دوا ڤولوه توجوه | 27

4.4K 245 26
                                    

PUAN NISA seakan-akan tidak percaya apabila anaknya memberitahu tentang kandungan yang berada di dalam perut Safiyyah. Dia bakal mendapat cucu tidak lama lagi. Berita itu sungguh menggembirakannya. Inilah yang dia tunggu selama beberapa tahun.

"Fiya, kenapa tak bagitahu mama selama ni? Nasib baik kandungan kamu sihat," kata Puan Nisa.

"Fiya minta maaf, ma. Fiya dengan Ian memang nak bagitahu sebelum ni. Tapi, kami tak tahu bila masa yang sesuai," balas Safiyyah.

"Wah, lepasni Ifat boleh main dengan anak buah. Mesti anak kak Fiya nanti comel. Tak sabarnya!" Ifwat teruja apabila mendapat tahu tentang berita tersebut. Tak lama lagi mesti meriah rumah milik Tuan Irham.

"Kalau Ian tak ada dekat rumah, mama tolong tengok-tengokkan Fiya ya? Takut pula jadi apa-apa dekat kandungan tu nanti," pesan Ian. Dia benar-benar risaukan kandungan isterinya. Maklumlah, anak pertama. Pengalaman tu lain sikit.

"Jangan risaulah. Mama akan jaga Fiya ni baik-baik. Kalau boleh pergi mana-mana pun mama yang akan temankan," Safiyyah tertawa. Dia rasa terhibur dengan Puan Nisa. Ada ke patut sampai macam tu sekali?

"Ma, Fiya boleh uruskan diri Fiya. Mama janganlah layan Fiya macam tuan puteri. Lagipun Fiya mampu lagi nak buat kerja rumah,"

"Ish, mana boleh. Kamu tu kena banyakkan berehat. Kalau kamu tergelincir ke terjatuh ke mama juga yang risau nanti,"

Safiyyah tersenyum. Dia gembira kerana semua ahli keluarga Ian senang dengan berita gembira yang disampaikan oleh Ian. Lagipun dia merupakan menantu pertama di rumah ini. Siapa tak happy dapat ahli keluarga baru?

┅┅

IAN HADEEF merenung wajah rakan-rakannya tanpa rasa bersalah. Semenjak dia berkahwin, dia sudah jarang melepak seperti zaman bujangnya. Takkanlah dia hendak meninggalkan isterinya yang sedang mengandung di rumah? Lagipun dia sudah bergelar suami orang. Dia perlu mengurangkan hobi yang biasa dia lakukan sebelum ini.

"Ian, sampai hati kau kahwin tak ajak kitaorang?"

"Betul tu, tahu-tahu dah kahwin. Dah nak jadi ayah orang pula tu!"

"Sejak bila kau kahwin ni? Kau kena tangkap basah ke apa?"

Pelbagai soalan diajukan kepada Ian. Namun, Ian tetap tenang. Dia sudah agak semua ini akan terjadi.

"Ian, jangan cakap- yang kau dah mengandungkan anak dara orang?!" soal Mika.

"Woi! Mulut kau tu elok sikit eh. Seteruk-teruk aku pun, tak pernah lagi aku buat perkara terkutuk tu. Fiya mengandung lepas kami bernikah," jelas Ian kepada rakan-rakannya.

"Kejap, Fiya tu bukan PA kau ke? Setahu aku, dia dulu bertunang dengan orang lain. Macam mana tiba-tiba boleh jadi isteri kau?" soal Mika lagi. Dia memang benar-benar keliru.

"Pasal hal tu, biarlah rahsia. Yang penting sekarang, Fiya dah sah jadi isteri aku." jawab Ian. Dia penat setiap kali orang menanyakan soalan itu kepadanya. Takkan lah dia nak bagitahu perkara sebenar? Habislah maruah dia nanti.

"Ian, lain kali kau bawaklah isteri kau datang. Boleh kitaorang berkenalan dengan dia," Salah seorang rakan Ian memberi cadangan.

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨Where stories live. Discover now