سبلس | 11

6K 400 94
                                    

KAD kahwin milik Safiyyah mula diedarkan kepada seluruh staf yang berada di pejabat . Ramai yang terkejut akan perkahwinan yang diadakan secara tiba - tiba ini . Safiyyah hanya mampu tersenyum nipis apabila semua orang sibuk bertanyakan soal majlis perkahwinannya yang bakal dilangsungkan pada minggu hadapan .

" Fiya , betul ke kau dah nak kahwin ? Sejak bila kau bercinta ni ? Aku tak tahu pun . " Pekerja yang diberi nama Kayla mula menyoal Safiyyah . Gadis itu sibuk menanyakan pelbagai soalan kepada Safiyyah . Sebenarnya , Safiyyah malas mahu menghebohkan kepada pekerja syarikat yang lain , namun jika tidak dijemput nanti apa pula kata mereka .

" Ish kau ni , sibuk je nak ambil tahu hal Fiya . Biarlah dia nak bercinta ke tak nak bercinta ke , itu bukan urusan kau . Kayla , kau jangan sibuk pula nak hebohkan dekat jabatan lain . Malu si Fiya ni nanti . " Safiyyah menghela nafas lega kerana ada juga orang yang membelanya . Safiyyah mengukirkan senyuman manis kepada makcik Syida yang bekerja sebagai tukang cuci di pejabat itu . Makcik itu sudah dianggap sebagai kawan baiknya walaupun jurang umur mereka sangat jauh .

Safiyyah langsung tidak kisah untuk berkawan dengan sesiapa pun di dalam syarikat itu . Kerana baginya , mereka semua adalah manusia yang mencari rezeki halal di dalam syarikat Irham's Holding . Sebut sahaja nama Safiyyah , pasti ramai pekerja di syarikat itu mengenalinya . Tidak terkecuali juga , pengawal keselamatan yang sentiasa mengawal keadaan di pejabat juga turut menjadi kawannya .

" Fiya harap , semua orang boleh datang majlis Fiya nanti . Fiya dah sediakan tempat khas tau untuk korang semua . Jangan tak datang pula . " Semua orang sudah mula bersorak gembira apabila Safiyyah berkata sedemikian . Pasti mereka semua akan datang untuk memeriahkan lagi majlis tersebut .

" Siapa izinkan korang berborak macam ni , hah ?! Sebelum aku pecat sorang - sorang , lebih baik korang balik ke tempat kerja korang sekarang ! " Ian yang tiba - tiba sahaja muncul membuatkan semua pekerja mula lari bertempiaran . Suara Ian yang kedengaran agak dingin membuatkan Safiyyah sedikit cuak . Dialah yang menjadi punca semua orang berkumpul di tengah - tengah ruang pejabat .

" Fiya , kau masuk dalam bilik aku sekarang ! " Sejurus itu , Ian terus masuk ke dalam ruangan pejabatnya lalu menghempaskan pintu biliknya sehingga menyebabkan semua pekerja tersentak . Safiyyah sudah mula rasa ketakutan . Salah dia juga kerana telah menyebabkan orang lain meninggalkan kerja mereka semata - mata untuk memberitahu tentang hal perkahwinannya . Safiyyah mula masuk ke dalam bilik Ian perlahan - lahan .

" A...ada apa Encik Ian panggil saya ? " Safiyyah menjawab dengan sedikit gugup . Dia sedar akan kesalahan yang dilakukan olehnya . Safiyyah hanya menundukkan kepalanya kerana tidak mampu untuk bertentang mata dengan majikannya . Baru sahaja dia bergembira sebentar tadi , namun semuanya telah bertukar dalam sekelip mata .

" Kau ingat syarikat ni bapa kau yang punya ke ? Suka - suka hati kau je nak ajak orang lain berbual . Kau ke yang bayar gaji diaorang ? Lain kali , cuba sedar diri kau tu sikit . Kau tu cuma pembantu peribadi aku , bukannya bos besar dekat sini . Jangan buang masa aku kalau kau tak boleh nak bagi komitmen dalam syarikat ni . Faham ?! " Safiyyah menganggukkan kepalanya setelah diherdik oleh Ian . Dia sedar bahawa jawatannya di dalam syarikat itu tidaklah sebesar jawatan pekerja lain .

" Kalau dah tak sabar sangat nak berhenti kerja , bagitahu aku awal - awal . Senang aku nak tulis surat perletakkan jawatan kau nanti . Lagipun , kau kan dah nak kahwin . Mesti laki kau boleh sara kau nanti . Jadi , tak perlulah kau susah - susah nak kerja dekat sini lagi . " Safiyyah terus mengangkat wajahnya apabila hal perkahwinannya tiba - tiba menjadi topik perbualan Ian . Majikannya itu sentiasa tidak berpuas hati terhadapnya . Safiyyah juga tidak tahu kesalahan yang telah dilakukan olehnya sehingga menyebabkan Ian begitu membenci dirinya .

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨Where stories live. Discover now