ليما ڤولوه ليما | 55

1K 85 19
                                    

SEJADAH yang digunakan dilipat semula sebelum dia menyimpannya ke tempat asal. Barang-barang lain yang turut berada di sebelah rak sejadah tersebut dipandang lama. Sedih hatinya apabila melihat beberapa sejadah dan tasbih bertaburan di atas lantai. Siapalah agaknya yang tidak reti mengemas semula barang-barang tersebut?

Tanpa membuang masa, dia terus mengambil tanggungjawab untuk mengemas segala barang-barang yang berada di hadapan matanya.

Sewaktu dia sedang leka mengemas, tiba-tiba matanya memerhatikan sekujur tubuh yang baring tidak jauh daripada kedudukannya. Jeritan kecil daripada manusia yang sedang baring itu membuatkan dia terus melangkah ke arah tubuh insan itu.

"Encik, bangun encik." Dia cuba mengejut manusia tersebut. Apabila cubaan kali pertamanya gagal, dia meneruskan pula cubaan kali kedua. Suaranya dikuatkan sedikit supaya lelaki itu bangun dari tidurnya. Dari tadi lelaki itu meracau-racau, barangkali sedang bermimpi agaknya.

Setelah beberapa cubaan, akhirnya lelaki itu terjaga dari tidurnya.

"Ya Allah, sekarang dah pukul berapa ya pak cik?" Ian menyoal lelaki tua yang sedang memandang ke arahnya. Setelah dia terjaga akibat dikejut oleh lelaki tua itu, mindanya terus teringatkan tentang mimpi yang dialami olehnya.

Ian segera menekan butang di bahagian kanan telefon untuk menghidupkannya namun skrin telefonnya masih gelap. Pasti bateri telefonnya sudah habis.

"Sekarang ni dah pukul 6 pagi, encik. Rasanya encik tertidur ni. Maaf ya kalau pak cik mengganggu sebab encik meracau-racau tadi. Itu yang pak cik kejut tu." Lelaki itu memberitahu hal yang sebenar kepada Ian.

Ian meraup wajahnya.

'Ya Allah, macam mana aku boleh terlelap sampai ke Subuh ni? Rasanya aku dah niat nak baring sekejap je,' soal Ian dalam hatinya. Ian yakin pasti tubuhnya yang mahukan dia berehat ketika ini. Lagipun setibanya dia dari Negeri Sembilan, dia terus bergegas ke hospital tanpa menukar pakaian dan berehat. Siapa yang tidak penat bukan?

Dia perlu segera mendapatkan Safiyyah. Mimpi yang dialami olehnya benar-benar membuatkan dia takut. Tidak sanggup dia ingin membayangkan jika mimpinya menjadi kenyataan.

Setelah itu, Ian segera menunaikan solat Subuh. Selesai sahaja menunaikan kewajipannya, dia terus bergegas ke tempat di mana Safiyyah dirawat. Dia perlu tahu keadaan isterinya ketika ini. Tambahan pula, pasti semua orang sedang mencari kelibatnya ketika ini.

Ian melangkahkan kaki di hadapan dewan pembedahan. Mengapa keadaan di sekelilingnya terasa sunyi? Mana pergi semua ahli keluarganya yang lain?

Dia yakin pasti Safiyyah ketika ini sudah selesai dirawat oleh doktor yang bertugas. Namun, ke mana hilangnya semua orang? Hatinya tidak akan tenang selagi tidak mengetahui tentang keadaan isteri dan anaknya.

Ian terus mendapatkan seorang jururawat yang berada di sebuah kaunter.

"Nurse, mana isteri saya ya? Pembedahan dah selesai kan, nurse? Saya nak jumpa isteri saya." Malas mahu membuang masa, Ian terus menanyakan soalan yang berada di mindanya ketika ini.

"Encik, bawa bertenang ya? Sebelum tu, boleh saya dapatkan nama isteri encik?" Jururawat tersebut menyoal Ian.

Baru sahaja Ian ingin memberikan jawapan, tiba-tiba namanya diseru dari jauh. Ian terus menoleh ke arah suara tersebut. Dengan segera dia membawa langkah ke arah manusia itu.

"Kau pergi mana Ian? Puas aku cari kau tahu tak? Semua orang tengah cari kau sekarang ni." Israr menyoal adiknya. Berjam-jam dia menunggu kepulangan Ian. Baru sekarang dia nampak semula wajah adiknya itu.

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨Where stories live. Discover now