سڤولوه | 10

6.3K 391 26
                                    

WAJAH yang berada di hadapannya ditatap lama . Dia sempat menarik nafasnya sebelum dihembuskan kembali . Safiyyah cuba mencari alasan yang sesuai untuk diceritakan kepada Ian . Dia perlu meminta izin terlebih dahulu kepada Ian sebelum melakukan perkara yang lain . Bukan bererti Ian itu suaminya , namun kerana Ian itu ialah majikannya jadi dia perlu memaklumkan apa - apa perkara kepada lelaki itu .

" Ian , petang ni kita dah tak ada apa - apa urusan kerja lagi kan ? Jadi , boleh tak kalau saya nak keluar dengan Azad petang ni ? " Ian merengus kasar . Balik - balik nama Azad juga yang disebut oleh Safiyyah . Dia mula naik rimas ! Sejak lelaki itu memunculkan dirinya , ada sahaja alasan Safiyyah untuk berjumpa dengan Azad .

" Kenapa kau nak minta izin daripada aku ? Kau bukannya siapa - siapa pun bagi aku . Kau tu cuma PA aku , bukannya isteri aku . " Safiyyah sedikit terasa dengan kata - kata Ian namun langsung tidak diendahkan olehnya . Dia tahu , Ian memang suka melontarkan kata - kata seperti itu kepada dirinya .

Jika diberi pilihan , dia pun tidak mahu untuk menanyakan soalan tersebut kepada Ian , namun kerana rasa hormatnya kepada majikannya dia membuat keputusan untuk bertanya .

" Okay , kalau macam tu saya pergi dulu . Terima kasih . " Safiyyah terus meninggalkan Ian sendirian . Dia malas mahu melengah - lengahkan masa . Lagipun , makin lama dia di sini makin sakit hati dia melayan sikap Ian yang sombong itu .

" Tak habis - habis nak keluar dengan jantan tu . Habis tu , apa function aku bawa dia datang sini ? " Ian memandang telefon bimbitnya . Hatinya tiba - tiba teringatkan pujaan hatinya , Laura . Sudah lama mereka berdua tidak bertanya khabar . Bukan dia tidak pernah menelefon gadis itu , cuma Laura yang tidak pernah mengangkat panggilannya .

┅┅

" MANA cincin awak ? " Azad menyoal Safiyyah apabila ternampak jari Safiyyah yang tidak memakai cincin pertunangannya . Safiyyah cepat - cepat mengambil cincin yang berada di dalam beg tangannya .

" Saya tanggalkan sekejap waktu nak ambil wudhuk tadi . " Safiyyah menjawab sambil memakai semula cincin tersebut . Dia betul - betul lupa ingin menyarungkannya . Lagipun , dia juga tidak mahu Ian mengesyaki apa - apa .

" Fiya , saya nak cakap sikit ni . Saya harap awak tak terkejut . " Safiyyah terus memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada Azad . Bunyi macam serius sahaja .

" Awak nak cakap apa ? " Safiyyah menyoal Azad . Lelaki itu sempat menarik nafasnya terlebih dahulu . Dia tahu gadis itu pasti tidak setuju dengan keputusannya , namun dia sudah nekad .

" Saya nak cepatkan majlis perkahwinan kita . Kalau boleh , hujung bulan ni kita kahwin . Awak setuju ? " Safiyyah terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Azad . Bukankah dia sudah memberi kata putus sewaktu mereka ditunangkan tempoh hari ? Kenapa tiba - tiba sahaja Azad menukar fikirannya ?

" Tapi kenapa tiba - tiba ? Awak sendiri yang setuju untuk bagi saya masa sebelum saya sah jadi isteri awak . Kenapa awak ubah fikiran mendadak macam ni ? " Azad mengeluh perlahan . Bukan dia sengaja mahu melakukan semua ini .

" Saya rasa perkara yang baik tak elok kita tangguhkan . Jadi , tak salahkan kalau saya cepatkan tarikh pernikahan kita ? Awak jangan risau , saya akan tanggung semuanya . " Azad menjawab dengan selamba . Dia sebenarnya tidak mahu Safiyyah dicaras oleh lelaki lain . Azad merasakan bahawa Ian akan menjadi saingannya . Maka sebab itulah dia mahu mempercepatkan perkahwinannya .

" Cuba awak cakap dengan saya betul - betul . Bagitahu saya kenapa awak nak sangat cepatkan tarikh wedding kita ? Awak ada masalah ke ? " Safiyyah cuba berlembut dengan Azad . Dia masih lagi tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Azad .

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨Where stories live. Discover now