi kontrak I belum habis . So please , understand me . You tahukan I sayang you ? " gadis yang dikenali sebagai Dahlia Rose itu cuba memujuk kekasih hatinya . Dia juga sudah acap kali menyatakan jawapannya , namun lelaki itu terus - terusan mendesakknya untuk berkahwin dengan dirinya . Mahu sahaja dia memutuskan hubungannya bersama lelaki yang bernama Azad itu . Namun , apabila memikirkan darjat lelaki itu , terus dia mematikan niatnya .
YOU ARE READING
𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨
Romance(ON HOLD/SLOW UPDATE) ‼️ Hadirnya dia, Membuatkan hidup Safiyyah menjadi lebih bermakna. Perginya dia, membawa seribu satu perasaan yang tak dapat diungkapkan. Safiyyah pasrah dengan ketentuan hidupnya. Dia yakin, pasti Allah mempunyai perancangan y...