SAFIYYAH menelefon Ian berkali-kali namun satu panggilan pun tidak dijawab. Dia risaukan suaminya. Ian langsung tidak pulang ke rumah semalam. Panggilan dan mesej yang dihantar olehnya langsung tidak berbalas sama sekali. Adakah semua yang berlaku ini salah dirinya?
'Ian, mana awak pergi ni? Angkatlah call saya, Ian. Saya risaukan keadaan awak.' bisik Safiyyah. Dia tidak boleh tidur lena malam tadi dek kerana terlalu memikirkan keberadaan suaminya.
Safiyyah sudah menelefon ibu mertuanya namun ibu mertuanya memberitahu bahawa Ian tiada di situ.
Baru sahaja Safiyyah ingin melangkah ke arah ruang tamu, pintu rumahnya dibuka oleh seseorang. Dia pantas menoleh ke arah manusia yang berada di pintu rumahnya.
"Ian, awak pergi mana? Kenapa awak tak balik rumah semalam?" Dengan lembut Safiyyah menyoal. Dia menyambut kepulangan Ian dengan wajah yang risau.
"Suka hati akulah nak balik rumah ke tak." Ian menjawab tanpa memandang wajah Safiyyah.
"Sekurang-kurangnya awak angkatlah panggilan saya. Saya risaukan awak tahu tak?" Safiyyah cuba mencapai tangan Ian namun laju ditepis oleh Ian.
Safiyyah sedikit terasa dengan tindakan suaminya. Namun, dia hanya abaikan sahaja.
"Tak payah nak risaukan aku. Aku ni lelaki. Pandailah aku nak uruskan diri aku," jawab Ian dingin.
"Awak, saya teringinlah nak makan ayam masak kicap yang awak pernah masakkan untuk saya tu. Awak masakkan boleh?" Safiyyah terus menukar topik. Dia tidak mahu terlalu melayan perasaan sedihnya.
"Pergilah suruh kekasih gelap kau tu masakkan. Aku ni siapa je dalam hidup kau? Suruh dia layan semua karenah kau lepasni. Kalau kau craving apa-apa, bagitahulah dia. Mesti dia boleh belikan semuanya untuk kau." Ian menjawab sinis. Langsung tidak memandang wajah isterinya.
"Ian, kenapa awak layan saya macamni? Apa salah saya dekat awak? Saya dah terangkan semuanya dekat awak. Kenapa awak tak percayakan saya?" Safiyyah menahan air matanya dari jatuh. Dia tidak mahu dianggap lemah.
"Aku dah cakap yang aku dah tak kisah apa yang kau nak buat lepasni. Kau dah buat aku hilang kepercayaan dekat kau. Jadi, kau buat jelah apa-apa yang kau suka." Ian menjawab sambil memandang wajah Safiyyah. Dia tahu Safiyyah sedang menahan dirinya daripada menangis. Isterinya itu mudah menangis lagi-lagi bila dia dimarahi.
"Tapi saya nak awak tahu yang saya sayangkan awak sorang je. Saya dah tak tahu nak minta maaf macam mana lagi." Safiyyah membalas sambil memandang ke arah lantai. Air matanya sudah mula keluar.
"Aku tak suruh pun kau minta maaf. Dahlah Fiya, aku penat. Aku nak berehat jadi jangan kacau aku lagi." kata Ian.
"Ian, janganlah layan saya macamni. Saya tak sanggup dilayan macam orang asing. Saya dengan Azad cuma berkawan je. Saya langsung tak ada apa-apa perasaan dekat dia." Penat Safiyyah menerangkan semuanya namun Ian langsung tidak menghiraukannya.
"Fiya, I said enough! Aku balik rumah untuk berehat bukannya nak dengar luahan perasaan kau. Aku dah tak nak dengar apa-apa lagi pasal hal ni. Faham?" marah Ian lalu pintu bilik mereka dihempas. Bahu Safiyyah sedikit terangkat apabila terkejut mendengar bunyi tersebut.
┅┅
IRFAN memandang wajah yang berada di hadapannya dengan simpati. Dia kasihankan wanita itu sebenarnya. Penat-penat wanita itu datang dari jauh semata-mata untuk berjumpa dengan dirinya.
"Ada apa awak nak jumpa saya ni Fiya?" Ya, Safiyyah sanggup menelefon Irfan untuk meminta bantuan daripadanya. Safiyyah mencuri nombor Irfan daripada telefon bimbit Ian sewaktu Ian di dalam tandas.
YOU ARE READING
𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠𝗞𝗨
Romance(ON HOLD/SLOW UPDATE) ‼️ Hadirnya dia, Membuatkan hidup Safiyyah menjadi lebih bermakna. Perginya dia, membawa seribu satu perasaan yang tak dapat diungkapkan. Safiyyah pasrah dengan ketentuan hidupnya. Dia yakin, pasti Allah mempunyai perancangan y...