PAKAIAN gadis itu telah disediakan olehnya . Dia benar - benar tidak menyangka bahawa dia telah melakukan kesalahan jenayah terhadap seorang gadis . Mindanya tiba - tiba teringatkan tentang hal yang telah terjadi semalam .
Safiyyah memberontak apabila dimasukkan ke dalam sebuah kereta . Dia tidak mengenali lelaki yang berada di sebelahnya ketika ini . Dia terus - terusan memukul tubuh lelaki yang sedang memandu itu . Safiyyah sungguh takut saat ini . Siapakah yang telah menculiknya ?
" Awak ni siapa hah ?! Kenapa awak culik saya ? Apa salah saya dekat awak ?! Lepaskan sayalah ! " Lelaki itu terus memberhentikan keretanya di tepi jalan . Dia terus membuka topeng mukanya . Safiyyah terus menekup mulutnya apabila terkejut melihat wajah yang berada di hadapannya .
" Ian ?! Apa yang awak cuba lakukan ni ? Saya nak balik ! Lepaskan saya ! Awak tahu kan hari ni hari yang istimewa untuk saya . Apa motif awak culik saya hah ?! " Safiyyah benar - benar tidak menyangka bahawa Ian yang telah menculiknya sewaktu majlis akad nikahnya sebentar tadi .
" Aku terpaksa . " Ringkas sahaja jawapan yang diberikan oleh Ian . Safiyyah mendengus geram . Dia harus kembali segera ke rumahnya . Pasti keluarganya sedang risaukan tentang dirinya . Majlis akad nikahnya tidak berjalan seperti yang dirancangkan . Semuanya disebabkan oleh Ian !
" Saya nak balik . Kalau awak tak hantar saya balik , saya report polis sekarang juga ! " Ian terus mengeluarkan pisau lalu dihalakan kepada Safiyyah . Safiyyah terdiam tatkala pisau tersebut berada betul - betul di bawah lehernya .
" Kalau kau berani , kau buat . Lagipun , telefon kau tak ada dengan kau sekarang . Nak bagitahu polis sangat kan , ha bagitahulah . " Safiyyah terus menitiskan air matanya . Dia tidak menyangka Ian boleh bertindak sekejam ini dengannya . Apa salahnya terhadap Ian sehingga dia diperlakukan sebegini ?
" Awak nak bawa saya pergi mana ? " Safiyyah menyoal Ian namun tiada jawapan yang diberikan oleh Ian . Safiyyah terus memandang ke luar tingkap kereta itu . Dia meluat dengan sikap majikannya . Ian memang seorang yang mengjengkelkan !
Lama - kelamaan , Safiyyah tertidur akibat terlalu bosan . Ian yang sedang memandu menolehkan sedikit kepalanya untuk memandang wajah Safiyyah . Dia tahu perbuatannya ini salah namun dia tiada pilihan lain . Apa yang dikatakan oleh Irfan semuanya benar . Dia tidak tahu bila perasaan ini hadir namun dia sendiri tidak dapat mengawalnya .
Cinta ? Mungkin tidak . Sayang ? Boleh dikatakan begitu . Entah mengapa , hatinya sakit apabila mendapat tahu bahawa Safiyyah bakal berkahwin dengan tunangnya . Dia tidak sanggup untuk melepaskan Safiyyah kepada lelaki lain . Ian sedar , dia terlalu ego untuk meluahkan perasaannya namun apa yang boleh dia lakukan ?
' Izyan , salah ke apa yang aku buat ni ? Aku dah mula sayangkan dia , tapi dalam masa yang sama aku dah rampas kebahagiaan dia dengan orang lain . Izyan , kalau kau ada mesti kau boleh nasihatkan aku . ' Ian mengeluh perlahan . Dia tidak boleh berpatah balik sekarang . Dia yang sudah memulakan semua ini , jadi dia jugalah yang harus mengakhirinya .
Lamunannya terhenti saat dia terdengar jeritan gadis itu . Ian segera berlari ke arah bilik Safiyyah . Biliknya kelihatan bersepah apabila bantal dan cadar katilnya telah berterabur di atas lantai . Ian pantas menghalang tindakan Safiyyah yang terus - terusan membaling barang - barang yang berada di dalam bilik itu .
" Saya nak baliklah ! Lepaskan saya ! " Safiyyah menjerit di hadapan Ian . Dia sudah tidak tahan apabila dikurung di dalam rumah itu . Safiyyah ingin pulang semula ke pangkuan ibu bapanya . Dia tahu pasti ibu bapanya amat risaukan tentang keadaannya .
" Kau lupa ke yang kau dah jadi isteri aku ? Tempat kau sekarang di sisi aku , bukannya ibu bapa kau . Jadi , aku haramkan kau pergi mana - mana tanpa izin aku . " Benar , mereka berdua sudah menjadi suami isteri yang sah sejak semalam . Safiyyah yang tiada pilihan lain terpaksa bersetuju . Dia sememangnya tidak mahu berkahwin dengan orang yang telah menculiknya . Sudahlah Ian membawanya lari daripada keluarganya , kini dipaksa pula bernikah dengan lelaki itu . Permainan apa yang Ian sedang lakukan ini ?
YOU ARE READING
𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨
Romance(ON HOLD/SLOW UPDATE) ‼️ Hadirnya dia, Membuatkan hidup Safiyyah menjadi lebih bermakna. Perginya dia, membawa seribu satu perasaan yang tak dapat diungkapkan. Safiyyah pasrah dengan ketentuan hidupnya. Dia yakin, pasti Allah mempunyai perancangan y...